BAB 5

Romance Completed 2298

“Dah, tak payah nak sedih-sedih. Madam Madi tu macam faham aje apa yang kita rasa, kan?” Dia tersenyum.

“Kita?” Aaliyah memandang Dina dengan rasa hairan.

“Sebenarnya, aku pun tak nak join drama ni. Tapi sebab kesiankan kau, terpaksalah aku tawarkan diri nak jadi dayang istana. Huh, menyampah!” Dina mencebik. Geramnya pada Diandra menggunung tinggi. Sudahlah memaksa Aaliyah, kemudian sesuka hati nak marah pula. Aaliyah terdiam. Terbit rasa terharu di hatinya. Tak sangka, rupa-rupanya Dina juga terpaksa sepertinya.

“Eh, dahlah cakap hal ni. Aku malas dah nak ingat. Semua dah settle, kan? Jom kita pergi tukar baju, lepas tu kita pergi beli makanan. Aku lapar ni!” ajak Dina sambil bergerak ke bilik persalinan diikuti Aaliyah.

AALIYAH dan Dina tertinjau-tinjau booth yang didirikan berderet-deret di dalam kawasan kampus. Seronok juga kalau dapat buat event begini sesekali. Semua pelajar boleh bekerjasama membuat pelbagai aktiviti yang mereka sukai. Namun malang nasib bagi Aaliyah dan Dina yang terpaksa menyertai drama yang langsung tidak mereka minati.

“Nak makan apa, Aal ? Banyak sangat makanan jual ni. Tak tahu nak pilih apa,” tanya Dina sambil melilau-lilaukan matanya.

“Hmm… ada jual kek tak? Aku rasa macam nak makan keklah,” jawab Aaliyah.

“Kek?” Dina memandang Aaliyah dengan wajah pelik.

“Tengah-tengah panas ni nak kek? Serius?” Aaliyah mengangguk. Dina mengeluh.

“Okey… jomlah cari kek. Kat hujung sana tu ada booth yang jual kek.” Tangan Aaliyah ditarik menghampiri booth itu. Mata Aaliyah terus liar memerhatikan kek-kek yang dijual.

“Nak kek apa, dik?” Lelaki yang menjaga booth itu bertanya. Senyumannya manis bergula-gula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience