BAB 7

Romance Completed 2298

“Maksud awak?”

“Saya tengok persembahan awak tadi,” jawab lelaki itu.

“Err…” Aaliyah tertunduk. Malu sungguh bila mengingati kejadian itu. entah mana nak diletak muka, dia sendiri tidak tahu.

“Saya tahu saya tak pandai berlakon. Memang layak jadi bahan ketawa orang aje…”

“Saya tak kata macam tu pun,” pintas lelaki itu pantas. Aaliyah kembali mendongak. Lelaki itu senyum lagi.

“Dahlah, lupakan ajelah pasal tu. Tadi saya nampak awak nak beli kek, tapi kek ni dah habis. Ambillah yang ni, saya tak makan pun lagi.” Dia menolak bekas kek di depannya supaya dekat dengan Aaliyah.

“Err tapi… ni awak punya, kan? Tak naklah saya.” Aaliyah menggeleng-geleng.

“Tak apa, saya bagi awak. Ambillah…”

“Berapa harganya? Biar saya bayar…” Aaliyah bersedia mengeluarkan dompet dari begnya tetapi terhenti bila mendengar suara lelaki itu.

“Tak payah bayar, saya ikhlas bagi awak. Ambil aje…” ujar lelaki itu. Senyumannya yang cukup memikat itu bagai menarik Aaliyah untuk terus menerima kek itu.

“Thanks,” ucap Aaliyah.

“Saya Farid.” Farid memperkenalkan diri.

“Aaliyah.” Perlahan Aaliyah membalas.

“Kenapa awak nampak sedih aje? Ada masalah ke?” tanya Farid. Entah kenapa, bila memandang wajah mendung gadis itu, hatinya bagai diasak dengan satu rasa. Satu rasa yang seolah-olah mahu melindungi gadis itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu berperasaan begitu. Aaliyah diam. Dia belum mengenali Farid. Bagaimana mungkin dia menceritakan perihal masalahnya kepada lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience