BAB 11

Romance Completed 2298

“EII! Aku rasa nak jerit kuat-kuat aje! Kenapalah minah tu suka sangat menyusahkan kita? Tak tahu ke hari-hari minggu ni orang nak rehat? Macam bagus sangatlah dia tu!” Dina membebel-bebel sendiri. Sakit hatinya dengan arahan Diandra yang diterima malam tadi.

Sesuka hati mengarah orang membuat apa yang dia suruh. Banyak lawa muka berjerawat tu! Aaliyah hanya diam sehingga mereka tiba di tempat yang dijanjikan. Rakan-rakan yang lain sudah berkumpul di situ, termasuk Furzana. Gadis itu berdiri sambil berpeluk tubuh memandang Aaliyah dan Dina mengambil tempat masing-masing. Aaliyah dengan wajah tunduk sementara Dina dengan muka sardin. Diandra bergerak ke depan dengan penuh gaya.

“Kali ni, kita akan buat persembahan khas sempena makan malam tahunan yang akan berlangsung tiga minggu dari sekarang.” Mendengar kata-kata Diandra itu, Dina dan Aaliyah sama-sama mengeluh.

“Saya dah buat skrip drama yang kita akan perform. Temanya masih sama, dan pelakon utamanya pun masih sama.” Semua mata terhala ke arah Aaliyah. Aaliyah menelan liur. Kelat rasanya.

“Kamu semua boleh baca ni…” Diandra mengedarkan kertas-kertas di tangan kepada mereka semua yang ada di situ. Ketikah itulah, pintu bilik tempat mereka berkumpul itu ditolak dari luar. Muncul seseorang di situ.

“Kimi!” serunya, terkejut melihat lelaki itu di situ. Aaliyah ikut sama menoleh. Sama seperti Furzana, dia juga terkejut. Farid menutup pintu. Dengan selamba dia berjalan masuk dan menarik kerusi lalu duduk di sebelah Aaliyah. Dua helai kertas ada di tangan Aaliyah. Dicapai satu tanpa berkata apa-apa.

“Kimi… apa kau buat kat sini?” tanya Furzana.

“Aku nak join drama ni,” jawab Farid. Serentak, semua mata terhala ke arahnya. Kesemua mereka tersenyum, bukti bahawa itu persetujuan dari mereka. Farid menghela nafas lega dalam diam. Aaliyah memandang Farid dengan rasa tidak percaya. Adakah ini maksud kata-kata lelaki itu semalam?

“Kau nak join? Tapi…”

“Aku rasa cerita ni macam best je. Aku nak pegang watak James ni. Boleh?” Gaya selamba Farid itu membuatkan semua mereka yang ada di situ tergelak kecil. Ada juga yang tersenyum sampai nampak gigi. Aaliyah masih dalam keadaan tidak percaya. Tanpa sedar hatinya makin terpaut dengan Farid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience