BAB 3

Romance Completed 7928

“Sya, kau tengok awek tu. Cun gila woi.” Kata Taufik sebaik sahaja terpandangkan seorang perempuan yang ayu dan comel yang baru memasuki tempat rujukan. Dengan memakai shawl dan berjubah labuh, perempuan tersebut nampak ayu sekali. Bagai perempuan Melayu Terakhir.

“okay la. Not bad your taste.” Jawab Syasya bersahaja sambil membuat assigmentnya.

“aku dah jatuh cinta kat awek tu. Sya, kau tolong aku! Please!” rayu Taufik kepada Syasya. Syasya hanya menjeling dan tidak mempedulikannya. Masih menumpukan perhatian pada laptop di depannya.

“Sya, please! Tolonglah aku.” Rayu Taufik lagi dengan muka manjanya. Syasya menjengkelkan matanya kepada Taufik tanda marah. Taufik masih lagi membuat mimik muka manjanya.

“Menyampah betul. Ya lah. Kau nak suruh aku buat apa?” jawab Syasya mengalah. Taufik menyuruhnya untuk berkenalan dengan perempuan tersebut lalu meminta nombor telefonnya. Mudah untuk Taufik berkenalan melalui nombor telefon. Syasya pergi ke tempat perempuan tersebut untuk memulakan misi.

“Boleh saya duduk kat sini?” tanya Syasya sambil menunjukkan tempat duduk yang kosong di sebelahnya.

“boleh. Silakan.” Jawab perempuan tersebut lalu tersenyum manis. Syasya menjeling kearah Taufik. Taufik memberi isyarat sambil tanggan berada di telinga yg bermaksud menyuruh Syasya mengambil nombor telefon.

“Err..” sebelum sempat Syasya memulan bicara, telefon bimbit perempuan tersebut berbunyi.

“Hello bang. Abang dah ambil anak kat Taska? Sayang ada kat Libarary ni. Nanti sayang balik.ohh, okay. Bye” Syasya terdengar perbulan tersebut. Anak?

“hahahahahahahahahahahahahaha” pecah ketawa Syasya pada Taufik. Rupa-rupanya perempuan tersebut dah kahwin. Isteri orang,melepas kau Fik.

“Cukuplah! Dah takde rezeki aku nak mngorat dia.” Balas Taufik geram. Sejak pulang dari Libarary, tak habis-habis Syasya memerlinya. Mujurlah kau kawan aku, kalau tak, aku tinggal kau kat tengah jalan ni. Tengah jalan okay, bukan tepi jalan.

“Perempuan secantik dia tak kan dapat lah kat kau. “ peril Syasya lagi.

“Apa, kau ingat muka aku ni buruk sangat ke? “

“takde lah buruk sangat, tapi boleh la.” Gurau Syasya lagi sambil ketawa kuat.

“kau nak suruh aku tinggalkan kau tengah jalan ni ke tak? “ jawab Taufik geram.

“Ala, aku gurau je pun. Dah sentap habis.” Jawab Syasya lalu berhenti ketawa. Hanya tersenyum girang. Alahai, kesian kau Fik. Dah takde jodoh, sabar jelah.

Taufik menghantarnya pulang ke rumah. Sebelum Syasya keluar dari kereta, dia terlihat seorang perempuan yang sangat dikenalinya berada di luar rumah bersama abangnya. Syasya mematikan hajatnya untuk pulang lalu meminta Taufik untuk memandu kereta ke tempat lain.

“Fik, jom pergi. Kau bawak la aku ke mana pun. Aku tak nak pulang sekarang.” Arah Syasya.Taufik terpandangkn Puan Fatimah di luar rumah bersama Kazim. Hmm, patutlah tak nak pulang lagi. Sebelum sempat Taufik beredar, Kazim terlebih dahulu datang lalu mengetuk pintu kereta di tempat Syasya. Syasya hanya menurut tetap hanya menurunkan cermin keretanya.

“Adik. Jom jumpa mummy. Mummy datang nak jumpa adik.” Pujuk Kazim lembut.

“Mummy nak jumpa atas alasaan apa? Nak suruh adik ambil alih syarikat tu lagi?” jawab Syasya geram.

“ha’ah. Mummy tak akan putus asa. Adik mesti kerja kat syarikat daddy.” Entah dari mana ibunya muncul di belakang Kazim.

“My answer is NO!” jawab Syasya keras lalu menaikkan semula pintu tingkap kereta lalu mneyuruh Taufik untuk beredar. Taufik hanya menurut perintah kerana dia faham apa yang berlaku. Syasya selalu kongsikan masalahnya dengan Taufik. Sepanjng perjalanan, Syasya hanya diam membisu. Tiada lagi senda gurau seperti sewaktu pulang dari Libarary tadi. Diam seribu bahasa. Taufik membawa Syasya ke pantai. Semoga Syasya dapat melepaskan tekanan disana.

“Jom keluar. Tengok ombak.” Ajak Taufik sambil membuka ikatan tali pinggan keledar. Syasya hanya termenung, tiada tanda-tanda hendak keluar dari kereta.

“Weh, tak mau lah macam ni. Jom teman aku jalan-jalan kat pantai.” Ajak Taufik sekali lagi lalu menarik tangan Syasya keluar dari kereta sambil menariknya ke depan pantai.

“Weh, sakitlah” balas Syasya dengan berlari mengikut Taufik ke pantai. Tangannya ditarik Taufik. Sampai sahaja di pinggir ombak, Taufik menolaknya ke dalam air. Sehingga basah. Syasya menjerit kuat lalu mengejar Taufik untuk membalas dendam. Mereka berkejaran di pinggir pantai bermain air. Sekali di simbahnya air ke muka Taufik. Basah melecun semuanya. Mereka juga mengukir nama mereka di atas pasir pantai tanda persahabatan. Syasya bisa tersenyum riang kembali. Taufik bijak mengembaliakn mood Syasya.

Enjin kereta kedengaran diluar rumah. Kazim bergegas keluar. Kazim tahu siapa gerangannya. Syasya menapak ke hadapan pintu rumah tanpa berkata sepatah pun, hanya matanya melihat kearah abangnya. Kazim hanya memerhati sambil tersenyum.

“Adik minta maaf.” Hanya itu perkataan yang keluar selepas hampir tiga minit dirinya tercegat dihadapan pintu.

Sorry along, adik tak boleh terima keputusan mummy lagi. Setiap kali adik lihat mummy, rasa marah berkobar-kobar dalam hati.

Kazim hanya tersenyum lalu menjawab “tak ape. Along faham. “

Syasya pun menapak kedalam rumah dengan keadaan lesu. Malam tersebut, Syasya hanya diam seribu bahasa. Selepas makan malam, Syasya hanya berkurung didalam biliknya. No conversation between his brother like before.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience