BAB 13

Romance Completed 7928

“Doakan adik bahagia” air matanya diseka secepat mungkin. Nanti habis semua make up!

Syasya menunggu dengan penuh berdebar di dalam biliknya. Orang ramai telah memenuhi ruang tamu rumahnya. Mummy cakap pengantin lelaki dah datang. Dalam masa beberapa minit lagi, dia akan sah menjadi isteri Rizal. Fik! Ahh! Mengarut! Mummy hanya menyuruh dirinya menunggu didalam bilik. Selepas selesai majlis akad nikah, pengantin lelaki akan masuk kedalam bilk untuk upacara pembatalan air sembahyang. Takut! Ketar! Sakit perut! Semua ada! Bercampu baur! mana ada perempaun yang tak takut bila tiba hari perkahwinan. Sebuah pesanan ringkas dihantar pada Taufik.

Fik! Dalam beberapa minit lagi, aku sah jadi isteri orang. Kau janji akn tetap jadi sahabat aku eh? Doakan aku.

Beberapa minit berlalu, mummy masuk ke dalam bilik sambil tersenyum gembira.

“Adik! Alhamdulillah! Adik dah sah jadi isteri orang. Terima kasih untu segalanya.” Puan Fatimah memeluk anak perempuannya seerat yang mungkin. Air mata ibu tumpah kerana gembira.

Perasaan Syasya sukar untuk ditafsir. Gembira? Sedih? Dia pun tak tahu.

Semakin ramai yang memasuki biliknya. Syasya hanya tunduk tersenyum. Tipu kalau dia cakap takde langsung perasaan gembira. Sudah tiba masanya pengantin lelaki untuk menemuinya. Cincin belum tersarung di jari ku ini. Cewah! Haha

Kazim mendahului semua tetamu lain. Abang pengantin lah katakan. Tersenyum bahagia melihat adiknya sudah sah menjadi milik orang. Pengantin lelaki sudah memasuki pintu biliknya. Syasya hanya tunduk memandang sejambak bunga pengantin. Takut! Pengatin lelaki semakin dekat. Tidak sedikit pun Syasya menjeling Rizal. Rizal duduk disebelahnya. Bau perfume menusuk masuk ke hidungnya. Wangi! Tapi bau ni, macam bau Fik! Ahh, aku dah jadi isteri Rizal lah. Tak payah fikir pasal Fik lagi.

“Assalamualaikum isteri ku” pengantin lelaki memeberi salam. Hati Syasya terus tersentak. Suara ni! Suara yang sangat aku rindui setiap hari. Suara yang memujuk aku setiap hari! Syasya cepat-cepat mendongak wajah suami di sebelahnya.

“Fik!” Syasya terpana seketika. Fik ada kat sebelah aku. Suami aku? Rizal mana? Amboi, bukannya itu yang kau nak sangat. Sempat lagi tanya mana Rizal. Taufik hanya tersengeh menampakkan gigi putihnya.

“Ya, aku. Your husband!” jawab Taufik selamba.

“Macam mana..” sebelum sempat Syasya menghabiskan ayatnya, jari telunjuk Taufik mengarahnya untuk diam.

“Sebab kau dah ditakdirkan untuk aku. Nanti aku ceritakan. Sekarang semua tetamu dah perhati. Teruskan acara kita my lovely wife”

Betul ke apa aku lalui sekarang? Aku dah jadi isteri kepada Fizzul Taufik ! My beloved bestfriend! Wake up Sya! Wake up! Am I dreaming?

Syasya hanya menurut. Ikut sahaja apa yang diminta. Tetapi dia perlukan penjelasan! Macam mana tuan punya badan tak tahu langsung siapa suami yang dinikahinya. Mati-mati aku ingat Rizal yang menyebut akad nikah tersebut tetapi Fik! Mummy! Daddy! Along! Fik!

Sengal satu badan selepas habis majlis. Seharian suntuk jadi raja sehari. Sebut sahaja raja sehari tetapi raja sehari lah yang paling penat. Ceh, macam dia kena masak lauk sekawah. Haha penat apa. Kena senyum seharian suntuk. Tukar baju lepas satu-satu. Macam-macam aksi kena buat nak photoshot punya pasal.Tetapi itu belum berakhir! Pelbagai persoalan yang muncul dalam kepala aku. Fik! Aku perlukan penjelasan. Syasya sedikit pun tidak ada perasaan marah sewaktu melihat Fik yang jadi suaminya. Kenapa dengan aku ni? Waaa, mugkin sebab aku terlampau rindu pada Fik.

Malam tersebut, selepas selesai solat maghrib kami sekeluarga berkumpul. Tiba masa untuk jelaskan semuanya. Aku dah macam boneka dia kerjakan. Mujur semuanya diuruskan oleh catering, kalau tak habis pengantin baru dikerjakan.

Syasya diam sejak tadi, tanpa bercakap sepatah pun. Taufik ditepinya dihiraukan. Bagai tidak wujud. Merajuk lagi.

Malam tadi punya lah rindu dekat aku, malam ni tuan punya badan dah ada depan mata dihiraukan. Omel Taufik dalam hati.

Kazim pun sama jadi mangsa. Tidak ditegur langsung abangnya sejak selesai semua majlis siang tadi. Merajuk!

“Ehem.. “ Encim Muzamil berdehem. Diberi isyarat mata supaya Kazim mulakan bicara. Daddy aku ni dah kenapa?

“Adik, kami semua minta maaf. Tak, along minta maaf.” Kazim memulakan bicara akhirnya.

“Macam tu aje?” sinis bunyinya tetapi lantak lah. Geram!

“Along minta maaf. Along yang rancang semua ni.”

“Tak., aku yang salah. Aku rancang semua ni. Aku minta maaf.” Taufik mencelah.

“Haa, baguslah. Semua tahu salah.” Sindir Syasya lagi. Marah benar pada keluarganya.

“Macam mana dengan Rizal? Syarat nombor 2? Dan macam mana kau yang ada kat London boleh terpacak kat sini?” bertalu-talu soalan yang ditanya.

“sebenarnya Sya, aku cintakan kau. Tak kan aku nak tengok orang yang aku sayang kahwin dengan orang yang dia tak kenal langsung. Sama macam kahwin paksa.” jelas Taufik. Syasya terkejut mendengar pengakuan tersebut. Fik cintakan aku? What? Fik kita hanya bersahabat baik. Kenapa lebih-lebih. Air mata Syasya menitis di pipi.

“Sampai hati kau orang semua tak bagitahu adik.” Syasya mahu meraung sekuat-kuatnya.

“Sya.. aku minta maaf. Aku betul-betul sayangkan kau. Aku tak nak Rizal kahwin dengan kau. Aku yang selayaknya” pujuk Taufik.

Perasan sendiri. Siapa kata kau layak untuk aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience