Along! Sengaje je kan. Bukannya aku nak bangun awal tapi kena paksa dengan suami. Katanya pengantin baru kena bangun awal. Tak manis kalau di tengok orang. Lebih-lebih lagi di rumah mummy dengan daddy. Kat rumah sendiri nanti aku nak tidur puas-puas. Tak nak bangun! Qada’ balik.
“Terpaksa” Syasya mencubit tangan abangnya yang duduk disebelahnya. Opps! Jangan salah anggap. Taufik berada di sebelah kiri aku.
“Sakitlah.” Kazim mneggosokan tangannya. Pedih wu!
“Fik, macam mana kejutkan isteri kau pagi tadi. Habis cara dibuat? Dah simbah air?” Tanya Kazim dengan ketawa terbahak-bahak.
“Well. Fik guna ilmu lain long. Ilmu pengantin baru.” Gurau Taufik pula.
“what?” Syasya hampir terjerit.
“Mummy! Daddy! Tengok dia orang ni. Bencilah macam ni.” Adu Syasya. Matanya dijengkelkan pada suaminya. Gatal!
“Macam mana malam pengantin baru? Okay? “ Tanya Encik Muzamil. Lain yang ditanya lain pula dijawab.
“Daddy!” jerit Syasya lagi.mukanya panas! Malu! Semuanya merepek tak tentu pasal. Well, not bad lah kawan dengan sahabat sendiri. Dah serasi. Takde masalah. Semua dah tahu sikap masing-masing.
Semua yang ada di meja makan ketawa terkekeh-kehkeh mengusik pengantin. Suaminya tu pula elok-elok aje melayan. Ini lah nasib kahwin sahabat sendiri, dah memang serasi sejak dulu. Tak kekok lah hendak bergurau. Syasya malas nak masuk campur. Yang penting makan. Lapar!
Setelahdipujuk rayu akhirnya mummy izinkan. Syasya mahu pulangn ke rumah abangnya. Nak tinggal sana. Tak nak tinggal sini. Dirinya telah serasi di sana. Apabila Taufik dan dia dah kerja nanti, mereka akan cari kediaman sendiri, dengan syarat Kazim dah kahwin.
“oh my sweet home!” Syasya terus terlentang diatas katilnya. Malam ni baru boleh tidur lena. My bed!i got you back.
Kazim hanya menggelengkan kepalanya. Kazim sibuk mengemas semua pakaiannya. Maklumlah baru pertama kali masuk, kena kemaskan pakaiannya ke dalam almari. Tengok, baju pun aku kena kemas sendiri. Opss! Bukannya salah bini aku pun. Masuk je dalam bilik terus cari almari, tak menyempat nak duduk. Excited!
“Lah, dah tidur rupanya.” Dikerling isterinya di sebelah. Patut senyap je. Kalau tak, kepoh aje mulut tu. Terpaksa lah kemas sorang-sorang.
Malam yang sangat dingin. Syasya berdiri diluar balkoni biliknya. Dilihat bintang-bintang yang berkelipan di langit. Sungguh indah ciptaan ALLAH. Siapa sangka bintang yang Nampak kecil tu sebenarnya berkali ganda lebih besar berbanding matahari. SubahanAllah!
Tiba-tiba ada sepasang tangan yang memeluk pinggannya dari arah belakang. Kus semangat! Baru nak buka silat, baru teringat dia dah berlaki.
“Tak sejuk ke duduk luar malam-malam macam ni.” Pelukan dipinggang isterinya dikemaskan. Sejuk! Dagu dileletakkan di atas bahu Syasya. Pftt, geli lah. Nasib baik laki aku. Kalau tak, dah kena sepak dengan aku.
“Fik, aku ada benda nak tanya kau.” Persoalan ini muncul berkali-kali dalam kepalanya. Pelik!
“Apa dia?”
“Macam mana kau boleh bertukar pengantin? Macam mana Rizal? Macam mana penerimaan daddy, mummy? Macam mana along boleh terjerebak sekali. London?” bertalu-talu soalan yang ditanya.
“Amboi. Banyaknya soalan.” Jawab Taufik sambil lewa.
“Jawab lah semuanya” Syasya mencubit tangan suaminya yang kemas berada di pinggangnya sejak tadi. Sesedap hati je peluk orang.
“Sebenarnya kan aku tak pergi pun kat London. Aku setia tinggal kat Malaysia aje.”
“What?” mulut Syasya terlopong. Kau tipu kau!
“Let me story mory habis dulu Puan Syasya ” usik Taufik. Syasya hanya diam mendengarnya.
“Suatu petang tu, aku pergi jumpa Along. Aku Cuma mintak along jangan izinkan kau kahwin. Kalau kau kahwin, aku macam mana? Aku tak nak lah my love kena sambar di lelaki lain, yang belum kenal pulak tu. Aku tak cakap pun aku cinta kau kat along tapi along dah dapat hidu. Dia dah syak sejak dulu. Well bijakkan along? Kau je yang tak pernah Nampak selama ni.” Rajuk Taufik.
“Kau tahu tak. Along pernah Tanya aku, bila nak kahwin dengan kau. Dia memang nak jodohkan aku dengan kau sejak dulu lagi tapi yelah aku mana tahu kau cinta kat aku,aku tolak lah. Jual mahal sikit.” Syasya ketawa jahat.
“Takpelah sebab aku dah dapat beli kau dengan harga yang mahal jugak.”
“ish. Kau ingat aku barang ke.” Marah isterinya.
“Gurau jelah.” Hidung Syasya di tarik. Ishhh! Sama macam along! Boleh mancung hidung aku kalau selalu macam ni.
“sambung lagi. Belum habis kau cerita” pinta Syasya lagi.
“Along cakap dia nak pilih syarat nombor 3. Dia nak kau dan aku happy ever after! Nak tengok semua bahagia.”
“Along selalu macam tu. Asyik fikir tentang kebahagiaan orang je. Dirinya sendiri merana.” Along sungguh sayangkan aku.
“Ha’ah. Along jugak lah yang bagi semua rancangan ni dari pergi London sampai aku kahwin dengan kau. Dia nak uji kau dulu katanya.” Patutlah along buat tak tahu je waktu aku cakap Taufik dah tinggalkan aku. Along! Pandai berlakon!
“Aku kena tipu hidup-hiduplah ni?” ujar Syasya geram. Tak sangka langsung! Taufik hanya ketawa nakal.
“Mummy dengan daddy setuju je dengan semua ni, asalkan syarikat along nak ambil alih. Tup..tup.. semalam mereka dah ubah fikiran. Alhamdulillah!”
Share this novel