“Nah!” Taufik meletakkan makanan sambil mengambil tempat duduk di tepi Syasya.
“Sya, hujung minggu ni apa program kita? Nak hang out kat mana? “ Tanya Taufik sambil menyuapkan Nasi Putih kedalam mulut.
“Entah. Tak tahu. Tak fikir lagi.” Jawab Syasya sambil menggeleng kepalanya.
“Ujian semester dah dekat, kita pergi Libarary nak? Aku ambil kau pagi tu.”
“Okay!” Syasya menjeling makanan Taufik lalu diambilnya ayam gorang di dalam pinggan Taufik.
“Nak sikit” lepas diambil baru minta izin.
“Tak usah minta izin la. Lepas ambik baru mintak.” Dihiraukan Syasya dengan mulut yang dipenuhi ayam gorang. Tiada tanda-tanda nak marah sebab dah faham sangat dengan perangai Syasya. Syasya hanya tersengih lalu ketawa riang.
Runtin harian Syasya sama setiap hari. Selepas pulang dari Kolej, dia akn memasak untuk makan malam bersama Kazim. Kazim akan pulang selepas Maghrib. Maklumlah doktor. Syasya faham.
“Assalamualaikum!” suara abangnya memberi salam kedengaran.
“Along dah balik. Pergi tukar baju, adik dah masak. Nanti makan sama-sama. “ arah Syasya yang sibuk menyediakan makan malam.
Siapa lagi nak uruskan makan minum along selain dia? Dah disuruh kahwin, tak nak. Memang tak lah, along jumpa perempuan pun malu. Tak ditegur langsung. Haishh, risau aku dibuatnya. Tak kan nak membujang je.
“Along!” sapa Syasya yang tiba-tiba muncul selepas mengemas meja makan. Syasya mengambil tempat duduk di tepi abangnya lalu menjatuhkan kepalanya diatas bahu Kazim yang sedang menonton berita. Lagaknya manja sekali.
“Along, esok adik nak pergi Libarary dengan Fik.”
“Siapa hantar?” Tanya Kazim.
“Macam biasa lah, Fik bawak kereta. Pagi esok dia datang ambil.”
“Mummy ada call along petang tadi.” Beritahu Kazim dengan berhati-hati. Takut adiknya melenting nanti.
“Dia nak apa?” Syasya hanya menjawab tak acuh.
“Adik, jangan cakap macam tu. Dia mummy kita.” Nasihat Kazim.
“Adik mengantuklah. Nak tidur.” Dalih Syasya lalu berbaring di atas sofa berbantalkan peha abangnya. Kazim hanya membiarkan sahaja. Memang sudah terbiasa. Selepas adiknya lena, Kazim akan mengangkat Syasya kebilik. Nak dikejutkan sampai bangun? Memang sampai ke pagi lah. Tidur tak ingat dunia.
“Adik, sampai bila nak bermusuh dengan mummy? “ Tanya Kazim sambil menyelimuti adiknya yang sedang tidur. Peristiwa lepas trlayang diminda Kazim.
“ Mummy, adik tak nak! Adik nak jadi Engineer. Adik tak nak jadi ahli perniagaan!” jerit Syasya pada ibunya.
“Keputusan mummy muktamad, adik kena jadi ahli perniagaan. Nanti siapa yang akan ambil alih syarikat daddy kalau bukan adik? Nak harapkan along? Huh, dia dah jadi doktor.” Tengking Puan Fatimah kuat. Kazim hanya menundukkan kepalanya. Dia tahu, ibunya sedang memerlinya. Kazim mahu jadi doktor sejak kecil dan keputusan itu muktamad walaupun ibunya melarang keras. Alasannya, siapa yang akan mewarisi syarikat ? sekarang, hanya tinggal Syasya yang dapat mewarisinya.
“Keputusan adik pun muktamad! Adik tak nak jadi ahli perniagaan. Adik tak nak jadi macam mummy dan daddy. Bila besar nanti, anak adik dipinggirkan disebabkan syarikat ni. Adik tak nak nasib anak adik kelak macam adik dan along! Adik tak nak! Adik benci usahawan! Adik benci syarikat!” jawab Syasya dengan keras. Kazim terkesima dengan jawapan adiknya yang begitu berani.
“pang” satu tamparan dikenakan ke pipi Syasya. Tanpa disengajakan, ibunya telah menamparnya disebabkan sikap kurang ajar anaknya. Kazim terkejut sekali lagi.
“ I hate you mummy! Walau apa pun mummy suruh, adik tak nak!” jerit Syasya dengan sekuatnya sambil bibirnya diketapkan rapat menahan geram. Air matanya mengalir laju di pipi.
“ tiada siapa boleh halang keputusan mummy” Puan Fatimah turut berkeras dengan keputusannya. Kazim bersimpati dengan adiknya tetapi dia tidak boleh lakukan apa-apa. Dia anak sulung dalam keluarganya.
“mummy cukup! Adik kata tak nak, hormatilah keputusan dia. Syarikat tu mummy suruh orang lain uruskan. Kita orang ada cita-cita tersendiri.” Kata Kazim dengan lantang tetapi dengan penuh hormat.
“no! adik harus jadi pewaris syarikat ini kelak.” Tegas Puan Fatimah lagi.
“ I said no! I don’t want this stupid company.” Jerit Syasya dengan sekuat yang mungkin. Sekali lagi Puan Fatimah mengangkat tangannya tetapi dihalang oleh Kazim. Puan Fatimah panas hati dengan sikap anaknya itu.
“who taught you to be act like this?” soal Puan Fatimah geram. Syasya ketawa menyindir.
“you wanna know who taught this? Haha that’s you! You never taught me about what can I do and what I can’t do. You always busy with your stupid company! You leave us alone at home without your love. When you’re home, you ignored us! And you know what? I hate you!” jawab Syasya dengan penuh emosi lalu pergi kedalam biliknya meninggalkn ibu dan abangnya di ruang tamu.
“ Adik! Adik! Tunggu abang! Adik! “ Kazim berlari mengejar adiknya. Sejak kejadian itu, Syasya tidak pernah memperdulikan ibunya lagi. Dia bertekad untuk mencapai cita-citanya.
Seperti yang dijanjikan, Syasya dan Taufik pergi ke Libarary pada keesokkan harinya. Pada hujung minggu, pengunjung memang ramai ke perpustakaan. Tak kurang juga dengan budak-budak sekolah yg menghadiri sesuatu kursus bg SPM dan PMR. Kebanyakan pengunjung bukannya pergi ke sana untuk membaca sebaliknya untuk mencari ketenangan dan ada juga mengambil kesempatan untuk “berdating”.
Share this novel