BAB 5

Romance Completed 7928

“Adik pergi main hujan tadi. Tengah jalan-jalan tengok bunga, tiba-tiba hujan. Dah alang-alang kena hujan, baik main je terus kn? Lama tak main hujan. Air free!” Syasya memberi alasan. Serious best gila dapat main hujan. Rindu zaman kanak-kanak dulu. Ni dah tua baru nak main. Tua? Errk!

“Banyak betul alasan. Dah pergi mandi cepat, tukar baju. Nanti demam. Along jugak yang susah.” Jawab Kazim sambil menggelengkan kepalanya. Macam-macam lah adik aku ni. Syasya bergegas pergi kedalam biliknya. Kalau aku demam, habislah. Ubat! Yulkk!

“Adik! Dah siap ke belum? Dah lewat ni” Kazim mengetuk pintu bilik adiknya. Tiada jawapan.

“Adik! Cepat lah!” Kazim memanggil sekali lagi. Masih juga tiada jawapan. Kazim memulaskan tombol pintu dan melihat adinya masih tidur.

“Belum bangun lagi? Adik! Bangun cepat! Alahai, sebab along tak kejutkan hari ni, sampai tak bangun jugak. Sampai bila nak bergantung pada along ni.” Kazim membebel lalu menarik selimut adiknya. Berbungkus macam tidur dalam peti sejuk. Syasya masih juga tidak bangun.

“Adik! Bangun! Nanti lewat lagi” Kazim mengejutkan adiknya tetapi masih juga tiada jawapan. Tiada tanda-tanda adiknya mahu bangun. Kazim berdebar, adiknya kelihatan lain

“Adik! Adik! Adik!” Kazim mengejutkan Syasya lagi. Dia menyentuh tangan adiknya.

“Ya ALLAH. Panasnya! Adik demam ni.” Kazim meletakkan tapak tanganya pada dahi Syasya. Panas! Adiknya demam.

“Along. “ Syasya tersedar dari tidur. Suaranya serak memanggil abangnya. Muka Syasya pucat. Dia tidak berdaya untuk bangun mahupun bercakap. Hanya air mata yang mengalir keluar di pipinya. Kepalanya pening.

“Ya dik. Adik demam panas. Jangan risau along ada sayang.” Kazim tidak cepat panik. Dia doktor. Dia tahu apa yang patut dilakukan.

Pada hari tersebut, Kazim mengambil cuti untuk menjaga adiknya. Syasya demam panas teruk, telah disuntik dengan vaccine untuk menambahkan antibodi dalam badan. Syasya hanya berehat didalam biliknya. Hanya tidur. Kazim dah maklumkan perkara tersebut pada Taufik.

Selepas kelas tamat, Taufik bergegas ke rumah Syasya untuk melawat. Bimbang juga kesihatan kawannya itu. Siapa tak sayang kawan kan?

“Itu lah, aku dah larang jangan main hujan. Kau nak main jugak. Tengok sekarang ni, jadi macam ni.” Taufik membebel pada Syasya yang hanya terbaring lesu. Syasya tidak membalas, hanya melihatnya dengan muka simpati. Tidak berdaya untuk melawan kembali. Memang itu salahnya. Ada benar juga.

“Aku sayang kau. Aku tak nak lah tengok kau sakit macam ni. Aku nak Sya yang sihat, yang ganas, yang selalu nakal dengan aku. Kau tahu tak, aku bosan tau kat Kolej tadi. Sunyi!” Taufik mebebel lagi.

Eleh, baru hari ni aku tak datang kelas.

“Sorry” Syasya hanya menjawab sepatah. Air matanya mengalir keluar. Ahh, kenapa masa ni juga kau nak keluar. Hatinya jadi manja waktu sakit begini. Taufik rasa bersalah lalu mengelap air mata di pipi Syasya dengan tangannya.

“Dah, jangan nangis. Aku bukannya marah kau. Cuma nasihat. Manja betul! Sejak bila entah jadi manja macam ni.” Balas Taufik dengan ejekan nakalnya. Saydhira hanya mencebik. Di sebabkan kau lah! Siapa suruh marah aku.

“ Aku keluar dulu. Ini nota untuk hari ni. Aku salin untuk kau. Nanti bila kau dah sihat, aku ajar balik.” Taufik mengeluarkan sebuah buku nota dan meletakkannya di atas meja.

“Semoga cepat sembuh “Semek Nakal” “ tulisan yang tertera di hadapan buku nota tersebut. Sekali lagi Syasya mencebik lalu menjelingnnya. Taufik pun beredar keluar dari biliknya.

Selepas seminggu, Syasya sembuh sepenuhnya. Seminggu juga lah Kazim minta cuti untuk menjaga adiknya dan seminggu juga lah Taufik datang kerumahnya untuk memberi salinan nota pembelajarannya.

Seperti biasa selepas makan malam, Syasya dan Kazim akan menghabiskan masa menonton televisyen bersama-sama. Maklumlah Kazim hanya ada dirumah pada waktu malam. Tu pun kalau ada emergency, seharian tak pulang rumah.

“Adik. Bila nak kahwin dengan Taufik ? Dah lama kau orang berkawan. Kesana sini macam pasangan kekasih dah along tengok.” Kazim tiba-tiba mengeluarkan bicara.

“huh? Kahwin?” Syasya yang sedang mengunya kacang tersedak.

“ya, kahwin.” Kazim menganguk.

“Along. Adik dengan Fik kawan je lah. Tak pernah fikir pula sampai ke situ. Kahwin dengan Fik? Tak nak.” Syasya membalasnya dengan sambil lewa.

“Kenapa pula? Fik kan kawan baik adik. Kahwin jelah. Senang.”

“Disebabkan Fik tu kawan baik adik lah, adik tak nak. Rosak hubungan persahabatan kita orang nanti. Along, kekasih boleh dicari mana-mana tau, kawan susah!”

Kahwin dengan Fik? Tak nak lah. Cuba bayang Fik jadi suami aku? Aku rasa nanti dicop jadi isteri derhaka sebab tak hormat suami. Nanti tak boleh cakap kasar-kasar. Faham-faham ajelah aku dengan Fik macam mana.

“Along. Adik pun ada soalan nak tanya ni. Along bila nak kahwin? Nak jadi anak teruna tua?” Syasya ketawa mengekek.

“Belum tiba masa. Belum tiba masa yang sesuai.” Kazim hanya tenang menjawab.

“Belum tiba masa? Dah tu bila nak tiba?” Tanya Syasya hairan.

“Bila adik dah kahwin. Ada orang jaga makan minum, keperluan adik. Bila adik dah kerja nanti.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience