"Ma nak Mas tolong apa-apa tak?" semua adik-beradik kashmir belum sampai lagi.Takkan aku nak biar mak mertua aku sorang je nak tolong bibik. Nak harap Ratna hmm memang tak la daripada kitaorang sampai, sampai sekarang tak berenggang dengan Kashmir.Aku sebenarnya confused tak sekarang siapa sebenarnya isteri Kashmir?Naik berbulu biji mata aku. Kashmir pun melayan perempuan tu haih geram hati . Ops lupa nak bagitahu sibuk marah Si Ratna terlebih umur tu lupa nak cerita Ratna tu siapa.
Ratna merupakan anak angkat kepada keluarga suami ku. Pada asalnya bapa mertua aku nak jodohkan Ratna dengan Kashmir tapi Kashmir tak nak sebab dia dah tahu bakal bini dia hot haha tak adalah sebab Kashmir dah anggap Ratna ni macam adik sendiri.Aku muda tujuh tahun daripada dia.Sekarang umur aku dua puluh dua Si Ratna dah dua sembilan.Kashmir tiga puluh satu. Mujur la kashmir tak anggap aku nie adik dia. Kalau tidak merana la juga hati ni.
Mula-mula bila kawan-kawan dan sedara mara tahu aku nak khawin dengan kashmir macam-macam diorang cakap "Kenapa muka dia macam bangla?" masa tu gambar dekat fon sekali tengok depan-depan ha tahu nak histeria.Ini Mastura la pilihan kita bukan calang-calang tau malas nak riak karang orang mengata. Ingat dah settle keluar pula isu pasal umur"Cari umur muda sikit" .Last kali aku buat keputusan malas ambik tahu.Aku yang nak khawin. Test aku , aku punya suka la . Family kita tak cakap apa-apa diorang pula melebih.
"Tak payah la.Biar ma dengan bibik yang buat. Baru sampai mesti penat. Rehat la dulu lagipun tinggal nak goreng sayur je ." Aku duduk berhadapan dengan mak mertua sambil melihat dia memotong sayur.
"Macam mana tinggal dengan Kashmir? Dia layan Mas ok ?" Ah menyesal duduk dekat sini.Tak pasal-pasal kena soal siasat.
"Alhamdulillah setakat la ok. Dulu masa kawan dengan Mir tak ada lah caring sangat. Tapi lepas khawin macam tak percaya. Ma tahu tak masa orang sampai mula-mula dekat Mir.Penuh rumput panjang.Rumah macam cerita horror, nak masuk pun seram. Tapi bila masuk deco rumah Mir cantik." Bibik dengan mak mertuanya tergelak.
"Kalau Mas nak tahu Mir sebenarnya bukan pandai bekemas. Ma pernah pergi dulu rumah dia.Penuh bersepah dengan plastik makanan, majalah bilik tunggang langgang."Terkejut beruk Mastura mendengar.
"Yake.Tapi dekat rumah Mir la yang tak boleh tengok semak kalau dalam rumah." Bagus juga lepak sini, boleh korek rahsia. haha
"Alhamdulillah Mir dah berubah." senyum tak lekang dibibir mak mertuanya.
"Mir dengar nama Mir macam diseru.Ni mesti kutuk Mir." Aku hanya diam. Malas mahu bercakap. Aku bangun menuju ke kolam renang. Ratna pandang aku atas bawah.Ingat aku takut.
Aku duduk atas pondok berdekatan kolam.Dada aku bedebar kuat bila terpandang kolam.Aku tunduk sambil memegang dada. Hati beristigfar.
"Sayang?Sayang ok tak ni?"Kashmir mengegam erat jari jemariku. Terasa kuat itu hadir. Bila masa pula dia ada dekat sini.
"Orang ok." Mastura melepas gengaman Kashmir.
"Dah tahu tak kuat pandang kolam kenapa duduk sini.Naik la bilik.Rehat." Tanpa bercakap banyak aku meninggalkannya masuk ke rumah naik ke bilik.
Kashmir hairan isteri bersikap dingin terhadapnya. Adakah isterinya cemburu dia dengan Ratna.
Semua adik-beradik Kashmir berkumpul diruang tamu.Tapi tidak Mastura.Mastura sibuk membantu emak mertua menghidangkan makanan.Selepas semua siap ibu mertuaku menjemput semua anak-anaknya makan.
Aku duduk berhadapan Kashmir.Si Ratna duduk sebelah Kashmir .Ratna yang senduk makanan kedalam pingan suaminya. Dah macam laki dia aku tengok.Tak apa aku bagi chance. Biasa la lapar dahaga kasih seorang lelaki.Ratna pandang sinis dekat aku. Ingat aku hairan. Aku buat tak tahu.
"Kakak tak mahu mummy suap.Kakak nak Mak Ngah suap." Sarah anak sulung kepada kakak pertama Kashmir.Aku kaget. Pahal budak ni. Tetiba-tiba nak bersuap.
"Mak ngah nak makan kan. Boleh tak jangan nak mengada-ngada,makan cepat."Sarah sudah nampak tanda-tanda hendak menangis.Kashmir pandang aku.Mastura garu kepala yang tidak gatal. Sakit otak bila dah bising-bising ni.Karang kalau aku bertukar singa karang,siapa pun tak boleh makan.
"Sarah.Sini duduk dekat mak ngah.Tak apa kak long biar Mas suapkan Sarah."Mastura mengelap air mata Sarah.Mastura suap nasi kedalam mulut Sarah. Mastura layan Sarah macam anak sendiri.
Dalam diam Kashmir memerhati isterinya.
"Ngah.Pehal kau pandang kak ngah macam nak telan." Mastura terserentak, dia angkat wajah memandang suaminya.Kashmir menjeling adik bongsunya.
*bersambung.....??
Share this novel