BAB 16

Romance Completed 23147

Hafizul berbaring diatas katil. Dia kepenatan. Sehari suntuk hari ni dia mengekori Alisya. Masih terbayang-bayang wajah seram Alisya menonton wayang terasa macam dia ingin saja berlari memeluk Alisya. Dia ingin melindungi Alisya.

Hafizul mengeluh hampa, dia tahu mana mungkin akan tercapai. Gadis itu langsung tidak pernah memandang dirinya. Sebaliknya bila bertemu, Alisya pasti akan memandangnya dengan tajam. Langsung tidak memberikan senyuman. Jelingan mata sahaja yang akan diterima. Hafizul sayu.

Masih terbayang-bayang wajah gembira Alisya bila bertemu dengan sepupunya Irfan. Alisya nampak teruja bila bersama Irfan . Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Hafizul cemburu melihat Alisya yang selalu melayan Irfan dengan baik. Sebab itu Hafizul selalu menghalang Alisya mendekati Irfan. Dia ingin Alisya tahu perasaan dia. Dia selalu mendekati Alisya untuk berbaik-baik. Tapi sebaliknya Alisya langsung tidak memahami malah menganggapnya sebagai musuh yang harus dijauhi.

Hafizul hampa. Dia berfikir Adakah Alisya menyukai Irfan atau mungkin Irfan dan Alisya memang saling menyukai antara satu sama lain? Mereka berdua selalu bersama ketika kecil. Tak mustahil!

Gambar Alisya diambil dari laci. Hafizul menatapnya. Gambar yang diambil ketika Alisya sedang makan gula-gula kapas dua tahun yang lalu. Gadis itu tampak ceria ketika Hafizul membelikan gula tersebut untuknya. Hafizul jadi rindu dengan kenangan itu.

“Kan bagus jika cintaku semanis gula-gula kapas ini. Alisya, abang rindu sangat!” Hafizul memeluk gambar tadi. Dia melelapkan mata. Dan terbang ke alam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience