Aduh! Mampus aku.
“Err, takde lah long. Adik saje nak buli budak ni. Alah, bukan selalu pun. Mengade je lebih kau ni kan?” kaki Taufik di bawah meja di sepaknya.
“Aduh!” Taufik mengerang kesakitan.
“Padam muka!” Syasya menjelingnya.
“Kalau nak makan kat sini setiap malam nampaknya Fik kena kahwin dengan Sya cepat-cepat lah. Setiap masa dapat makan, bukan makan malam, semua waktu boleh.” Tiba-tiba Kazim bersuara. Syasya tersedak.
“Apa along ni. Kesitu pulak!” dalih Syasya. Boleh pulak dia main-main bab kahwin. Bukan dengan Fik lah along. Dengan mamat lain.
“Fik okay je along. Tunggu tuan yang kena masak je.” Balas Taufik tenang. Syasya membulatkan matanya apabila mendengar jawapan “gila” kawannya. Kaki Taufik di bawah meja sekali lagi dipijaknya tetapi malang, bukan Fik yang mengaduh kesakitan tetapi Alongnya.
“Kenapa ni. Tiba-tiba pijak kaki along. Sakitlah.”
“Erk. Sorry. Adik tak sengaja. Ada nyamuk tadi. Nak halau dengan kaki, terpijak kaki along.” Ahh! Lantaklah. Bagi je alasan apa-apa pun. Taufik yang mengadapnya terkekeh-kekeh ketawa.
Geramnya aku! Fik lepas makan, kau basuh semua pinggan ni. Titik!
Kemanalah budak poyo ni menghilang. Pantang kena tinggal sikit, mulalah nak lari. Omel Syasya dalam hati. Selepas kelas tamat, Syasya terpaksa berjumpa dengan Madam Nora untuk menghantar assignmentnya yang tidak sempat dihantar minggu lepas di sebabkan demannya. Melilau mata Syasya mencari Taufik. Setelah jauh mencari di sekitar Kolej, akhirnya terjumpa juga. Kelihatan Taufik sedang membaca buku di taman. Kusyuk betul membaca. Tanpa tunggu lebih lama, Syasya segera melangkah kearah kawannya itu.
“Woiit! Kemana menghilang? Penat tau aku cari seluruh Kolej.” Bebel Syasya lalu melabuhkan punggunya di atas bangku mengadap Taufik.
“Kenapa tak call je?” jawab Taufik selamba. Syasya hanya tersengih. Macam mana nak call, kredit takde. 0 sen. Taufik hanya menjeling. Dah agak, kredit habislah tu. Taufik kembali mengadap buku ditangannya. Kepala Syasya tiba-tiba terfikirkan perbualannya dengan abangnya semalam.
“Fik! Kau nak tahu sesuatu tak?” Syasya ingin kongsikan masalahnya.
“Apa dia?” Taufik hanya menjawab tetapi mata masih tertumpu pada bukunya. Syasya merengus lalu mengambil buku tersebut.
“Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Tanya Syasya marah.
“Bak sini buku aku tu balik.” Arah Taufik. Syasya tidak menghiraukannya.
“Dengar lah aku nk cerita ni.” Syasya mengetapkan giginya geram. Taufik tersenyum sumbing.
“Ya, aku dengar. Okay, cepat. Apa dia? Gurau sikit pun marah.”
“Along cakap, dia tak nak kahwin selagi aku belum kahwin.” Syasya mula bercerita.
“So?” Taufik mengangkat keningnya.
“Aku masih muda. Banyak lagi benda yang aku belum capai. kalau aku kahwin nanti, agak-agak umur Along berapa? Mesti dah tua. Nanti tak laku. Along handsome woi.” Syasya bimbang memikirkan abangnya.
“Kenapa Along nak tunggu kau dulu?” Tanya Taufik lagi. Syasya menarik nafas lalu menjawab.
“Sebab Along tak nak aku dipinggirkan bila dia kahwin nanti. Bila betul-betul ada seseorang yang boleh jaga aku. Barulah dia akan fikirkan masa depan dia pula.”
“Habis tu apa rancangan kau?”
“Lepas aku graduate tahun depan, aku nak cari boyfriend lah. Bila ada yang sesuai, aku nak cepat-cepat kahwin. Aku tak nak bebankan along lagi. Along dah banyak berkorban untuk aku. Beb, kau ada ramai kawan kan? Tolong carikan untuk aku.” Syasya membuat muka comelnya. Taufik hanya mencebik.
“Kau ingat nak cari suami ni senang ke? Dah kenal 10 tahun pun, tak mungkin dapat jadi suami kau lagi.”
“Kalau ada jodoh, boleh je kan?” Syasya memberi alasan.
“Kalau macam tu, kahwin dengan aku jelah. Lagi senang! Lepas graduate, kita kahwin.” Taufik memberi idea. Syasya ketawa kuat.
“Tak usah buat lawak la weh.”
“Orang cakap betul, dia kata lawak.” Taufik menjelingnya. Syasya tidak mempedulikan idea yang “tidak bernas” itu.
“Fik, aku lapar lah. Jom belanja aku makan.” Syasya memegang perutnya sambil membuat muka sedih. Taufik mengeluh panjang.
“Yelah, jom! Tapi sebelum tu, bak sini buku aku!” minta Taufik. Syasya terus menghulurkannya.
“Sayang kau” jawab Syasya lalu bangun. Tangan Taufik ditarik mengikutinya. Taufik hanya mengikut.
Tak di sangka, mummy dan daddy datang pada malam tersebut. Tepat pada pukul 10 malam. Apa yang penting sangat sampai datang pada malam-malam macam ni.
Apabila Syasya menapak kearah pintu untuk melihat siapakah tetamu yang datang. Rasa marah berkobar-kobar dalam hati. Kazim kehairanan melihat adiknya tiba-tiba terdiam tanpa membuka pintu tersebut.
“Siapa datang?” Tanya Kazim. Syasya merengus.
“Mummy dan Daddy” Syasya terus berlari kedalam bilik meninggalakn Kazim terpinga-pinga.
Share this novel