BAB 16

Romance Completed 2298

“WILL you marry me?”

“I will. I love you, James…”

“I love you too…” Serentak itu, dewan itu gamat dengan tepukan gemuruh dari para penonton. Ada yang tidak henti-henti bersorak. Farid dan Aaliyah saling bertatapan. Mood yang sepatutnya dibawa di dalam drama seolah-olah terbias hingga ke alam realiti. Nun di sebalik tabir, sepasang mata memandang dengan penuh benci. Menyesal kerana memaksa Aaliyah memegang watak utama. Menyesal!

“MANA saya punya kek?” Aaliyah meminta sambil menadahkan tangan di depan Farid.

“Kek? Kek apa?” Farid pura-pura tak faham. Aaliyah mengecilkan anak mata memadang Farid yang tersenyum-senyum.

“Awak dah janji nak bagi saya kek kalau saya buat elok-elok masa perform tadi. Mananya?” pintanya lagi. Tidak puas hati bila Farid masih buat-buat tidak faham.

“Oh! Kek tu…” Farid tergelak kecil.

“Ikut saya.” Dia bergerak ke arah begnya. Aaliyah mengikut saja. Ketika Farid menghulurkan kek itu kepadanya, dia terus menyambut dengan senyuman.

“Terima kasih!” ucapnya riang. Farid ikut tersenyum.

“Jangan makan sekarang. Tunggu balik hostel nanti.”

“Laa… kenapa pulak?” Aaliyah tidak puas hati dengan ‘undang-undang’ itu.

“Kalau awak sayang saya, ikut apa saya kata. Boleh?” Farid mengenyitkan sebelah matanya sebelum terus berlalu meninggalkan Aaliyah di situ. Aaliyah yang terkejut seakan kejung di situ. Dirinya terasa seolah-olah sedang terbang di awangan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience