Bab 6

Romance Completed 7432

Awal-awal pagi lagi Kashmir sudah berangkat ke tempat kerja, katanya ada meeting. Aku menjalani kehidupan sebagai seorang suri rumah. Pernah aku suarakan yang aku ingin berkerja kerana bosan duduk dirumah. Namun cadang aku ditolak mentah-mentah tanpa kashmir berfikir panjang.Suaminya berkata "Tak payah kerja duduk ja rumah.Bie masih boleh tanggung sayang walaupun suatu saat bie dah tak ada kebajikkan terhadap sayang takkan terputus itu janji bie.Kalau bosan buat laaa apa yang patut. supaya tak rasa bosan." aku hanya diam. Kalau itu la keputusan Kashmir siapa dia hendak membantah.

"Mas ooo Mas." Ni mesti kak Sofi. Susah sangat nak bagi salam .

"Ha akak Sofi.Ada apa ?"Kak Sofi merupakan jirannya.

"Akak nak ajak kau ke pasar raya.Akak nak beli barang.Kot la kau nak beli barang dapur sekali." Barang kering dekat dapur dah tak banyak elok juga ikut kak Sofi beli barang.

"Kejap saya bersiap."

"Baik laa. Jangan lupa bagi tahu suami yang kau nak keluar."

"Nanti saya bagi tahu."

Whatsapp sudah dihantar kepada Kashmir.Mula-mula dia berhajat hendak menelifon tetapi memikirkan suami sedang bekerja dia tidak mahu menganggu.

Mastura memilih bahan kering.Kak Sofi entah kemana dia tidak pasti tapi tadi kak Sofi berpesan jika siap membeli barang telifon dia.Tanpa sedar dia terlanggar sesorang.Segera dia mengutip bawang yang jatuh.

"Sorry . Saya mintak maaf." Wajah insan yang di langgar dipandang.

"Irfan?"

"Mastura right ?" lelaki itu tersenyum.

"Awak buat dekat sini?Bukan awak duduk Sabah ?" Sudah lama dia tidak melihat lelaki dihadapannya itu.Irfan lelaki pertama yang buat aku kenal apa itu cinta dan dia juga yang mengajar aku apa itu erti kecawa.Cerita lama.

"Awak dari dulu sampai sekarang tak berubah.Soalan macam peluru keluar."Mastura tergelak. Makin handsem puji Mastura dalam hati.

"Saya beli barang.Saja tinjau area barang kering padahal tak reti masak pun.Saya dah pindah balik sini.Duduk sana pun dah apa erti pun." ayat terakhir Irfan tampak sedih.

"Lain macam ayat?" Irfan tersenyum pahit.

"Awak datang dengan siapa?Apa kata kita pergi minum dulu? Boleh bercerita panjang."

"Saya datang dengan jiran.Tak tahu dia pergi mana.Boleh juga." Mereka berjalan beriringan.

"Ooo jadi awak dah khawin la?" nadanya seperti kecewa.

"Haah dah dekat enam bulan.Bukan hari tu awak dah tunang?So sekarang macam mana ? Awak dah kahwin ?" Irfan termenung seketika.Mengumpul kekuatan untuk bercerita.

"Memang sepatutnya kitaorang dah kahwin selepas hari raya haji hari tu.Tapi Allah lebih sayang dia.Dia kemalangan meninggal dekat tempat kejadian."sayu Irfan bercerita. Tetapi dia tetap tersenyum.Mastura terasa sebak.

"inalillah ... Saya mintak maaf .Saya tak tahu. Mungkin dia bukan jodoh awak. Insyallah akan ada jodoh yang lebih baik untuk awak." Mastura memberikan semangat kepada lelaki itu.

"Insyallah.Amin."

Air milo disuakan kepada Kashmir.Mastura duduk disebelah suaminya.Cerita dikaca tv menarik perhatiannya.Kashmir mengerling ke arah isterinya.

"Sayang tak ada nak cerita apa-apa ?" wajah Mastura tak lepas memandang tv.

"Cerita? Cerita apa?" Mastura berasa hairan tak pernah tanya tentang cerita tetiba hari ni ajak bergosip.

"Ye la tadi kan pergi pasaraya dengan Kak Sofi. Kut la jumpa lelaki handsem."Sengaja dia bagi hint dan sengaja dia menekan 'lelaki handsem'

"Cakap pasal handsem kan. Tadi Orang jumpa Irfan. Handsem dia sekarang." Kashmir buat muka tak puas hati. Cerita dikaca tv terus jadi tidak menarik.Kerana Mastura sibuk ingin bercerita tentang Irfan.

"Kitaorang sembang dekat kedai makan sambil minum-minum dia ada cerita pasal bakal isteri meninggal dalam kemalangan.Kesian dia." wajah seolah-olah sedih.Tapi tiba-tiba dia tersenyum.

"Bie orang ingat orang nak jodohkan dia dengan Sab. Ok tak?" Mastura memegang dagunya sambil tersenyum-senyum.

"Ehh... suka hati dia je nak jodohkan orang." Mastura buat muka.

"Orang nak tolong kawan.Mana tahu diorang memang berjodohan." Kashmir mengeluarkan handfon dari kocek seluarnya.Telifon itu disuakan kepada Mastura.

Terkejut dibuatnya melihat gambarnya bersama Irfan.Patut la suaminya sibuk bertanya.

"Ratna hantar?Macam mana dia boleh dapat semua ni? Padahal masa nie kak Sofi ada." Tetiba terasa badannya berasap .Apa yang mak cik ni tak puas hati.Tak kacau hidupnya pun.

"Ye la. Bie pun tak pasti. Don't worry.I trust you sayang. Lepas ni kena berjaga-jaga mujur bie kenal siapa Irfan.Nie nasib dia hantar dekat bie kalau dekat family kita tak jadi isu.Hati-hati lepas ni.Mungkin hari ni giliran sayang.Besok lusa mungkin bie." Mujur Kashmir tidak berang kalau tak mahu goyah rumah tangganya.

"Orang dah cakap dekat bie.Sekarang bie dah nampak? Dia memang tak nak tengok kita bersama.Orang nak jumpa dia."Kashmir menggeleng kepala.

"Dah tak payah nak besarkan perkara nih. Biar ja la dia .Jangan dilayan." Mastura mengalah. Apa yang pasti perempuan jenis Ratna tak akan pernah puas selagi dia tak dapat apa yang dia nak.Jangan ingat dia mudah nak melepaskan Kashmir.

Kashmir terpaksa menghadiri khusus selama tiga hari.Pada asalnya Kashmir hendak membawa Mastura sekali mengikutnya.Disebab Mastura kurang sihat terpaksa la dia menghantar Mastura ke Maknya.

Selama dia berada di rumah mak mertuanya dia jarang turun kedapur. Dia tak mampu berdiri lama terasa kepala berpusing.Alhamdulillah mak mertuanya memahami.

"Betul ke Mas boleh duduk dekat rumah.Ka nak Ma teman." Mak mertuanya perlu menghadiri majlis perkahwinan.Kerana majlis perkahwinan sedara sebelah ayah mertuanya.

"Ma pergi ja la dengan appa Mas boleh lagipun bibik ada.Jangan risau." Wajah sedikit pucat.

"Ye la. Nanti kalau ada apa-apa telifon tau." Mastura tersenyum.

"Ye Ma"

"Hmm nak apa?Kashmir tak ada." Dia sebenarnya malas mahu melayan Si Ratna. Mereka bercakap ditepi kolam renang.Ada rasa sedikit gentar berada disitu.Namun digigahi juga.

"Aku datang bukan cari Mir tapi nak jumpa kau."Ratna bersilang tangan lagak samseng.

"Saya ada depan mata awak.Awak nak cakap apa?Cakap la.Saya tak ada masa nak layan awak." wajah Ratna bertukar rona.

"Kau depan semua orang kau berlagak tunjuk baik ya.Dasar plastik.Aku nak kau mintak cerai dengan Kashmir."Mastura senyum sinis.

"Awak bercakap macam dengan cermin.Apa kurangnya awak sama ja depan pijak semut tak mati belakang peragai masyallah.Awak siapa nak suruh saya buat itu ini. Sedar sikit orang dah tak suka tak payah nak terhegeh-hegeh.Jadi perempuan tu biar ada maruah sikit." Ratna mengetap bibir. Mastura ingin beredar disitu kepala terasa berpusing. Ratna menarik tangan Mastura seolah-olah masih ada lagi perhitungan yang masih belum selesai.

"Kau nak pergi mana perempuan aku belum habis cakap lagi."Ratna menolak tubuh Mastura entah bagaimana badan melayang jatuh ke dalam kolam.Ratna kaget.Mastura tergapai-gapai kelemasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience