BAB 3

Romance Completed 23147

“Hwarghhh!” nguap Alisya. Sudah beberapa kali dia menguap. Matanya menahan kantuk. Sekilas dia memandang rakannya Najwa di sebelah. Najwa tekun mendengar Cikgu Alias yang mengajar Subjek Sejarah di hadapan. Alisya terkulat-kulat mendengarnya. Dia melihat jam di tangan. Matanya masih kuyu.

“Baiklah kelas, saya harap nota yang saya beri ni dapat membantu awak dalam ujian akan datang. Ingat semua jangan ada yang gagal sejarah pulak tahun ni.” Tegas cakap Cikgu Alias.

Semua murid berdiri mengucapkan terima kasih. Cikgu Alias melangkah keluar dari kelas. Alisya duduk semula di kerusi. Dia terus merebahkan kepalanya.

“Wei Sya apehal aku tak nampak motor kau hari ni? Kau naik ape tadi?” Soal Razif kawan baik Alisya yang duduk di belakang. Tegak kepala Alisya, dia berpusing memandang Razif.

“Aku tumpang ayah aku. Lambat bangun! Hah kau jangan nak cakap aku anak manja pulak. Pantang telinga aku dengar!” Cepat Alisya memintas. Tahu sangat si Razif tu mesti nak kutuk dia.

Razif ketawa. Memang dia tahu yang Alisya ni manja dengan ibu-bapanya. “Kau ni Sya aku tak cakap ape pun. Rileklah der!” Alisya menjeling.

“Eh Sya plan kita nak main bowling balik sekolah ni jadi tak?” Alisya mengeluh.

“Tak jadi lah jawabnya. Hancur!” Razif ketawa. Tahu sangat hancur kenapa. Yelah takkan Tuan Aidil benarkan kalau dia tahu. Selalunya bila naik motor senanglah si Alisya ni melencong sebelum balik. Ni dah sah-sah balik dengan Tuan Pengetua. Dia nak lencong tang mana. Alisya…Alisya tak ada tokoh anak Pengetua langsung.

Alisya memandang Najwa yang berlari-lari masuk ke dalam kelas. Eh! Minah ni bila pula keluarnya tadi kan ada kat sebelah? Alisya memandang wajah Najwa yang tercungap-cungap di depan papan hitam hadapan.

“Wei ada cikgu matematik baru! Handsome taw!” Jerit Najwa. Semua budak kelas memandangnya.

Belum sempat Alisya membuka mulut. Masuk seorang cikgu lelaki. Alisya terkedu.

Semua murid bangun memberi salam dan membaca doa. Alisya memerhatikan wajah cikgu matematik barunya dari jauh. ‘Eiiii!!! Kenapa dia ajar kat sini. Tempat lain tak boleh ke? Lepas tu kelas aku pulak tu! Isykk mak dengan ayah tak cakap pun kat aku.’ Bebel Alisya dalam hati. Dia memandang semula wajah Abang sepupunya. Hafizul Haji Idris. Lelaki ini pasti akan menyusahkan dia nanti. Pasti!

Hafizul tersenyum memandang pelajar di dalam kelasnya. Ini merupakan kelas terakhirnya selepas tiga kelas sebelumnya. Kelas 5 Sains Cemerlang. Kelas yang dikatakan hebat oleh semua cikgu. Tak tahu hebat dari pelajaran atau dari segi perangai. Hafizul tak pasti.

“Baiklah kelas, hari ni merupakan hari pertama saya mengajar. Saya cikgu Hafizul Haji Idris. Saya adalah guru matematik baru kamu semua. Sebelum ni saya seorang pelajar di University Perguruan Sultan Idris. So saya harap kita sama-sama bantu membantu bagi memudahkan pelajaran kita nanti. Boleh kan semua? Skema sungguh ayat Hafizul.

“Boleh Cikgu!!!” jerit semua pelajar. Hafizul senang mendengarnya.

“Baiklah, saya nak kamu semua perkenalkan diri masing-masing. Mula dari kamu.” Tunjuk Hafizul pada seorang pelajar lelaki di hadapan.

Alisya mengeluh. Malas betul nak kenal bagai. Lebih malas nak kenalkan diri pada mamat yang tak sedar diri tu. Sakit jiwa dia rasa.

“Kamu..giliran kamu untuk perkenalkan diri pulak.” Hafizul menunjuk pada Alisya. Dia menahan senyum. Suka hati dia bila masuk tadi melihat wajah Alisya di dalam kelasnya. nSepupu perempuannya itu memang sangat disukainya. Wajah sepupunya itu boleh buat tidur malamnya tak lena.

Alisya lambat-lambat bangun. “Nama saya Alisya binti Aidil. Saya tinggal dekat kampong Bahagia.” Sinis Alisya bercakap.

Hafizul mengangguk perlahan. nHatinya rasa nak ketawa melihat wajah Alisya yang tidak puas hati memandangnya. Dia menahan senyum.

Kelas dimulakan.n Semua pelajar tekun mendengar pengajaran dari Hafizul. nPelajar perempuan tersenyum-senyum memandang cikgu baru mereka. nCikgu handsomelah katakana! Alisya hanya mendengar dengan rasa malas. nTerbang mood nak belajar hari ni. nWajah sepupunyayang mengajar di depan dipandang dengan rasa tidak puas hati. Cepatlah waktu berlalu!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience