BAB 1

Romance Completed 23147

“Alisya!! Oi Alisya!! Bangun dah pukul berapa ni? Ya Allah….budak ni… kamu tak nak pergi sekolah ke? Bangun!!” jerit Puan Rosnah mengejutkan anak perempuannya yang masih tidur diatas katil. Mengucap panjang dia melihat anaknya yang masih tidak mahu sedar. Dia segera masuk ke dalam bilik mandi mengambil segayung air dan terus menyiram ke muka anak gadisnya itu.

“Mak!!! Hujan. Rumah kita banjir mak!” Alisya terus menjerit sebaik saja air mengenai tubuhnya. Matanya terkebil-kebil memandang Puan Rosnah.

“Hah! Padan Muka kamu. Susah sangat nak kejut! Seronok mandi atas katil” sinis Puan Rosnah. Alisya mengigil kesejukan. Mana taknya bukan air dari hot shower mak dia ambil. Air dalam tong yang ditadah tu! Mahu tak gigil.

“Ape mak ni! Tengok dah basah tilam.”Alisya memuncungkan mulutnya. Menjeling Puan Rosnah melihat gelagat satu-satu anak gadisnya.

“Sudah jangan nak banyak cakap. Tengok jam tu dah pukul berapa? Tak tahu nak bangun pergi sekolah ke!” Marah Puah Rosnah. Alisya segera menjeling jam di tepi katil. ‘Alah baru pukul 7.00 pagi awal lagi tu.’ Ujar Alisya lemah. Dia memejamkan mata.

“Hah! 7.00 pagi? Alamak dah lambat! Mak!!” Alisya menjerit. Dia segera mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Puan Rosnah menggelengkan kepala. Beginilah selalunya kalau mengejutkan Alisya. Entah kenapa anak dara dia yang seorang ni liat sangat nak bangun pagi. Abang dia yang lagi dua tu senang aje nak uruskan. Pusing kepala dia memikirkan!!

Puan Rosnah segera turun ke tingkat bawah. Dia tersenyum kepada suaminya yang duduk membaca akhbar di ruang makan.

“Hah maknya, dah bangun si Alisya tu? Macam petir saya dengar suara awak menjerit tadi.” Tanya Tuan Aidil kepada isterinya.

Puan Rosnah mengeluh. “Dah bangun dah, tengah mandi kat atas tu. Geram saya dengan dia, hari-hari nak berkejut. Tak tahulah saya nak cakap lagi abang. Umar dan Haikal pun tak susah macam ni.”

Tuan Aidil ketawa. “Umar dengan Haikal tu dulu duduk asrama. Mereka dah terbiasa dari kecil. Alisya tu mana pernah berengang dengan kita. Manjalah budak tu.” Teringat Tuan Aidil pada anak lelaki kembarnya yang menyambung pelajaran di Australia. Apelah cerita anak kembarnya itu.

“Hah Alisya tak duduk makan dulu?” tanya Puan Rosnah bila melihat anak perempuannya berlari turun. Hai Alisya ni mandi kerbau ke? Sekejap je.

“Tak naklah dah lambat ni… Mak, Ayah Alisya pergi dulu ye.” Alisya segera menyalami kedua ibu bapannya. Bagus betul Alisya ni sejuk sikit hati Puan Rosnah! Eleh sebenarnya si Alisya ni nak mintak duit belanja lebih lah tu maklumlah petang ni dia dah janji nak pergi main bowling dengan kawan dia. Hampeh!

“Eh Alisya apa kata kamu tumpang Ayah je. Ayah pun nak pergi sekali ni. Memang Ayah tunggu kamu tadi.” Kata Tuan Aidil. Tumpang ayah? Eiii habislah plan petang ni. Kalau dah tumpang Ayah mestilah nanti balik dengan ayah. Tak Nak!

“Eh tak pe lah ayah. Susah kan ayah je. Alisya boleh pergi sendiri. Lagipun ayah nak pergi kerja kan?” Tolak Alisya konon tak nak susahkan ayah. Bak kata orang berdikari bukan beli kari. Hehehh.

“Eh apa yang susahnya. Kan ke kita sehaluan. Kamu lupa ke siapa pengetua sekolah kamu?” soal Tuan Aidil mengeleng dia melihat Alisya. Tahu sangat anak gadisnya tak suka menumpang dia. Tak nak dikatakan anak pengetua yang manja. Malu konon!

“Dah cepat jangan nak mengada-ngada! Dah lambat ni!” arah Tuan Aidil. Puan Rosnah tersenyum dia menyalami suaminya. Anak nya yang muram dipandang sekilas.

Alisya muncung punah harapan dia hari ni. Macam mana boleh lupa yang ayah dia ni Pengetua tempat dia sekolah. Alisya tersengih sambil mengangguk, nampaknya terpaksa dia mengalah. Hari ni dalam sejarah dia naik kereta ayah ke sekolah. Selalunya dia rela membawa motor. Hari hujan sekalipun dia tak peduli.

Dia sebenarnya tak suka dikatakan anak manja. Geli! Walaupun satu sekolah dah tahu yang dia anak gadis Tuan Pengetua tapi si Alisya ni tak heran. Dia rasa dia sama je macam pelajar lain. Tak ada istimewa pun. Malahan si Alisya ni lebih dasyat dari pelajar lain. Perangai dia huh! boleh buat Tuan Aidil pening kepala dekat sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience