BAB 20

Romance Completed 23147

Alisya melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Tadi dia baru selesai menjawab kertas soalan terakhir SPM. Alisya lega hari ni dia bebas. Tidak perlu mengulang kaji lagi. Dia berdoa agar memperoleh hasil dengan baik nanti.

Alisya berjalan menuju ke tempat dia meletakkan motorsikal. Dia sempat menjeling kereta Hafizul yang berdekatan. Alisya tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg sandang. Plastik gula-gula kapas terakhir dikeluarkan. Selama ini Alisya buat kerja gila meletakkan gula-gula kapas di meja Hafizul. Alisya memastikan tiada siapa yang akan perasan perbuatannya. Sebulan juga dia buat semua tu. Nasiblah gula-gula kapas tu murah. Buatnya mahal memang kopaklah duit belanja sekolahnya.

Alisya menilik plastik gula-gula kapas tadi. Sengaja dia tidak memberikan plastik terakhir ni kepada Hafizul hari ni. Dia yakin pasti Hafizul akan tertanya-tanya nanti. Alisya mahu Hafizul resah sedikit hari ni. Lagipun malam ni dia sudah ada rancangan untuk berjumpa Hafizul. Rancangan yang akan mengubah segalanya. Alisya ingin memohon maaf pada Hafizul. Dan dia ingin memberitahu perasaan sebenarnya terhadap Hafizul.

Alisya tak sabar menunggu. Gula-gula kapas disimpan semula. Alisya terus menghidupkan enjin motor sebelum memecut pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience