BAB 18

Romance Completed 23147

Alisya sedang mundar-mandir di halaman depan. Kata-kata Hafizul semalam membuat tidurnya tidak lena. Dia tahu kebanyakkan kata-kata Hafizul banyak ditujukan kepadanya. Dia faham maksudnya. Alisya tahu Hafizul rasa bersalah pada dia. Alisya pun sama. Dia tahu selama ni Hafizul banyak beralah dan melayan kerenahnya. Malah dari kecil lagi Hafizul memang akrab dengan dia. Alisya juga tahu yang Hafizul sebenarnya memang ada perasaan padanya. Malah Dia juga turut rasa benda yang sama. Dari kecil lagi. Cuma yang membuatkan dia geram adalah sikap Hafizul yang terlalu kuat cemburu dengan Irfan. Padahal dia dengan Irfan Cuma berkawan sahaja. Tak pernah lebih!

Alisya buntu. Dia harus meminta maaf dari Hafizul. Tapi macam mana? Takkanlah dia nak cakap depan-depan. Tak boleh! Jatuhlah imej! Malulah! Isykk susahlah macam ni! Alisya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Sya kamu ni dah kenapa? Buang tebiat apa duk garu-garu kepala sampai macam tu? Ada kutu?” soal Puan Rosnah, pelik dia melihat wajah anaknya dari tadi asyik mengomel sorang diri.

“Eh ibu ni. Mana ada! Rambut Alisya ni bersih dari kuman taw!”Alisya memuncungkan bibir. Matanya memandang bekas yang dipegang di tangan ibunya.

“Ibu nak pergi mana bawak bekas ni?”soal Alisya.

Puan Rosnah tersenyum “Owh ibu nak pergi sebelah. Nak bagi pudding ni dekat Mak Long. Abang Hafizul kamu suka makan ni.”

Alisya mengangguk dia kemudian tersengih. Cantik! “Eh ibu tak payah susah-susah, biar Alisya yang hantarkan. Ibukan penat masak tadi.”

Puan Rosnah hairan memandang Alisya. “Hah dah kenapa ni? Selalunya bila ibu suruh hantar rumah mak long, kamu selalu mengelak. Tiba-tiba hari ni rajin pulak. Kamu nak cari pasal dengan Abang sepupu kamu tu lagi ye?” Tebak Puan Rosnah.

“Isykk ibu ni tak adalah. Abang Hafizul tu kan cikgu Alisya. Takkanlah Alisya nak cari pasal nanti tak berkat ilmu nak jawab SPM nanti.” Ujar Alisya. Dia tak mahu ibunya syak sesuatu.

“Yelah…yelah. Ni bagi dekat mak long. Lepas tu terus balik. Jangan nak cari pasal pulak!” Alisya mengambil bekas pudding tadi. Dia segera kerumah sebelah.

“Assalamualaikum! Mak long!”jerit Alisya.

Hajjah Limah keluar ke pintu depan. “Waalaikumsalam. Lah Alisya rupanya. Masuk sayang.” Ujar Hajah Limah lembut.

Alisya masuk ke dalam. “Mak long ni mak suruh bagi pudding.” Hulur Alisya.

“Lah buat susah je. Hah Alisya duduk kat depan ni kejap ye. Tadi Mak Long ada masak rendang daging kejap Mak long ambilkan.” Alisya mengangguk. Dia duduk di sofa depan.

Mata Alisya melilau-lilau mencari kelibat Hafizul. Hampa langsung tiada bayang. Alisya fikir mungkin Hafizul sedang duduk didalam biliknya. Hurmm takkanlah nak terjah bilik anak teruna orang. Tak senonoh betul!

Sedang Alisya bermonolog sendiri. Matanya tertacap pada beberapa buku latihan yang disusun diatas meja depan. Alisya fikir pastinya Hafizul baru lepas memeriksa buku latihan pelajar. Tangan Alisya mengapai sebuah buku log hitam yang berkulit tebal. Buku ini menarik minatnya.

‘Macam Diari je ni. Hisyk tak baik baca diari orang.’ Alisya meletakkan semula diari tersebut. Entah macam mana tangannya terlepas. Habis segala isi yang terdapat didalamnya terkeluar.

‘Hisyk jatuh pulak. Habislah!’ Alisya lekas mengutip buku dan beberapa kertas yang jatuh. Tangannya memasukkan kertas tadi ke dalam diari kembali. Dia terhenti. Bulat mata Alisya melihat ada terselit sekeping foto yang mirip dia. Eh bukan memang dia!

Alisya cam foto tersebut. Gambar ketika dia berusia 15 tahun ketika itu. Masa tu dia dan Hafizul sedang duduk di depan pangkin rumah sambil memakan gula-gula kapas. Sejak kecil dia sangat mengemari gula-gula kapas dan Hafizul selalu membelikan untuknya. Alisya tersenyum mengingatinya.

“Cintaku semanis gula-gula kapas.”Alisya membaca tulisan di belakang foto. Menarik! Alisya meletakkan kembali gambar tadi ke dalam diari. Akalnya mula merencanakan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience