BAB 7

Romance Completed 23147

Setahun yang lalu….

Alisya sedang rancak berbual-bual dengan Irfan sepupu lelaki yang sebaya dengan dia. Alisya ketawa mendengar cerita dan lawak-lawak Irfan mengenai kisah kehidupan di Asrama. Cemburu Alisya dengan Irfan yang dapat masuk asrama penuh dekat MRSM Kedah. Alisya ada juga dapat tawaran dulu, tapi dia terpaksa menolak sebab tak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya. Dia lebih suka belajar di sekolah harian biasa.

“Sya! Pergi ambil air kat dapur untuk abang.”Suruh Hafizul. Alisya hanya menjeling. Sakit hati mendengar suara abang sepupunya. Dari tadi asyik suruh dia buat itu dan ini. Sampai dia nak berbual-bual dengan Irfan pun tergendala.

“Abang Fizul… ni kat atas meja ni kan ada air. Minumlah!” Tunjuk Alisya. Hafizul hanya menjeling jag air sirap di atas meja.

“Ni air sirap..abang nak oren sunquik. Sya pergi buat satu untuk abang. Pergilah!” Arah Hafizul. Alisya mengetapkan bibir. Irfan hanya tersenyum. Dia tak berani nak masuk campur. Sejak kecil dia memang takut dengan Hafizul ni!

“Yelah..yelah. Mengada- ngadalah abang ni. Eiiii!!!” Alisya membentakkan kaki geram. Dia segera pergi ke dapur meninggalkan Irfan dan Hafizul berdua.

Hafizul menjeling Irfan yang tersenyum memandang Alisya turun. ‘Mamat ni tak serik-serik dari kecil agaknya. Masih ada hati nak ngurat awek aku. Ada yang makan buku lima kejap lagi.’omel Hafizul. Ketara betul cemburunya disitu.

Alisya kembali membawa segelas oren sunquik dia turut membawa sepiring brownies. Brownies tu dibuat sendiri olehnya semalam.

“Nah… ni air abang.” Alisya meletakkan gelas berisi air tadi di hadapan Hafizul. Dia kembali duduk tersenyum memandang Irfan. Piring Brownies diletakkan di atas meja.

“Awak… rasalah Brownies ni, saya yang buat. Makanlah.” Pelawa Alisya lembut. Irfan mengangguk. Tapi belum sempat tangan Irfan mencapainya, Hafizul terlebih dulu merentap piring tadi. Dia terus makan kesemua Brownies yang ada.

Ternganga mulut Alisya dan Irfan, tersentap dengan tindakan Hafizul tadi. Mendidih darah Alisya. Abang sepupu dia memang sengaja mencari pasal hari ni!

“Abang!!! Ape ni!!!” Marah Alisya. Tercabut anak tekaknya menjerit. Semua orang dalam rumah memandang ke rah mereka bertiga. Irfan hanya mampu berdiam diri. Takut! Hafizul langsung tak heran dengan jeritan Alisya. Muka selamba ditayangkan. Brownies terakhir ditangannya disuap masuk ke dalam mulut. Terbakar Alisya melihatnya. Dia berdiri.

“Alisya kenapa jerit-jerit ni sayang?” tegur Puan Rosnah lembut. Terkejut dia melihat wajah anaknya yang membahang ketika itu. Hafizul dan Irfan dipandang sekilas.

“Mak tengok abang Fizul ni! Suka buli Alisya! Dari tadi lagi asyik suruh Alisya buat itu buat ini. Sampai Alisya nak berbual dengan Irfan pun tak senang. Lepas tu dia boleh selamba je makan Brownies yang Alisya nak bagi kat Irfan. Padahal tadi dia dah makan banyak kat dapur tu!” Adu Alisya. Geram!

Puan Rosnah menggelengkan kepala. Faham sangat dia dengan kerenah anak saudaranya yang suka menyakat Alisya “ Sya dahlah. Malulah takkan pasal Abang Fizul makan brownies je Sya nak marah macam tu sekali. Dah ye sayang. “ Pujuk Puan Rosnah. Anak gadisnya ini memang pantang diusik. Mulalah berangin!

Hafizul hanya tersenyum sinis memandang Alisya. Langsung tak ada rasa bersalah. Alisya geram dia terus mencapai gelas air sunquik tadi dan menyimbahnya ke muka Hafizul. Semua tergamam.

Hafizul terkedu. Dia mengelap mukanya. Dia bangun dan memandang tajam wajah Alisya. Alisya turut sama memandangnya. Situasi tegang berlaku ketika itu. Kedua-duanya tidak mahu beralah.

“Ya Allah!! Hafizul Alisya sudah!! Nak jadi ape kamu berdua ni?” Tegur Hajjah Limah, ibu Hafizul. Menggeleng dia melihat mereka berdua.

Alisya diam dia menjeling Hafizul. Kalau tak difikirkan ahli keluarga yang ada, memang dekat situ jugak dia gunakan kepakaran tae kwn do yang dia belajar selama ni. Biar bersepai tulang si Fizul ni.

“Sudah masing-masing semua salah. Alisya mintak maaf dengan Abang Hafizul! Hafizul kamu pun sama minta maaf dengan Alisya! Sekarang!!” Arah Tuan Aidil. Terkejut dia melihat kejadian yang berlaku. Kalau dibiarkan makin menjadi-jadi budak berdua ni. Alisya teragak-agak. Sebal hati dia! Bukan salah dia! Mamat sengal ni yang salah! Aku takkan maafkan! Takkan!!

“Cepat apa kamu tunggu lagi Hafizul!!” Marah Haji Idris. Hafizul menghulur tangan kanannya. Dia mengalah. Alisya gadis yang diminatinya bukan dibenci. Hafizul tersenyum nipis.

“Maaf…abang minta maaf.” Alisya segera menepis tangan Hafizul. Dia berlari naik ke tingkat atas. Pintu bilik dihempas. Puan Rosnah menggeleng melihat kelakuan anak gadisnya. Dia pasti anak gadisnya itu marah sangat.

Semua terdiam. Masing-masing tidak mampu berkata apa-apa. Hafizul merasa bersalah. Dia hanya memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Dia pasti Alisya sangat membenci dia sekarang. Pasti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience