BAB 17

Romance Completed 23147

Alisya duduk di kerusinya. Sebentar lagi merupakan kelas Matematik yang diajar Hafizul. Minggu ini merupakan minggu terakhir pembelajaran. Minggu depan akan bermulalah Peperiksaan SPM. Alisya sayu. Sekejap lagi Hafizul akan masuk ke dalam kelas dan akan berakhirlah kelasnya dengan Hafizul.

Alisya muram. Sejak akhir-akhir ni Hafizul macam menjauhkan diri darinya. Hafizul tidak lagi menyakitkan hatinya. Hafizul tidak lagi menghendapnya di luar rumah. Hafizul tidak lagi menegurnya. Alisya jadi hairan sepatutnya dia berasa gembira kerana tidak perlu bergaduh dengan Hafizul. Tapi entah kenapa dia rindu untuk bercakap dengan Hafizul. Walaupun hanya bertengkar bila berdekat, Alisya jadi rindukan semua tu.

Hafizul masuk ke dalam kelas. Semua pelajar berdiri dan memberi salam seperti biasa. Alisya mencuri-curi pandang kea rah Hafizul yang berdiri dihadapan. Wajah Hafizul tampak letih dan sayu.

Pengajaran dimulakan, Hafizul memberi nota ringkas dan beberapa formula penting untuk matematik. Hafizul berharap pelajarnya akan gunakan formula yang diberi dengan sebaiknya. Sebagai seorang guru dia sangat berharap setiap pelajarnya akan berjaya dengan cemerlang. Itulah keinginannya.

Hafizul berdiri di hadapan. Dia ingin mengucapkan sesuatu sebelum kelas tamat. Semua pelajar diam dan memandangnya. Alisya juga turut sama.

“Baiklah semua, sekejap lagi masa kelas kita dah nak habis. Jadi sebelum tu saya nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam kelas ni. Saya harap kamu semua akan dapat menjawab semua soalan masa SPM nanti dengan baik. Bukan kertas matematik sahaja tapi semua kertas. Saya doakan kamu. Akhir sekali saya nak mintak maaf jika saya ada buat apa-apa kesilapan selama saya mengajar kamu. Terkasar bahasa atau ada menguris mana-mana hati. Kita tahu kan setiap manusia tak dapat lari dari kesilapan. Saya pun tak terkecuali. Saya tahu bukan senang nak minta maaf dan bukan mudah nak memaafkan. Jadi saya harap sangat anda memaafkan saya dengan ikhlas. Kerana keikhlasan adalah penawar kepada hati. Boleh kan kelas?” Hafizul tersenyum memandang pelajarnya.

Semua pelajar sedih dengan ucapan Hafizul. Ada yang menangis. Loceng berbunyi menandakan kelas tamat. Semua pelajar mengucapkan terima kasih kepada Hafizul sebelum keluar. Hafizul melangkah keluar dari kelas. Wajah Alisya yang mengemas beg sempat dipandang sekilas lalu. Dia sangat berharap Alisya faham akan maksudnya tadi dan akan memaafkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience