BAB 4

Romance Completed 2298

“Apa kau buat ni, ha? Aku suruh kau berlakon! Bukannya lari turun pentas macam ni! Kau tahu tak apa yang penonton-penonton tu cakap? Memalukan!” hambur Diandra bengang. Sakit sungguh hatinya dengan apa yang baru berlaku tadi.

“Kak… saya mintak maaf, tapi saya memang tak boleh…”

“Aku bukan nak dengar alasan kau! Aku tak kira, aku nak kau pergi naik pentas tu balik. Kita mulakan dari awal!” Tegas suara Furzana. Aaliyah hampir teresak di situ tetap ditahan agar air matanya tidak jatuh.

“Kak Mila, boleh tak bagi Aal rest kejap? Dia tertekan sangat agaknya. Kita bagi group lain perform dulu. Boleh tak?” Dina yang kasihankan Aaliyah segera menyampuk. Aaliyah sahabatnya. Jika bukan dia yang menolong, siapa lagi? Buntang mata Diandra memandang Dina.

“Kau pun sama! Yang pergi memandai tukar skrip tu kenapa?!” Dina tertunduk. Dia cuma mahu membantu. Tak pasal-pasal kena ‘basuh’ sekali. Dia mengerling ke arah Aaliyah. Simpati.

“Dah, dah… tak payah nak gaduh-gaduh.” Suara Puan Nadrah menarik perhatian kesemua mereka yang ada di belakang pentas itu.

“We stop this drama here. Aaliyah doesn’t look she’s ready.”

“But, madam…”

“This is my decision. Just cancel it!” Tegas suara Puan Nadrah membalas sebelum dia terus menghilang. Diandra memandang Aaliyah dengan renungan tajam. Dia jelas-jelas tidak puas hati.

“Penat-penat aku uruskan semua ni, aku bazirkan masa aku buat skrip, buat tu, buat ni, tolong korang praktis tapi ni yang aku dapat? Semuanya sebab kau!” Bahu Aaliyah ditolak kasar sebelum dia terus beredar dengan hati yang panas. Terasa mahu dilempar segala barang yang ada di sekeliling saat itu. Aaliyah tidak tahu apa yang harus diucapkan saat ini. Yang pasti, dia berasa sangat lega. Lafaz syukur diucapkan dalam hati. Cuma yang terkilannya, dia telah mengecewakan semua ahli kumpulannya. Dia mengeluh. Dina memegang bahu Aaliyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience