BAB 1

Romance Completed 2298

“AAL !” Panggilan itu hampir membuatkan Aaliyah terloncat kerana terlalu terperanjat. Dia mengurut-urut dada, membuang rasa gamam yang masih belum hilang sambil menarik nafas berulang-ulang kali untuk meredakan ketegangan yang dirasai. Dia menoleh memandang jam di pergelangan tangan kiri. Tidak sampai setengah jam saja lagi, persembahan akan dimulakan. Debaran di dadanya semakin menggila.

“Aal ! Kau buat apa lagi kat dalam tu? Diorang semua dah panggil. Kita kena ada kat belakang pentas sekarang,” panggil Dina lagi bila panggilannya tadi tidak bersahut. Tangannya mengetuk-ngetuk pintu tandas. Entah apa yang Aaliyah buat sampaikan sudah hampir sejam berada di dalam pun, masih tak keluar-keluar lagi.

“Aal !” Aaliyah akhirnya membuka juga pintu tandas itu. Wajah pucatnya menjadi tatapan mata Dina.

“Kau kenapa, beb? Pucat semacam aje.” Dina jadi takut pula melihat riak wajah Aaliyah itu. Macam dah tak berdarah.

“Aku takutlah.” Suara Aaliyah sedikit berbisik. Resah.

“Nak takut apa? Bukannya kita nak pergi berperang. Kita cuma nak berlakon aje, kan? Cepatlah! Stage dah ready, audiences semua dah tunggu dari tadi. Lepas ni turn kita. Jom!” Dina bertindak menarik tangan Aaliyah supaya mengikutnya. Namun Aaliyah menarik semula tangannya membuatkan langkahnya terhenti. Dia menoleh pada Aaliyah dengan kerutan di dahi.

“Aku berdebarlah, wei. Jantung aku ni sikit lagi nak gugur. Kalau aku tak boleh nak perform macam yang diorang semua harapkan, macam mana?” Aaliyah menyuarakan keresahannya. Sebenarnya, bukan dia yang mahu sangat menyertai drama yang akan dilakonkan sebentar lagi. Tetapi kerana dipaksa, dia terpaksa juga turun padang. Sudahlah disuruh memegang watak utama. Alasan mereka, kerana dia punya rupa paras yang boleh menarik hati orang yang memandang dan sangat sesuai memegang watak utama dalam drama itu. Haa sekarang, terpaksalah ditanggung debaran yang semakin menggila ini. Dina memegang tangan Aaliyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience