BAB 13

Romance Completed 2298

“I’M sorry, James…” Aaliyah tunduk dengan wajah sedih. Kelopak matanya dipenuh air jernih. Menghayati watak yang sedang dipegang.

“I love you…” ucap Farid pula, membalas sebagai James.

“I know. I’m sorry. Will you forgive me?” Aaliyah merenung Farid dengan mata berkaca. Farid mengangguk.

“Will you marry me?” Aaliyah tersenyum.

“I will. I love you, James…”

“I love you too,” balas Farid.

“Cut!” Kuat suara Diandra mengejutkan mereka yang ada di situ. Aaliyah terus menjarakkan kedudukannya dengan Farid. Air jernih yang masih memenuhi kolam mata disapu pantas.

“Enough for today! Kita sambung petang esok.” Arahan keluar dari mulut Furzana. Dia mencapai beg. Tanpa bertangguh lagi, dia segera melangkah keluar dari bilik itu.

“Aal ! Power kau punya lakonan! Feeling habis! Aku pun rasa nak nangis tadi.” Dina tergelak-gelak suka. Aaliyah sekadar tersenyum. Malu pun bila mengingatkan lakonannya tadi. Pasti selepas ini dia akan rasa kekok berdepan dengan Farid.

“Aal …” panggil Farid. Aaliyah berpaling. Dina segera bergerak ke tepi, seolah-olah memberi peluang kepada Aaliyah dan Farid.

“Nah… untuk awak,” ujar Farid sambil menghulurkan bekas polisterin di tangannya.

“Apa ni?” Aaliyah mengerutkan muka.

“Kek Gula Melaka. Ambillah, saya bagi awak,” ujar Farid lagi. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.

“Err…” Aaliyah termati kata. Lidah jadi kelu tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience