BAB 8

Romance Completed 23147

Termengah-mengah Alisya berlari –lari ke perhentian bas. Hampir nak tercabut kaki rasanya. Dahlah dia lambat tidur semalam gara-gara buat latihan matematik si mamat sengal tu. Pagi ni boleh pulak motornya buat hal tak mahu start. Nak tumpang si Tuan Pengetua, boleh pulak maknya cakap yang ayahnya tidak masuk sekolah hari ni. Pagi-pagi sudah berangkat ke Jabatan Pendidikan. Terpaksalah dia naik bas ke sekolah pagi ni. Nak call Razif jalan pula tak sehala. Nasib!!!

Alisya berdiri menunggu bas menuju ke pekan. Dia harus cepat! Sekejap lagi pasti loceng sekolah berbunyi. Dia tidak mahu nama dicatit oleh pengawas. Buruk reputasinya nanti! Alisya ni kalau bab belajar memang punctual! Tip top! Cuma nakalnya itu yang buat Tuan Aidil kita pening kepala. Budak pandai IQnya selalu luar alam kan. Ceh!

Sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapannya. Alisya memusingkan muka. Eh biasanya si Alisya ni tersenyum je kalau ada orang nak buat baik dengan dia. Ni tidak! Bukan ape yang dalam kereta tu rupanya cikgu matematiknya yang baru. Siapa lagi si Hafizul lah! Tu yang si Alisya buat tak heran tu!

“Sya jom naik dengan abang pergi sekolah. Dah lambat ni.”ajak Hafizul.

Alisya diam tidak menjawab sedikit pun. Huh! nak buat baik konon. Jangan harap! Alisya buat tidak tahu seolah-olah dia tidak heran.

Hafizul tersenyum. Wajah adik sepupunya yang masam itu ditatap dengan kasih. ‘Alisya pakai baju sekolah pun nampak cantik’ puji Hafizul. Eleh Hafizul ni kalau Si Alisya ni pakai kain batik pun dikatakan ayu. Orang dah sayang semua cantik katanya.

“Jomlah Sya lewat dah ni. Karang tak pasal-pasal kena denda pulak.” Gertak Hafizul sengaja.

Alisya berfikir panjang. Dia tidak mahu didenda. Malulah kalau anak pengetua kena denda lewat ke sekolah. Tak gempak! Nak denda pun biarlah pasal perkara lain. Barulah macho! Boleh pulak Si Alisya ni merencanakan rancangan dia. Tahu kat Tuan Aidil mahu disatenya Alisya. Nakal!

Alisya segera masuk ke tempat duduk penumpang. Di sebelah ke? Jangan mimpilah si Alisya nak duduk sebelah Hafizul. Takkan mahu dia! Baik dia duduk kat belakang baru power! Driver jalan. Ceh!

Hafizul memandu dengan tenang. Wajah Alisya di cermin belakang dipandang sekilas lalu. Suka hati dia tadi bila Alisya akhirnya setuju nak menumpang kereta dia. Dia sampai keluar bukak kan pintu kereta. Tapi si Alisya ni boleh buat ek je pergi duduk belakang. Terkulat-kulat dia rasa sebentar tadi. Sabarlah hatiku!

Alisya memandang sekilas ke cermin pandang belakang. Sempat juga dia menjeling wajah Hafizul yang curi-curi memandangnya. Huh! kalau diikutkan hati memang tak ingin dia nak naik kereta musuh tradisi dia ni. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa! Alisya memandang lagi ke cermin. Dia mencebik pada Hafizul dan terus memusing kan muka. Tak hingin!

Akhirnya mereka sampai juga ke sekolah. Hafizul memarkingkan kereta di petak parking yang disediakan untuk para guru. Sebaik sahaja kereta diberhentikan Alisya segera turun dari kereta. Dia langsung tidak menoleh sedikit pun pada Hafizul. Alisya berlari-lari anak menuju ke kelas.

Hafizul hanya mampu memandang bayangan Alisya yang menjauh. Tak sempat dia nak mengucapkan apa-apa. Hafizul mengeluh. Dia segera turun dari kereta. Pintu belakang dibuka. Buku-buku dan Fail yang diletakkan di tempat duduk belakang diambil.

Hafizul pelik melihat sehelai kertas yang terlipat di atas fail. Setahunya tadi tak ada. Berkerut dahinya memikirkan. Dia mengambil kertas tersebut dan membukanya. Isinya ringkas. Tapi mampu membuatkan matanya bulat. Bibirnya mengukir senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience