BAB 22

Romance Completed 23147

Alisya terintai-intai melihat Hafizul yang duduk di pangkin. Dia tahu setiap malam selepas pulang dari surau pasti Hafizul akan mengambil angin di luar sebelum masuk ke dalam rumah.

Alisya sudah bersedia dengan gitarnya. Ha jangan tak tahu Alisya ni terror main gitar. Adik beradik dia memang dilatih bermain alat muzik. Si Tuan Pengetua tu kan nak anaknya semua boleh! Jadi setakat gitar ni kacang goreng je bagi Alisya.

Alisya perlahan-lahan keluar dari rumah. Ibu dan ayahnya tak perasan. Hehheheh ikut pintu dapur sape nampak kan! Alisya mendekati Hafizul yang sedang duduk memandang langit. Ceh jiwang karat rupanya Fizul ni! Perlahan-lahan Alisya mendekati pagar yang memisahkan rumah mereka.

Dia memetik gitar.

Hafizul terkejut mendengar bunyi gitar yang tiba-tiba. Hafizul menoleh ke arah pagar sebelah. Dia tercengang melihat Alisya. Alisya menyanyi!!!

Sayup lagumu iring hatiku
waktu berjalan hanya diriku
lirik bisikanmu
lembut pelukanmu

Hanya tinggal kenangan bagiku
sepi menari menemaniku
air mata tak henti rinduku
Hanya ada aku
ku tanpa dirimu
kan ku simpan cintaku untukmu

Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu

Alisya memperlahankan tiun. Dia memetik gitar perlahan. Dia memandang wajah Hafizul sekejap. Alisya memetik gitarnya lagi dan meneruskan nyanyian.

Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu

Alisya mengangkat mukanya sekali lagi memandang wajah Hafizul. Dia masih tetap meneruskan nyanyian.

Kaulah cinta dan airmataku
hanyalah dirimu
aku cinta kepada dirimu
aku cintamu

Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
aku cintamu

Alisya menghentikan petikan gitarnya. Dia senyap. Alisya perlahan-lahan mengangkat muka memandang Hafizul. Gitar dipetik lagi. Nyanyian diteruskan.

Aku jatuh cinta padamu
kaulah cinta terakhirku

Alisya memetik gitar sehingga ke akhir lagu. Mata masih tetap tidak lepas memandang wajah Hafizul. Alisya meletakkan gitar di bawah kakinya. Dia tersenyum kaku. Perlahan-lahan dia mengeluarkan plastik gula-gula kapas tadi. Dia menghulurkan pada Hafizul yang berada dipagar sebelah.

Hafizul tergamam. Tangannya perlahan-lahan mengambil gula-gula kapas dari Alisya. Hafizul terdiam. Tiada suatu suara yang dapat keluar dari keronkongnya sekarang. Mukanya kaku melihat Alisya.

Alisya menarik nafas. Dia bersedia untuk bercakap. “Alisya nak minta maaf. Alisya tahu yang selama ni Alisya selalu buat abang kesal. Alisya pun dah lama maafkan abang. Boleh kita berbaik-baik semula?” Soal Alisya.

Hafizul menelan air liur. Pengsan! “OK abang terima maaf Alisya….. Terima kasih untuk gula ni…. Abang masuk dulu lah ye.” Hafizul segera berpusing melangkah masuk ke dalam rumah.

Alisya pelik.

“Abang!!” jerit Alisya. Hafizul berpaling sekejap ke belakang. Wajah Alisya direnungnya.

Alisya tersenyum. “I LOVE YOU!” jerit Alisya. Hafizul pucat. Dia segera berpusing masuk ke dalam rumah.

Alisha tercengang “Eh dia tak nak balas apa-apa ke?” Alisya mengaru-garukan kepalanya. Belum sempat Alisya nak berpusing masuk, bunyi jeritan Hafizul bergema di dalam rumah. Jelas kuat di telinga Alisya. Alisya ketawa. Hafizul nampak je ganas rupanya dalam hati ada taman macam dia jugak.

Alisya mengelengkan kepala. Gitar diangkat. Dia memusingkan badan. Pucat wajah Alisya. Hampir jatuh gitarnya. Dia menelan air liur. Tersengih Alisya memandang Ayah dan Ibunya yang bercekak pinggang melihatnya. Nampak garang! Pasti ayah dan ibu melihat adegan dia dan Hafizul tadi. Pasti!

“Habislah.” Perlahan-lahan Alisya menginjakkan kakinya. ‘satu, dua.’ Alisya tersengih lagi. “Tiga! Lari!!!!!” Alisya terus melarikan diri ke pintu dapur.

Tuan Aidil dan Puan Rosnah hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat anak gadisnya tadi. Pecah ketawa mereka. Dapat menantu sebelah rumahlah jawabnya nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience