“Mana. Nak tengok sikit muka suami Sya yang tengah merajuk ni” dipegang pipi suaminya dengan dua belah tangannya.
“Ish, buruknya” gurau Syasya lagi lalu ketawa kecil. Taufik buat muka geram. Tanda protes!
“Walaupun suami Sya tak sehensem pelakon ni tapi Sya tetap sayangkan Fik seadanya. Muka abang lebih manis daripada gula kat dapur tu, lebih hensem daripada Justin Bieber, lebih comel daripada Selena Gomez. Tak nak merajuk dah. Senyum balik.” Pujuk Syasya dengan muka comelnya.
“Betul ni?” Taufik mengangkat keningnya sebelah.
“Entah.. bohong ada sikit kot.” Syasya ketawa terkekeh-kekeh. Mengenakan suaminya.
“Ish.. nakalnya!” hidung Syasya ditarik lagi.
“Sakitlah” Syasya menjelirkan lidahnya. Taufik pun dengan lajunya menggeletek isterinya. Kelemahan utama Syasya. Malam tersebut bising dengan suara Syasya yang menjerit kepada suaminya.
Kazim yang berada di ruang tamu tersenyum mendengar gelak ketawa suami isteri tersebut. Syukur sebab adik dah gembira. Tak perlu nak bimbang lagi. Taufik ada untuk menjaga adiknya disamping menggalas semua tanggungjawabnya sejak dulu.
Hari yang paling ditunggu sudah tiba. Dengan rasa bangga Syasya menaiki pentas diikuti dengan Taufik untuk menerima segulung ijazah Sarjana Muda daripada VVIP yang terhormat. Alhamdulillah hari tersebut merupakan hari graduasi mereka. Setelah 4 tahun bertungkus-lumus, hari ini mereka dapat memegang segulung ijazah yang di tunggu-tunggu oleh semua mahasiswa.
Diluar dewan, Syasya berlari kearah abangnya lalu dipeluk kemas.
“Along! Adik dah berjaya. Yayyyy!” Rasa gembira tidak terluah kerana betapa bangganya dia. Kazim lah yang banyak membantu dirinya. Tanpa pengorbanan along, aku tak dapat semua ni.
“Tahniah adik!” Kazim menggosok kepala adiknya. Kemudian sejambak bunga beserta seekor teddy bear dihulurkan pada adiknya.
Syasya tersenyum lebar. Kazim tahu, adiknya begitu meminati bunga dan teddy bear.
“Wah! cantiknya! Terima kasih.” Sekali lagi Kazim dipeluk.
“Ini untuk Taufik. Tahniah Fik!” dihulurkan pula sejambak bunga lagi untuk Taufik.
“Terima kasih along” Kazim menepuk bahu Taufik tanda sama-sama.
“Sayang… this is for you. Congratulation! I love you!” Taufik menghulurkan sejambak bunga ros yang segar untuk isterinya. Cantik! Harum!
Syasya menyambut hadiah tersebut lalu memeluk suaminya dengan erat. Terima kasih Fik!
“Sya takde hadiah nak bagi kat abang. Tak tahu nak beli apa. “ Syasya binggung mahu beli hadiah. Berpusing-pusing dia mengjenguk ke seluruh kedai. Semua tidak berkenan.
“Takpe.. bagi abang, sayanglah hadiah yang paling berharga untuk abang.” Ujar Taufik lalu mengucup dahi isterinya. Syasya memberikan senyuman seikhlas mungkin untuk suaminya lalu dihadiahkan satu ciuman di pipi kanan Taufik.
“love you too” jawab Syasya. Taufik terpana sebentar lalu ketawa nakal. Berani ya sekarang! Syasya tertunduk malu. Pasangan suami isteri ini bahagia sekali dengan kehidupannya sekarang.
5 tahun kemudian….
“Mama.. nak susu ” minta Karl pada ibunya.
Syasya dan Kazim sudah mempunyai keluarga yang lengkap. Mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Syerif Karl. Hasil gabungan nama mereka berdua. Kini anaknya berusia 4 tahun. Taufik dan Syasya telah Berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang Engineer. Mereka bekerja di tempat yang sama. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, mereka tidak pernah lupa untuk menguruskan rumah tangganya. Dia bijak membahagikan masa untuk mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya untuk anaknya.
Abangnya, Kazim. Kini telah berkahwin dengan wanita pilihannya. Sama-sama doktor. Pekerja di Hospital yang sama. Kazim bahagia dengan kehidupannya sekarang. Segalanya telah lengkap. Walaupun begitu, Syasya masih bermanja dengan abangnya apabila bertemu. Tak kira lah orang nak cakap apa pun, aku sayang along. Dari dulu along manjakan aku. Jangan kau sibuk nak marah. Hehe
“Nanti mama bancuhkan, lepas tu mama dodoikan Karl tidur ya.” Jawab Syasya pada anaknya lalu menuju ke dapur. Karl seronok bermain kereta mainan bersama papanya.
“Jom sayang. kita tidur.” Syasya mendukung anaknya ke bilik sekembalinya dia dari dapur dengan sebotol susu.
“Selamat malam anak papa” Taufik sempat mencium dahi anaknya sebelum di bawa kebilik.
Penat mendodoikan Karl tetapi tetap juga berkeras tidak mahu memejamkan mata.
“Kenapa dengan anak mama ni. Tidurlah” pujuk Syasya pada anaknya. Dia berbaring di tepi anaknya sambil menepuk punggung anaknya supaya tidur. Taufik pula berbaring di sebelah kiri anaknya sambil memerhati.
“Tidur lah sayang. mama dah penat tu. Kesian mama. Mama pun nak tidur jugak.” Pujuk Taufik pula.
“Tak nak.. Karl nak tidur dengan mama malam ni. Nanti kalau Karl tidur, mama pergi masuk bilik papa.” Jawab Karl dengan pelat.
“Mana boleh. Mama mesti kena tidur dengan papa. Karl kena tidur sorang” balas Taufik.
“Mama.. papa jahat. Nak tidur dengan mama” Karl memeluk Syasya kemas.
“Abang. Tak usah dilayanlah. Dia pun sama, macam budak-budak.” Marah Syasya pula. Budak kecik ni pun, dia nak gaduh.
“Tengok.. Karl punya pasal lah ni. Papa pulak kena marah” ujar Taufik. Karl tidak mengendahkan papanya. Dipeluk erat ibunya disisi.
“Dah, tiduk cepat” Syasya mendodoikan anaknya dengan selawat.
Pada pukul 1 pagi, Taufik terjaga dari tidurnya. Alamak! Tertidur di bilik Karl rupanya. Dilihat Karl sedang lena tidur disisinya. Ditarik selimut untuk menyelimuti anaknya lalu dicium dahi. Selamat malam sayang, ucap Taufik dengan perlahan. Taufik menapak kearah isterinya pula yang turut tertidur di sebelah Karl. Dicepung badan isterinya. Tak sampai hati pula nak kejutkan. Syasya dapat merasakan suaminya sedang mengangkatnya kebilik tidur mereka berdua. Tangannya memeluk kemas tengkuk suaminya yang sedang mencepung dirinya menuju ke kamar. Tersangat mengantuk. Malas nak jalan.
Diletakkan dengan perlahan isterinya diatas katil. Selimut ditarik ke paras dada menyelimuti Syasya. Syasya membukakan matanya sedikit dengan senyuman.
“Terima kasih” ujar Syasya lembut. Taufik membalas senyuman tersebut lalu mencium dahi isterinya lama.
“Thanks for everything. Abang akan jaga keluarga kita sampai akhir hayat. Sya ialah pemilik tulang rusuk kiri abang. I love you sayang.” ucapnya dengan ikhlas. Syasya hanya tersenyum lalu tidur dengan senyuman yang lebar. Taufik hanya menatap wajah isterinya yang sedang lena tidur. Syukur di atas segalanya… Taufik bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Share this novel