BAB 15

Romance Completed 23147

Alisya dan Najwa sibuk meneliti beberapa buah buku aktiviti SPM untuk latih tubi dan rujukan buat mereka. Alisya leka mengambil beberapa buah buku. Entah macam mana kakinya tersalah langkah dan melanggar lelaki yang berada di hadapannya. Buku-buku di tanganya jatuh ke lantai.

“Maaf…maaf tak sengaja.” Jawab Alisya tanpa memandang wajah. Dia tunduk untuk mengambil buku di lantai.

“Alisya! Eh Alisya kan?” soal lelaki itu. Alisya mengangkat muka memandang lelaki itu. Dia tersenyum. Kecil betul dunia ni. Sungguh tak sangka!

“Irfan!! Cuti ke? Lama tak nampak.. bila balik?” Soal Alisya teruja.

“Wait! Wait! Satu-satulah tanya. Ni main terjah je. Bukan nak tanya khabar.” Jawab Irfan. Alisya tersenyum malu.

“Sorry…teruja jumpa Irfan. Irfan sihat? Bila balik sini?” tanya Alisya.

“Sihat…Irfan baru balik semalam. Saja keluar hari ni jalan-jalan. Tak sangka jumpa Alisya. Alisya sihat? Pak Ngah, Mak Ngah, Mak long dan Pak Long semua sihat?”

“Alhamdulillah semua sihat. Alisya lagi sihat heheheh.” Irfan ketawa. Sepupunya yang satu ni memang comel.

“Owh ye…Abang Hafizul macam mana?” soal Irfan. Dia tahu Alisya dan Hafizul masih berperang sejak kejadian yang lepas.

Alisya mencebik. Sikit-sikit Hafizul. Sikit Hafizul. Macam tak ada nama lain si Irfan ni nak sebut.

“Isyk Irfan ni nak tahu pasal dia pergilah tanya dia. Tanya kat Alisya buat ape!”

Irfan tergelak “Ni mesti tak berbaik lagi ni. Alisya tak maafkan dia lagi ye?”

Alisya menjulingkan mata. “Hisyk malaslah nak cerita pasal ni!. Oklah Alisya gerak dululah kawan Alisya dah tunggu dekat kaunter tu.” Juih bibir Alisya. “Nanti senang-senang datang rumah taw Irfan. Nanti boleh borak lama sikit.”tambah Alisya.

“Insyallah..nanti sampaikan salam pada keluarga semua.” Alisya mengangguk dia berjalan ke kaunter. Sempat dia berpaling ke belakang malambai tangan pada Irfan. Irfan tersenyum dan membalas lambaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience