Mastura mengusap lembut rambut Sarah.Beriya-iya nak tidur dengan pak ngah dah mak ngah. Dulu masa jumpa Sarah, Sarah macam takut-takut nak dekati dirinya.Tak sangka sekarang dah boleh tidur sama-sama.Mastura tersenyum.
Kashmir masuk ke dalam bilik. Kashmir memandang Mastura.
"Kenapa pandang ?" pelik melihat suaminya memandang dirinya tidak berkedip.
"Nak tengok isteri sendiri pun tak boleh ke?" Kashmir merapati isterinya.
"Orang tak cakap pun tak boleh.Orang tanya." Mastura bangun dari baring.Wajah Mastura ditenung dengan penuh kasih sayang.Kashmir mencium pipi Mastura.Mastura merangkul leher Kashmir.Mata Kashmir ditenung hingga ke dasar.Benarkah lelaki ini sungguh mencinta aku.Ya Allah kau panjangkan jodoh kami sehingga tiada perakhiran.
"Ngah cepat la bola dah start." Mastura buat muka.Suaminya sudah tersengih.
"Ya la pergi laaa."
"Jap lagi bie masuk, bie angkat Sarah." Kashmir sambil mengeyit mata.Kashmir keluar dari bilik sempat dia melihat adik bongsu Kashmir menarik abangnya itu. Mastura menggeleng kepala.
Mastura merebahkan tubuhnya.Handfon pintar dicapai. Dia scroll ig,fb, tweet segalanya tidak menarik baginya.Aplikasi Novel+ dibukak. Cerita horror menarik perhatiannya.
Pintu bilik dibukak.Wajah Ratna terpampang.Terkejut beruk dibuatnya kalah hantu si Ratna ni.
"Mir punya purse mana ? Dia suruh ambik." Mastura tujuk diatas meja solek. Tanpa bercakap banyak dia mencapai purse Kashmir dan keluar dari bilik.
Mastura rasa lain macam.Apahal siap mintak purse bagai ni.Mastura menyarung baju lengan panjang.Tudung express disarung.Dia berjalan menuju ke ruang tamu.
"Kafi, angah mana?" adik bongsu Kashmir memandang kakak iparnya.
"Keluar dengan kak Ratna.Mybe hantar kak Ratna balik kut."
Mastura masuk kedalam bilik.Handfonnya dicapai.Aplikasi whatsapp dibukak.Nama suami dicari.Terus dia menaip.
Bie pergi mana ?
Tak cakap pun nak keluar.
Hantar Ratna balik rumah terus.
Dia tinggal blue tick je?Hati Mastura terasa panas.Jangan nak buat perangai.Air mata mula bertakung.Dia mula menepis segala pemikiran yang negative. Sarah mula merengek. Perlahan dia menepuk lembut paha Sarah.Tiba-tiba Sarah mendakap dirinya.Mastura cuba melelapkan walaupun sukar.Akhirnya dia terlena .
Mastura rasa dadanya berat bagai ada menindih.Mastura bukak mata, wajah suaminya betul-betul didepan matanya.Sarah sudah tiada disitu mungkin Kashmir dah hantar Sarah ke bilik kakaknya semalam.Mastura mencapai telifon.Sudah lima empat lima pagi.Mastura menolak perlahan kepala Kashmir.Namun lagi kuat pelukan Kashmir.Mastura mengeluh.
"Bangun laa dah nak subuh."Mastura menepuk bahu Kashmir.Jangan ingat dia lupa apa yang terjadi semalam.Selagi Kashmir tak beri penjelesan selagi itu dia mahu membina tembok cina agar tiada komunikasi antara satu sama lain.Cemburu tak cemburu. Kalau dia buat aku pun boleh buat. Ini Mastura la .
"Lepas la.Nanti lambat solat subuh." Kashmir masih sama seperti tadi keras membatu. Mahu tidak mahu tangannya cuba mengusap kepala Kashmir.Terus Kashmir bangun.Manja nak kena usap kepala baru nak bangun.Wajah suaminya langsung tak dipandang.
"Marah lagi ke ? Sorry la sayang bie hantar Ratna balik semalam.Bie dah pesan dekat Ratna bagi tahu sayang semalam.Uncle Malik mintak hantar Ratna.Pak samad kan abis shift .Nak tak nak bie kena hantar.Whatsapp sayang bie dah nak balas, beteri habis."Kashmir memeluk Mastura dari belakang.Dagunya ditongkat atas bahu Mastura.Dia punya suara betul-betul dekat telinga dengan hembusan nafas.Ni buat aku tak kuat.Mastura memalingkan wajah menghadap Kashmir.
"Orang tak suka bie rapat dengan Ratna."Kashmir tersengih.
" Jealous eh?" Mastura menghela nafas.
"Ada ke orang tak jealous bila tengok husband dia tengah melayan perempuan.Kalau orang buat benda yang sama bie jealous tak." berubah air muka Kashmir .
"Tapi sayang dah tahu kan siapa Ratna.Bie dah cakap bie anggap Ratna tu macam ..." belum sempat Kashmir menghabiskan kata-katanya Mastura sudah memotong. Mastura tersenyun sinis .
"anggap macam adik ? Bie sorang ja yang anggap macam tu.Tapi dia ? Bie tak perasan ke cara dia layan bie, cara dia bercakap.Kenapa susah sangat nak terangkan kaum lelaki dalam pemikiran dah site "Orang perempuan kuat Overthiking ".Orang ni perempuan tau, orang dapat rasa semua.Perempuan mudah jatuh cinta. Orang cakap ni sebab orang tak nak kongsi bie dengan siapa-siapa.Tolong la faham."Mastura masuk kedalam bilik. Kashmir terdiam tanpa kata.
"Hai kak ngah mata sebam kenapa?Menangis ke?" adik perempuan ketiga Kashmir bertanya.
"Haah baca novel dekat Novel+ semalam.Sedih cerita dia." Mastura buat mimik muka seolah-olah sedih.Padahl dia menangis pagi tadi pasal Si Ratna tu.
"Apa story dia Mas ?" sambung kakak sulung Kashmir.
"Biasa cerita rumah tangga.Cerita novel baik kejap lepas tu gaduh balik biasa la."Kashmir turun bert-shirt lengan pendek, berseluar track.
"Lambat turun Mir."Mastura hanya diam.
"Lepas solat subuh tadi terlelap. Appa balik bila ma ?" Bihun goreng dikuyah.
"Besok kut." Suaminya melihat tapak kedai kerana disebelah utara bakal membuka satu lagi cawangan nasi kandar milik mereka. "Mir balik bila?"
"Kejap lagi ma sebab tengah hari kena masuk pejabat nak settle kerja sikit ." Mastura mengangkat pingan kotor.
"Itu la ma suruh Mir berenti kerja tak nak.Cawangan appa banyak. Nak negeri mana tinggal pilih ja." puas dia memujuk anak lelakinya tapi anak lelaki tetap tidak mahu. Arkitek juga dia pilih. Kata masih mahu makan gaji belum bersedia nak membayar gaji.
*Next chapter
*Jangan lupa rate dan kOmen ^_^??
Share this novel