BAB 3

Romance Completed 2298

“Err…” Aaliyah merasakan otaknya kosong kini. Skrip yang sudah dihafal bagaikan terbang melayang dibawa angin tanpa langsung meninggalkan jejaknya. Dia rasa mahu menangis saat ini juga. Dina yang memegang watak sebagai dayang istana memberi isyarat mata kepada Aaliyah agar meneruskan lakonan. Namun Aaliyah tetap diam. Dina mengeluh dalam diam. Dia pula yang jadi risau. Lantas, tanpa dibantu skrip yang sepatutnya, dia bergerak ke depan.

“I’m sorry, your highness. But, don’t you think it is a rude thing to barge into our castle without going through a correct way? What if this man was sent by other country to ruin ours?” Dina memandang wajah Aaliyah sambil memberi isyarat agar Aaliyah berkata sesuatu. Kalau pun tidak mengikut skrip yang asal, sekurang-kurangnya gadis itu tetap bersuara dan memainkan peranannya sebagai watak utama dalam drama itu. Aaliyah berkira-kira sendiri apa yang perlu dijawab. Semua mata para penonton terhala ke arahnya, membuatkan lututnya hampir terasa longgar. Dia memandang lelaki yang sedang duduk melutut di depannya dengan kepala tertunduk.

“Who are you?” Dia bertanya pada lelaki itu. Lelaki itu mendongak memandang wajahnya sekilas sebelum kembali tertunduk.

“What’re you doing here? Who asked you to come here? We have our rules! Who do you think you are? Barging into here without having my permission?” Aaliyah tidak tahu apa yang sedang dilalutkannya itu. Dina dan beberapa pelakon lain yang berada di atas pentas itu mulai cemas. Lelaki yang sedang tertunduk sebagai pesalah itu pula mengangkat muka dengan wajah terpinga-pinga. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku. Kenapa skripnya berlainan sekali? Bila masa pula ia ditukar? Para penonton mula berbisik sesama sendiri. Aaliyah semakin panik. Dia mengerling ke arah Dina. Jelas, Dina sedang merenungnya dengan pandangan simpati. Aaliyah menelan liur. Tidak sanggup lagi rasanya untuk terus memalukan diri sendiri begitu. Lantas, tanpa amaran, dia terus berlari ke belakang tabir dan turun dari pentas.

“Aal !” Dina yang terkejut segera mengejar Aaliyah. Mereka yang lain terus terpinga-pinga. Suasana dalam dewan itu terus hingar-bingar dengan suara-suara penonton yang jelas tidak puas hati.

“Aal !” Aaliyah tidak dapat lari lagi bila Diandra sudah memanggil namanya. Takut-takut dia memandang gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience