BAB 6

Romance Completed 7836

“Kenapa banyak sangat sebab adik?” Tanya Syasya lagi.

“Sebab along sayang adik. Biar adik along ni tak terbiar nanti. Adik, kalau along kahwin nanti, along mesti tumpu perhatian pada isteri along tau. Along tak nak adik terpinggir. Along tak nak nanti ada salah seorang yang akan kecewa. Along nak tunggu adik kahwin dulu, biar ada yang dapat galas tanggungjawab along. “ Kazim menjawab dengan tersenyum lebar. Syasya terharu dan dia dapat merasakan pipnya basah. Air matanya menitik lagi. Syasya memeluk abangnya dengan erat.

“Adik pun sayang along. Sangat-sangat.”

“Manja betul adik along ni. Macam mana lah along nak kahwin. Nanti menangis 40 hari 40 malam lah adik tak nak lepaskan along.” Kazim membalas pelukan tersebut.

“nak kahwin konon. Bangun tidur pun along kena kejutkan setiap pagi. Nak harapkan jam loceng. Tak bangun juga.” Syasya mencebik dengan kata-kata Kazim. Nak peril lah tu.

“Entah. Telinga adik hanya dengar suara along. Automatik akan terkejut. “ Syasya member alasan.

“Alasan tak boleh diterima dik.” Kazim menarik hidung adiknya.

“Sakitlah” Syasya menggosok hidungnya yang merah. Kazim hanya ketawa jahat. Adik manja! Nada dering Heart A Break berbunyi manandakan ada panggilan. Syasya tersengih selepas melihat nama di skrin.

“ Budak Poyo call.”

“Budak poyo? Siapa?” Tanya Kazim hairan.

“Taufik.” Jawab Syasya sepatah lalu meninggalkan abangnya di ruang tamu untuk menjawab panggilan tersebut.

Tak cinta konon, telefon setiap hari. Lepak sana sini. Omel Kazim dalam hati.

“Assalamualaikum! Ada orang tak? Nak masuk ni?” suara Taufik memeberi salam dari luar. Syasya dan Kazim yang sedang sibuk di dapur berpandangan antara satu sama lain. Kazim memberi isyarat muka menandakan siapa? Syasya hanya menjongketkan bahu. Kazim meninggalakn kerja didapur lalu pergi kearah pintu melihat siapakah gerangannya. Taufik hanya tersengeh macam kerang busuk apabila Kazim membuka pintu.

“Fik, kenapa nak datang tak bagitahu.” Kazim mempersilakan Taufik masuk.

Macam tak biasa. Selama ni lepak kat sini selalu jugak tapi bila along ada jelah. Tak boleh berdua-dua. Kan tak pasal-pasal kena tangkap khalwat. Uish, minta dijauhkan.

“Siapa long?” laung Syasya dari dapur. Curious pulak nak tahu. Kazim tidak menjawab. Taufik pun menghayunkan langkah ke dapur.

“Aku lah labi” sergah Taufik tiba-tiba dari belakang. Syasya yang sedang memegang sudip, terlepas dari tanggannya, lalu mengurut dada.

“Tak reti nak bagi salam ke?” Syasya menjenggelkan matanya. Sudip yang terjatuh diambilnya. Taufik menutup mulutnya ala-ala minah gedik tanda opsss! Kazim yang baru menjengah ke dapur menggelengkan kepala.

“Apesal ni?” Tanya Kazim.

“Tanya labu kat sana tu. Tak reti nak bagi salam.” Jawab Syasya geram. Ada je kerja nak kenakan aku.

“Eh, aku dah bagi salam lah. Tanya along! Tadi Fik dah bagi salam kan long? Kau je tak dengar. Along putik kapas ada lagi tak?” celah Taufik.

“Putik kapas? Buat apa?” Kazim menjongketkan keningnya.

“Ha’ah. Nak bagi kat budak tu. Putik kapas dah lama habis kut, tak dengar tu.” Gurau Taufik. Syasya dengan serta merta berpaling kearah Taufik.

“Fiiiiikkkkk!” tuala kotor untuk mengelap lantai di lempar tepat pada muka Taufik. Tidak sempat Taufik untuk mengelak. Pap! Terus kena muka.

Putik kapas dah terlebih stok lah kat sini. Tiga kali sehari aku guna. Erghx!

Hampeh punya kawan! Habis muka aku yang handsome ni kau kotorkan. Habis segala make up dan perfume aku pakai tadi.

“Weh! Busuk lah!” marah Taufik sambil membasuh mukanya di pili air.

“Padam muka! Haa, apa mimpi datang rumah aku malam-malam?” Tanya Syasya sambil tanganya ligat menyediakan makan malam. Kazim turut mebantunya.

“Amboi! Aku baru datang. Dah nak kena halau.” Rajuk Taufik.

Menyampah! Syasya buat muka bosan.

“Takde lah. Tadi aku ada kerja kat area ni. Dah terlalu kat sini, singgah lah kejap jenguk kau. Mana tahu kau rindu aku ke. aku datang lah ni.” Taufik memberi alasan. Memang benar. Dia terpakasa hantarkan barang kawannya yang tertinggal dua tiga hari yang lepas.

“Takde makna lah” segala makanan dah terhidang di atas meja.

“Fik langkah kanan. Kita orang baru nak makan malam. Jom join sekali” ajak Kazim selepas semuanya siap.

“Betul ke long? Alhamdulillah! Murah rezeki.” Cepat-cepat Taufik mengambil tempat.

Perut dah lapar, makan jelah! Syasya buat dunno je.

“Wah! Sedapnya kau masak Sya. Kalau hari-hari aku datang makan boleh?” puji Taufik dengan nasi penuh dalam mulut.

“Boleh bankrap along aku” jawab Syasya selamba.

“Eleh. Aku bankarap setiap hari takpe? Setiap hari aku belanja kau makan.” Balas Taufik. Bukan niat nak mengira, saje nak gurau. No heart feelings di minta.

“Adik. betul macam tu? Duit along bagi tak cukup ke?” Tanya Kazim dengan muka serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience