BAB 2

Romance Completed 23147

Hari ni merupakan hari pertama bagi Hafizul memulakan tugas sebagai seorang guru. Dia menggengam tangannya menahan gugup. Walaupun pernah menjalani latihan praktikal sebagai guru sebelum ini. Tapi rasa takut tu tetap timbul dalam dirinya. Nervous bak kata orang putih!

Hafizul melangkah masuk ke Pejabat Tuan Pengetua Sekolah Murni Bistari. Dia harus melaporkan diri terlebih dahulu. Sekilas Hafizul memandang Tag nama pada pintu pejabat. TUAN AIDIL IDHAM PENGETUA SEKOLAH MURNI BISTARI. Hafizul mengetuk pintu terlebih dahulu.

“Masuk.” Kedengaran suara dari dalam memberi arahan. Hafizul menarik nafas. Tombol dipulas. Dia melangkah masuk dan memberi salam.

“Assalamualaikum Tuan Pengetua.” Tuan Aidil yang sedang menulis mengangkat muka. Dia tersenyum memandang wajah anak muda dihadapannya.

“Waalaikumsalam. Silakan duduk cikgu.” Jemput Tuan Aidil. Hafizul menarik kerusi dan duduk. Melihatkan senyuman pada wajah Tuan Aidil membuatkan Hafizul sedikit lega.

“ Cikgu Hafizul Haji Idris” tegas bunyi sebutan Tuan Aidil. Hafizul menelan air liur memandang wajah tegas lelaki di hadapannya.

“Ya Tuan.” Jawab Hafizul. Tuan Aidil tersenyum. Hafizul…Hafizul takut betul kamu ye.

“Baiklah Cikgu Hafizul, Sebagai seorang guru saya harap awak dapat memikul amanah yang telah diberikan. Jangan pernah lemah dan kalah dalam mendidik anak-anak bangsa kita. Walau macam mana rintangan dan dugaan sekalipun semangat dan keazaman tu harus kukuh dalam diri kita sebagai seorang pendidik. Yelah nak mendidik manusia ni bukan mudah tapi juga bukan mustahil kan. Awak fahamkan Cikgu. Saya rasa awak pun ada diajar mengenai perkara ni di Universiti.

Hafizul menganggukkan kepala. Di dalam hatinya terselit rasa kagum dengan percakapan Tuan Aidil. Lancar dan bersahaja. Kata-katanya penuh berisi dan padat inti patinya. Nampak penuh kewibawaan sebagai Seorang Pengetua. Kerana lelaki inilah dia bersemangat ingin menjadi guru. Lelaki inilah idolanya dulu dan sekarang.

“Saya faham Tuan Pengetua. Insyallah saya akan laksanakan amanah mendidik anak bangsa kita ini dengan sebaiknya.” Jawab Hafizul yakin.

“Bagus. Senang Hati saya mendengarnya. Saya harap awak dapat jalankan tugas dengan sebaiknya disini. Selamat datang ke Sekolah Murni Bistari. Dan selamat bertugas.” Ucap Tuan Aidil dia berjabat salam dengan Hafizul.

“Terima kasih Tuan Pengetua.” Hafizul membalas.

“Mari Pak ngah perkenalkan dengan Staf dan cikgu di sini.” Hafizul terkejut. Dia tergelak. Eh kejap! Tuan Aidil ni Pak Ngah dia ke? Kalau nak tahu Tuan Aidil ni memang pak ngah dia adik kepada mak si Hafizul ni. Yang tadi tu perbualan formal je. Biasalah hal peribadi dengan kerja mana boleh campur. Profesional sungguh mereka ni. Tertipu kita tadi kan. Patutlah idola, rupanya pak cik dia. Huh!

“Pak ngah ni. Hebatlah! Cuak Fizul tadi.” Tuan Aidil ketawa. “Biasalah Tuan Pengetua mestilah kena nampak tegas barulah semua takut.” Mereka ketawa.

Tuan Aidil membawa Hafizul berkenalan dengan staf di pejabat dan membawanya sendiri ke ruangan bilik guru. Hafizul diperkenalkan sebagai guru baru disekolah ini.

Hafizul duduk di tempat yang disediakan. Dia tidak sabar ingin memulakan tugas. Jadual yang diberi tadi dipandang semula. Guru Matematik itulah tugasnya. Hafizul mula membayangkan wajah anak muridnya nanti. Tak sabar hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience