Bab 13 (Last Bab)

Romance Completed 7432

Dua tahun kemudian.

Alhamdulillah aku dikurniakan seorang cahaya mata. Karim Al Abbas semoga awak menjadi anak yang soleh buat umi dan abi. Aku berasa gembira dikurniakan suami sangat penyayang, penyabar dia la lelaki pilihan hati.Dia terlalu sempurna buat aku.Semoga cinta kita tiada pengakhiran.

Alhadulillah Sabrina telah berkahwin dengan pilihan keluarga.Kahwin juga sahabat sorang aku tu.Dia juga sedang menantikan kelahiran cahaya mata.Syukur.

Irfan bekas kekasih aku cerita lama, Alhamdulillah dia baru berkahwin awal bulan lepas dengan adik bakal isterinya yang meninggal.Jodoh itu Allah dah atur dengan cantik. Semoga kebahagian itu milik mereka juga.

Ratna sedang menjalani kaunseling serta bimbangan tentang agama. Akhirnya, terbongkar rahsia bahawa abang tirinya menjadikan Ratna sebagai taruhan bagi setiap projek yang dia dapat handle dan abang Ratna juga telah beberapa kali merogol Ratna. Kashmir telah lama mengetahui sikap abang tirinya. Pernah juga Ratna bercerita tentang sikap abangnya yang tidak senonoh.Tapi diajak buat report Ratna tidak mahu.Itu yang dicerita oleh suaminya.Makin ngeri dengan kehidupan dunia sekarang.Mintak dijauhkan dari berlaku dalam keluarganya.

"Jauh termenung." tegur mak mertua ku.Kashmir,anaknya serta Kafi leka bermain air dalam kolam.Riuh terdengar suara Karim, suka sangat dengan air.

"Tak ada la ma.Cepat masa berlalu kan." mak mertua tersenyum. Kashmir keluar dari kolam, tinggal anaknya dan Kafi didalam kolam. Kashmir duduk dekat dengan isteri.Mastura mengerling seikhlas tubuh sasa suaminya.Air jus disuakan pada suaminya.

"Hmm ma kesian dekat Karim sorang-sorang kan kalau ada adik ada juga teman."tersedak Kashmir.

"Mir On ja Ma.Orang sebelah ni la tak mahu."Mastura menampar paha suami.
Tangan Mastura ditarik.Dia menarik pinggang Mastura supaya jatuh bersamanya kedalam kolam.Mastura menjerit.Mak mertuanya menggeleng kepala.

Tangan Mastura ditarik.Mastura menampar dada suaminya.Tahu la dia tak pandai berenang.

Kafi dan anak tergelak.

"Jahat tau."

"Sorry" pipi Mastura dicium.

"Hisy tak malu ke?" Marah Mastura.Baru Kashmir perasaan ada insan lain memandang.

"Ops."

*TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience