BAB 9

Romance Completed 2298

“Bukan setakat kenal. Dia tu classmate saya. Tahan ajelah dengan perangai dia hari-hari…”

“Ohh…” Barulah Aaliyah faham kini. Itu bermakna, Farid juga merupakan seniornya. Tetapi dia memang tidak pernah kenal lelaki itu sebelum ini.

“Terima kasih sebab sudi dengar cerita saya,” ucap Aaliyah. Farid senyum lagi. Manis sungguh wajahnya dengan senyuman itu.

“No sweat. Lagipun, saya pun tak suka jugak Diandra tu. Menyemak!” Kening Aaliyah berkerut. Tidak faham apa maksud Farid. Menyemak?

“Aal !” Panggilan itu mengejutkan Aaliyah. Dia berpaling. Terus terbangun dari duduknya sebaik ternampak Diandra sedang berjalan mendekatinya. Panjang umur! Diandra terkejut melihat Farid sedang duduk di depan Aaliyah dengan gaya selamba. Lelaki itu langsung tidak kisah dengan kedatangannya. Dia buat-buat tak nampak aje!

“Err… ada apa, Kak Mila?” tanya Aaliyah gugup. Janganlah hendaknya gadis itu marah lagi. Serius wajah Diandra menentang pandangan Aaliyah.

“Pagi esok, aku nak kau dengan yang lain-lain berkumpul macam biasa. Kita ada projek baru.” Arahan dikeluarkan.

“Err… projek baru? Maksud Kak Mila… drama baru?” Aaliyah terasa penglihatannya gelap tiba-tiba. Mampus! Diandra mengangguk. Kali ini dia dapat melihat reaksi Farid. Lelaki itu jelas tidak senang. Kenapa pulak ek?

“Saya kena berlakon lagi ke…”

“Yalah! Kau tetap kena pegang watak utama.” Keputusan Furzana muktamad. Tiada kompromi.

“Tapi, kak…” Aaliyah cuba membantah tetapi Farid sudah menyampuk tiba-tiba.

“Kau kenapa nak paksa-paksa orang? Dah dia tak nak, tak payahlah nak paksa.” Selamba saja wajah Farid ketika menuturkan kata-kata itu. Aaliyah pula terkejut beruk! Diandra membulatkan mata memandang Farid. Tidak menyangka Farid akan menyebelahi Aaliyah. Sudahlah rasa bengangnya pada Aaliyah masih belum hilang, kini Farid, lelaki yang dipujanya itu pula menyokong Aaliyah. Hampir-hampir membuatnya ‘meletup’!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience