Sudah seminggu dia melancarkan perang dingin.Selama seminggu itu dia hanya akan keluar bila Kashmir pergi kerja. Dia tahu dia berdosa berbuat demikian tapi disebabkan ego dia terpaksa.
Mastura melangkah keluar dari bilik.Tangan Mastura diraih. Kini badannya tersandar pada dinding. Kashmir merapatkan dirinya dekat dengan Mastura.Tangannya mengunci badan Mastura supaya Mastura tidak loloskan diri.
Apa dia ingat ni cerita drama korea.Muka aku ja macam korea.Tapi dalaman aku tetap melayu.Nampak tak hidup penuh ss (syok sendiri).Apa dia ingat cair dia buat aku macam ni.Pengaruh korea banyak sangat ni.
Mastura memalingkan wajahnya.Wajah suaminya langsung tidak direnung seperti selalu.Tadi rasa suaminya sudah pergi kerja.Macam mana boleh ada dekat sini.Saja nak game aku ni.Biasa dia.
"Benci sangat ke nak tengok muka bie hmm?" bisik Kashmir.Sungguh aku rindukan suara romantisnya.Namunnya kuat masih tak mahu mengalah.Orang dah mintak maaf pun jual mahal lagi.Perempuan.
"Tepi lah."Mastura menolak sekuat yang mungkin tubuh suaminya.Dia berjaya melapaskan diri.Namun tubuhnya dipeluk dari belakang.
"Tolong la jangan buat bie macam.Bie tak boleh nak jalani kehidupan kalau hari-hari kita macam ni. Bie rindu sayang sangat-sangat." Mastura tersentuh dengan kata-kata Kashmir.
"Jangan diam macam ni.Ya bie salah bie mintak maaf."Mulut Mastura bagai terkunci untuk bersuara.Mastura meleraikan pelukkan.Dia tinggal Kashmir terpingga-pingga.
Kashmir merasa kusut.Dia takkan mudah mengalah.Mastura miliknya selamanya.Dia tidak mungkin membiarkan anak tidak berbapa.Kashmir mahu kasih sayang seorang bapa dapat dicurah kepada anak yang bakal dilahirkan, dia akan berusaha bersungguh-sungguh.
Kashmir akan pastikan hubungan mereka akan baik seperti sedia kala.
Share this novel