BAB 17

Romance Completed 2298

BEKAS polisterin yang diletakkan di atas meja dicapai. Dia baru saja selesai mandi, dan kini mahu menikmati kek yang pastinya lazat itu. Penutupnya dibuka. Sebaik matanya terlihat isi di dalam, dia mengerutkan dahi. Ada sehelai kertas yang terselit di bawah sepotong kek Gula Melaka yang dilapik dengan pelapik khas. Dia mengambil kertas itu dan membuka lipatannya.

Hai Cik Aaliyah, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih sebab awak sudi ikut arahan saya untuk makan kek ni lepas balik hostel. Itu bermakna, awak memang sayangkan saya, kan? Hehehe…

Aal, saya ada sesuatu nak bagitahu awak. Tapi saya harap, awak jangan gelakkan saya tau? Saya tahulah saya selalu nampak macho depan semua orang tapi bila sampai bab-bab cenggini, rasa malu tu, memang tak boleh nak ceritalah. Awak akan faham lepas awak baca surat ni nanti.

Aal, awak mungkin tak tahu yang saya dah mula sukakan awak masa kali pertama saya tengok berlakon jadi Princess Madonna hari tu. Tak tahulah kenapa, tapi saya boleh tengok keikhlasan awak masa tu. Saya tak tahulah orang lain tapi serius, itulah yang saya nampak pada awak. Lepas tu pulak, saya ternampak awak pergi beli kek. Awak nak kek Gula Melaka tapi kek tu dah habis.

Saya tahu awak kecewa. Saya pun cari jalan untuk dekati awak. Mungkin dah memang jodoh kita kot (awak jangan marah dengan statement ni ya), kebetulan masa tu saya dah beli kek Gula Melaka tu. Saya pun gunakan kek tu untuk dekati awak dan berkenalan dengan awak.

Bila saya tahu Diandra paksa awak untuk berlakon jadi watak utama drama seterusnya, saya rasa peluang saya cerah untuk dekati awak. Mungkin awak tak tahu kot.

Sebelum ni, Diandra pernah offer saya untuk berlakon drama dia (bunyi macam pengarah hebat je dia tu kan) tapi saya tolak. Saya tak minatlah berlakon-berlakon ni, lagi-lagi kalau dengan dia. Buang masa saya aje, kan?

Tapi bila saya tahu awak berlakon untuk drama tu, tiba-tiba saya jadi berminat. Untung-untung, dapat berlakon jadi hero awak. Hehehe. Nasib saya baik bila semua orang setuju (saya tak rasuah diorang k? hehe). Peluang tu saya gunakan sebaik mungkin.

Masa saya cakap ‘I love you’ pada awak melalui watak James, percayalah saya betul-betul maksudkannya. Dan saya pun boleh rasakan perasaan yang sama bila awak cakap ‘I love you’ pada saya melalui watak Victoria tu. Betul, Aal … saya boleh rasa perasaan awak. (kalau saya salah sekali pun, tak payahlah awak betulkan sebab saya tak nak yang betul. Biarkan saya terus salah kalau tu boleh buat saya gembira)

Saya takkan paksa awak terima saya. Tapi kalau awak terima, buktikannya dengan makan kek yang saya buat sendiri ni. Saya tak tahu sedap ke tak. Tapi at least, saya cuba jugak demi awak. Tapi kalau awak tak terima, awak boleh buang aje kek ni. Mulai esok, kita akan tetap jadi kawan dan saya akan kekal jadi supplier kek Gula Melaka untuk awak. Tapi bukan yang saya buat sendiri, yang belilah ye. Hehehe…

Tu je kot nak bagitahu. Terima kasih sudi baca sampai habis. Saya tak pandai nak karang ayat bunga-bunga. Yang macam ni dah okeylah kot. Akhir kata, selamat merasa kek tu (kalau sudilah kan…). Selamat malam, Aaliyah. Sekian, James dunia realiti. Aaliyah melipat semula kertas itu dan letakkannya di atas meja. Bibirnya mengukir senyuman.

Tidak disangka, Farid dapat merasai perasaan sebenarnya yang dicurahkan melalui lakonan. Dan, dia sangat bersyukur kerana tidak bertepuk sebelah tangan. Bekas polisterin itu dirapatkan dengannya. Sepotong kek Gula Melaka yang terletak elok di dalamnya direnung penuh minat. Dicuit sedikit krimnya dan dimasukkan ke dalam mulut.

Hmm, sangat sedap! Mungkinkah, ini rasa yang dirasai oleh mereka yang dilamun cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience