BAB 10

Romance Completed 2298

“Aku bukan nak paksa. Tapi hanya dia yang sesuai pegang watak tu.” Diandra melembutkan suara. Dengan Farid, dia tidak boleh bercakap kasar. Farid buat muka bosan.

“Berlambak lagi orang lain boleh berlakon. Susah-susah sangat, kau buat audition. Aku gerenti, ramai yang datang nak test bakat nanti.” Tenang saja dia menyuarkan cadangan tanpa memandang wajah Furzana. Diandra mengetap gigi. Sakit hati mendengar kata-kata Farid itu. Selama ini, lelaki itu memang tidak pernah kisah dengan kewujudannya. Hanya dia yang terhegeh-hegeh.

“Kak Mila…” panggil Aaliyah takut-takut. Diandra berpaling pada Aaliyah dengan wajah garang.

“Ingat, berkumpul esok! Tolong maklumkan pada yang lain. Aku tak nak dengar apa-apa alasan!” Sesudah itu, dia terus beredar pergi dengan perasaan bengang yang menggunung tinggi. Aaliyah kembali duduk di depan Farid. Wajahnya monyok sekali, hingga mengundang simpati lelaki itu. Farid membetulkan duduknya.

“Kenapa tak melawan?”

“Dia senior. Apa hak saya nak melawan?” Aaliyah tertunduk. Mengutuk kelemahan diri sendiri. Sampai bilalah dia mahu menjadi mangsa buli orang lain? Farid mengeluh tanpa disangka-sangka. Dia bangun.

“Awak makanlah kek ni. Apa-apa hal, kita jumpa esok.” Aaliyah terkejut mendengar kata-kata itu. Dia mendongakkan kepala memandang Farid.

“Esok?” Farid tersenyum sambil mengangguk.

“Yes, your highness Princess Madonna.” Kemudian dia tergelak kecil dan terus beredar pergi. Aaliyah terkebil-kebil sendiri. Tiba-tiba saja, dia terasa hatinya benar-benar dekat dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience