Sudah empat hari Mastura berada dikampung dan selama empat hari tak henti Kashmir bertanya bila dia mahu pulang.Comel je muka dia buat kesian suruh balik.Tetiap-tiap malam buat video call.
"Awak bila nak balik rumah suami.Tak baik tinggalkan dia." Mak dah mula bagi tazkirah.Aku hanya diam.
"Mak bukan nak halau Mas.Tapi ingat sikit awak tu dah berlaki tak lama dah nak jadi ibu.Buat perangai tu elok sikit." Emak melipat kain.
"Petang ni orang balik dengan Sab." Alhamdulillah akhirnya Sab dah bertunang dengan pilihan keluarga.Ini menjadi sebab kedua yang dia ingin pulang ke kampung.
"Barang semua dah kemas?Dah bagitahu Mir nak balik?" Mastura tersegeh.
"Hmm tak bagi tahu la tu."maknya menggeleng kepala.
"Sab kau tak nak singgah rumah aku dulu ke?" Mastura hairan bagaimana kereta Ratna boleh ada dekat rumahnya.Hidup lagi perempuan ni.
"Tak kut.Aku ada hal. Nanti apa-apa whatsapp la aku."Mereka bersalaman.Mastura mengambil begnya.Pintu pagar dibukak.Kereta Sabrina sudah berlalu pergi.
"Assalamualaikum."Pintu rumah terbuka.Salamnya tidak berjawab.Hatinya berdebar.Mastura melangkah masuk kedalam rumah.Terdengar suara orang sedang ketawa dibiliknya.Segera kakinya melengakah masuk.
Alangkah terkejut melihat Ratna sedang membuka baju.Suaminya sudah terbaring tidak sedarkan diri.
"Ehh perempuan kau buat apa dengan laki aku?" Ratna kaget.Mastura pergi ke dapur mencari pisau.Ratna sibuk memakai pakaiannya.
"Kau keluar sekarang.Kalau tak aku bunuh kau.Keluar!" jerkah Mastura. Terkedek-kedek Ratna berlari keluar.Apa perempuan ni tak cukup puas nak ganggu hidup kami.Mujur la dia sempat pulang.Segara dia menelifon ibu mertuanya.
"Ma.. Ratna datang rumah." air mata jatuh .
" Kenapa ni Mas?Dia buat apa?" suara ibu mertuanya cemas.
"Dia cuba nak anaiya Mir.Mas tak tahu nak cakap macam mana.Ma datang sini boleh." Mastura tak mampu berkata apa-apa lagi.
"Kejap lagi ma datang dengan Kafi." Talian dimatikan.Aku terduduk menangis disitu.
Kenapa perlu ada manusia macam dia dalam dunia.Menyusahkan orang.
Mastura hanya diam semua ahli keluarga Kashmir berkumpul termasuk keluarga Ratna.Ratna tidak nampak muka mungkin malu barangakali.Ada sifat malu manusia seperti dia.
"Uncle mintak maaf bagi pihak Ratna dengan apa yang jadi.Uncle sendiri pun tak tahu nak buat macam mana lagi pada Ratna.Ratna benar-benar mahukan Kashmir." Kashmir tidak bercakap apa.Sungguh dia tidak sangka Ratna begitu berani membuat perangai seperti itu.Ratna dah banyak berubah.
"Mir aunty sebenarnya malu dengan apa yang jadi.Boleh tak Mir bernikah dengan Ratna?" Semua terkejut dengan permintaan Mak si Ratna. Apa dia ingat ni cerita akasia petang-petang yang mula tayangan tujuh petang.Senang-senang mintak laki orang.Ni bukan cerita novel.Aku tak akan melepaskan Kashmir kecuali Kashmir sendiri melepaskan talak.Kalau dia ingin berkahwin dengan Ratna satu ja aku mintak tolong lepaskan aku.
"Saya mintak maaf saya tak berniat nak lukakan hati aunty.Apa yang Ratna dah buat saya dah maafkan tapi untuk melupakan amat sukar bagi saya.Saya tak boleh menerima Ratna sebagai isteri saya.Andai kata saya berkahwin dengan Ratna sekalipun layanan saya terhadap Ratna takkan sama macam mana saya layan Mastura.Daripada buat jiwa diseksa saya cuma serankan uncle dan aunty bawa dia jumpa doktor psikiatri."wajah mak Ratna bertukar rona wajah.
"Habis Mir nak cakap Ratna gila.Kalau Ratna gila dia gila sebab Mir." Mak Ratna melepaskan amarah kepada Kashmir.Tetapi lelaki itu tenang saja.
"Tidak semestinya bila orang itu berjumpa dengan doktor psikiatri dia gila. Kalau aunty dan uncle bawa Ratna sedikit sebanyak aunty dapat tahu apa masalah yang dihadapi oleh Ratna."Wajah abang tiri Ratnah sudah tidak keruan.Kashmir memberikan kad nama temannya.Mudah sedikit jika berurusan.
Semua keluarga sudah beransur pulang.Selasai satu masalah.Tinggal lagi satu masalah.Kashmir mengaru belakang kepalanya.Mastura hanya diam duduk dibirai katil.
"Kenapa diam?" Tiba-tiba Kashmir terasa bedebar.
"Habis bie nak suruh cakap apa?Dulu bie sediri yang pesan hati-hati dengan Ratna. Bie sedar tak rumah tangga kita hampir hancur.Mujur Allah gerak hati ni untuk balik kalau tak. Tak sampai setahun kita kahwin Allah duga kita macam-macam pasal Ratna."Mastura terasa kepalanya kusut.
"Jadi sayang menyesal khawin dengan bie macam tu?"Masing-masing tidak mahu mengalah.
"Ada ka orang cakap macam tu?Atau memang sebenarnya bie memang nak khawin dengan betina tu?" marah Mastura
"Mastura!" jerkah Kashmir. Mastura terserentak.
"Marah kenapa?Jadi betul la ? Orang nak awak cerai orang." jerit Mastura. Tangan yang selalu mengusap,membelai hampir menampar pipi Mastura. Mastura tersenyum sinis.
"Kena tak tampar ? Jadi ini la sebenarnya perangai awak?saya benci awak."Mastura mencapai telifon berlari ke bilik sebelah.Pintu bilik dikunci.
"Sayang .. Bukak pintu please.Bie salah.Bie mintak maaf." Kashmir mengetuk pintu.Mastura menangis. Kenapa mulutnya begitu lancang berkata sedemi kian. Adakah ini pengakhiran cerita cinta kita? Mastura memegang perutnya.Bagaimana nasib anak yang bakal dilahirkan. Aku cuma berharap ini hanya mimpi ngeri.
Share this novel