BAB 12

Romance Completed 23147

Berseri-seri wajah Alisya anak Tuan Pengetua hari ni. Hai dah baik dengan Cikgu Hafizul ke? Baguslah kalau dah berbaik lagipun dah 4 bulan Hafizul mengajar kat situ. Takkanlah tak ada perubahan kan? Hello… tolong sikit tak ada maknanya si Alisya ni nak berbaik-baik dengan si mamat sengal tu. Apa kes! Perang tetap perang. Noktah. Lagipun dia berseri-seri ni pasal hari ni dia dah beranji nak keluar bersama Razif dan Najwa menonton wayang. Minggu cuti sekolahlah katakan! Huh tak padan nak SPM ada hati nak enjoy lagi. Alisya..Alisya.

Puan Rosnah pelik melihat kelakuan anaknya dari tadi yang asyik tersenyum sahaja. Dia mendekati anaknya yang sedang duduk mengikat tali kasut diluar. Alisya tidak perasan akan kehadiran maknya. Dia bernyanyi kecil dan mengambil kain mengelap motornya.

Puan Rosnah berdehem.

Tercampak kain Alisya. Fuhh mak! Bikin anakmu terkejut saja. Alisya mengurut-urut dadanya berulang kali.

“Sya kamu ni nak pergi tengok wayang dengan Razif dan Najwa ke atau nak pergi tengok wayang dengan boyfriend ni? Baik Sya cakap kalau Mak tahu Sya buat benda lain siap Sya!” soal Puan Rosnah.

“Hisyk mak ni..Sya nak keluar dengan Najwa dan Raziflah. Sya mana ada boyfriend! Mak suka je wat spekulasi. Tercemar status anakmu ni taw.” Muncung Alisya. Boleh pulak masuk boyfriend mak ni. Apa kes!

“Tak adalah dari tadi mak tengok kamu asyik tersenyum manjang je. Tak pernah-pernah kamu buat tentulah mak pelik. Hisyk risau pulak mak.

Alisya ketawa, mak nya ini suka sangat over taw! “Mak ni tak ada apelah. Alisya saja je nak menghiburkan hati. Yelah sebelum ni kan sibuk asyik belajar je. Jadi masa macam nilah kena manfaatkan lagipun tak lama lagi kan dah nak SPM.” Jawab Alisya. Lega hati Puan Rosnah. Dia yakin yang anaknya ni pandai jaga tingkah laku dan menjaga maruah diri.

“Dahlah Mak..Sya jalan dulu yea. Ada lalat lah tinjau-tinjau kat sini.” Juih mulut Alisya pada jiran sebelah.

Puan Rosnah ketawa, matanya memerhati Hafizul yang dari tadi terjenguk-jenguk dari pagar. Nampak sangat si teruna tu menghendap anak gadisnya.

Alisya menjulingkan matanya. Dia menyalami maknya. Alisya menolak motornya ke tepi pagar yang memisahkan rumah mereka. Sengaja dia mendekati Hafizul yang konon berpura-pura melihat pokok. Nampak sangat over! Pokok kaktus apa kejadahnya nak cium-cium! Alisya menongkat motornya sekejap.

“Eh tak keluar ke hari ni?” tegur Alisya lembut. Sempat dia tersenyum manja. Hafizul tercengang biar betul! Dia tak mimpi ke? Alisya menegur dia dengan sopan!

“Errr….tak. Sya nak pergi mana cantik-cantik ni.” Soal Hafizul tergagap. Memang cantik Alisya hari ni siap pakai cekak dekat rambut. Comel!

Alisya tersenyum sinis. Sabar sat aku nak bidas hang! “Cantik ke? Eh terima kasih. Maklumlah kita nak tengok wayang dengan boyfriend. Cerita hantu…. Kita suka taw! Oppss lupa pulak abang kan penakut nak tengok cerita hantu. Lagipun abang tu mana ada girlfriend kan. Sedihnya! Ok..lah Alisya pergi dulu ye. Jangan lupa tolong Mak long kat dapur taw. Bye.” Alisya menaiki motor dan terus memecut laju.

Alisya menahan ketawa. “Hahahha mesti terbakar punya mamat tu. Dia kan cemburu kalau aku ada lelaki lain. Padan muka dia! Rasakan!”

Hafizul bengang, dia taw Alisya sengaja nak berlagak depan dia. Hafizul resah bila memikirkan jika betul Alisya keluar menonton wayang dengan boyfriendnya. Hancurlah hati nya nanti. Isykk takkan dibiarkan! Alisya hak dia! Hak dia!

Hafizul mendapat idea. Dia segera mencapai kunci kereta. Alisya harus diekori. Harus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience