Sudah dua bulan mereka melayari alam perkhawinan.Selama dua bulan itu dia merasa bahagia bersama Kashmir.
"Pagi tadi ma call mintak balik rumah ma.Katanya nak raikan kita, sebab hari tu adik bie yang last sekali tak pergi kita weeding masa akad nikah pun dia tak ada."Mastura letak mug berisi milo panas di atas meja kopi.
"Oh yang belajar Oversea tu ke?" Kashmir mengangguk.Kashmir merupakan anak kedua daripada empat beradik, dua lelaki dan perempuan.
"Hmm bie. Besok orang nak keluar boleh tak ?" Mastura menggetuk jari-jemari pada sofa.
"Nak pergi mana ? dengan siapa ? Naik apa?" Bertalu-talu soalan dia bagi. Mastura mengatap bibir.
"Pergi mall dengan Sabrina besok dia datang jemput."Mastura mendekati suaminya.Kepala disandar pada lengan suami.Jarinya bermain pada lengan suaminya.
"Eleh buat-buat manja pula.Ye la. Balik sebelum bie sampai rumah taw. Jangan nak merayap ke tempat lain pula.Sayang tu dah bersuami.Nanti bie kasi duit."
"Baik boss" Mastura meninggalkan suaminya ,dia masuk ke bilik. Kashmir tercenggang. Mastura.Mastura. Nasib awak tu isteri kita, kalau adik mahu disekih kepala.
Kashmir menutup tv,dia masuk dalam bilik.
"Macam mana hidup selepas berkahwin?" Sabrina duduk dihadapan Mastura makan yang dipesan diletak atas meja.
"Allahamdullilah.Semua ok.Aku tak nak terlalu happy sebab aku dengan dia khawin baru dua bulan. Banyak halangan yang bakal aku tempuh." Mastura menyedut teh ais, terasa sejuk hingga ke tekak hilang rasa haus.
"Kau dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah.Jauh sungguh pemikiran." Mereka bekenalan dari sekolah rendah hingga la sekarang. Mastura sahabat yang sentiasa ada dengannya waktu susah dan senang.
"Kau macam tak kenal aku.Sembang-sembang juga kau bila lagi?" Mastura tergelak melihat riak wajah sahabatnya itu. Sabrina sungguh tidak suka berbicara tentang soal khawin.
"Dah makan la. Nanti lambat hantar kau balik mengamuk pula laki kau." Mee sizzling disua kedalam mulut.
Share this novel