BAB 10

Romance Completed 7928

“Along! Betul along izinkan Sya pilih syarat kedua? Along izinkan Sya kahwin dengan lelaki yang dia tak kenal langsung?” tanpa membazir masa, Taufik terus bertanya.

“Along belum berikan kata putus Fik. Along masih fikir. Along bingung !” jelas terpancar tekanan di wajah Kazim. Pening! penat! Kenapa mummy dan daddy bersikap sedemikian? Kejam sangat ke anak-anaknya? Ya kejam sebab tiada yang mahu penuhi permintaan mereka.

“Along, Fik tak nak masa depan Sya hancur. Sya masih muda, tambahan pula dia perlu kahwin dengan lelaki yang dah berumur daripada dia, lelaki yang sama sekali dia tak kenal. Sya kawan baik Fik. Fik tak nak tengok dia sedih. Tiada jalan lain ke long? Sya kawan baik Fik” Tanya Taufik serius. Air mata jantannya tiba-tiba bergenang di kelopak mata tanpa sedar. Cuba ditahan agar tidak keluar. Kazim hanya tersenyum.

“Fik sayang Sya kan? Sebab tu Fik susah hati.” Tanya Kazim tenang.

“Mesti lah Fik sayang Sya, dia kawan baik Fik sejak dulu.” Jawab Taufik dengan suara yang sedih.

“Bukan itu maksud along. Fik sayang Sya lebih daripada kawan kan? Fik cintakan Sya?” Kazim mengajukan soalan cepumas. Taufik terdiam. Hatinya berdebar bagai mahu meletop.

“Along tahu. Along boleh nampak dari mata Fik. Fik cintakan Sya kan?” Tanya Kazim lagi. Taufik hanya tunduk lalu mengangguk. Kazim tersenyum lebar selepas melihat anggukan itu. Along akan fikirkan jalan yang terbaik untuk adik, untuk kita semua. Tekad Kazim dalam hati.

Sejak kebelakangan ini, Taufik seperti mengelak daripada bertemu dengannya. Apabila berada dalam dewan kuliah, mukanya muram tidak seceria dulu. Apabila ditanya, jawabnya sepatah saja. Ya dan tak tahu. Membazir suara aku je duk tanya panjang-panjang. Geram! Bila diajak pergi makan, jawabnya kenyang lepas tu terus blah… pada hujung minggu pula, macam-macam alasan dia bagi bila diajak keluar. Forever alone! Aku dah takde kawan. Sunyinya hidup!

Berkali-kali keypad di tangan di tekan mendial nombor Taufik tapi tiada siapa menjawab.

“Jawablah Fik!” rayu Syasya dengan telefonnya. Berlegar-legar di ruang tamu. Sesekali menghalang pandangan Kazim hendak menonton tv.

Dah la aku boleh tengok tv waktu malam je.

“Adik, ketepi sikit. “ arah Kazim dengan tanggannya. Syasya buat-buat tidak dengar. Tangannya masih ligat mendial nombor Taufik. Mugkin kalau dikira sudah beratus-ratus kali. Mula-mula Fik bersikap dingin dengannya, lepas tu menghilang entah kemana. Bila di Kolej cepat-cepat sahaja lari belum sempat Syasya menyapanya. Pelbagai alasan dibagi.

“Along! Fik tak jawab!” adu Syasya pada abangnya. Syasya melabuhkan punggunya di tepi Kazim. Letih agaknya.

“Fik busy kot” mata Kazim masih menghadap tv.

“Busy apanya setiap hari. Dulu okay aje. Ada je masa dengan adik. Along! Fik dah berubah sekarang.”

“Semua orang harus berubah. Baguslah.” Jawab Kazim dengan tenang.

“Masalahnya kalau berubah jadi baik takpe, ni terus menghilang. Dah lupa kawan ke?” jawab Syasya geram. Fik ! ke mana kau ni. Jangan buat aku macam ni. Aku ada kau je. Rintih Syasya dalam hati.

Mata Kazim masih tidak berganjak dari menonton tv. Adiknya ditepi tidak dihiraukan.

“Benci la along ni!” Syasya melemparkan batal di tanganya. Kazim hanya tersengih.

“Along pulak yang dibencinya” terkekeh-kekeh Kazim ketawa. Apa yang lawak entah! Tengok berita bukannya Running Man nak ketawa bagai. Along memang sengaja.

Nada dering Heart A Break tiba-tiba berbunyi. Syasya dengan lajunya menekan butang hijau selepas nama Budak Poyo keluar.

“Hello Fik! Kau ke mana? Penat aku call kau.” Marah Syasya terus belum sempat diberi salam.

“Aku ada hal tadi.” Jawab Kazim dengan keluhan yang berat.

“Bukan baru malam ni aku call, setiap malam. Kenapa tak angkat? Kau sengaje nak lari dari aku kan?” luah Syasya geram.

“Sya, aku ada sesuatu nak cakap.” Taufik tidak menjawab soalan Syasya sebaliknya mahu mengatakan sesuatu.

“Apa dia?”

Satu keluhan berat dilepaskan. Macam mana aku nak cakap ni? Bagilah aku kekuatan.

“Sya. Aku kena ikut mama dan papa stay London. Papa ditugaskan jaga syarikatnya di sana. Maybe dalam 10 tahun. Aku tak pasti.” Dengan sekali lafaz Taufik menceritakannya.

“Bila kau akan pergi sana?” syahdu sahaja pertanyaan Syasya. Tiada lagi suara garangnya. Air mata bergenang pada kelopak matanya.

“Dua hari yang lepas. Aku ada kat sana sekarang sebab tu line tak berapa nak clear.” Jujur Kazim.

Air mata yang tadinya bergenang kini laju menitis. Kazim yang memerhati hanya diam. Sedih hatinya melihat Syasya menangis lagi. Kazim sudah sedia maklum soal ini, Taufik ada memberitahunya sewaktu Taufik melawat hospital dahulu.

“Kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau tak ucap selamat tinggal kat aku? Kenapa kau pergi macam tu je? Kenapa kau tinggalkan aku? Kau tinggalkan aku sendirian. Aku dah takde kawan. Dah takde siapa lagi nak sayang aku lepas ni. Hanya Along yang ade. Kenapa kau buat aku macam ni?” Syasya mengamuk ditalian.

Kenapa kau tinggal aku macam ni. Siapa nak lepak dengan aku lepas ni? Sampai hati kau Fik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience