Aku duduk dibirai katil, menanti kehadirannya dengan penuh debaran. Dia lelaki pilihan hati. Aku sah menjadi isterinya petang tadi dengan sekali lafaz alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Sesungguhnya aku masih tidak percaya kerana aku telah berkahwin dengannya kerana dahulu aku hanya meminati suami ku dalam diam.Ceritanya begini, sewaktu aku belajar di Ibu Kota aku selalu melepak dikedai mamak. Sampai satu hari tu aku terpandang seorang lelaki badannya sasa mirip Shukri Yahya , wajahnya iras Bruno Mars mahu tak meroyan aku pandang dan lelaki itu ada suami aku haha. Bangga kejap, tak sangka aku dapat kahwin dengan dia.Boleh katakan tiap-tiap hari aku lepak sana. Aku dah boleh agak waktu dia kerja dan waktu dia off day.Dulu aku selalu lalu depan cashier sebab dia duduk dekat situ.Dalam diam aku selalu pandang dia waktu dia melayan pelanggan,hantar makanan pelanggan pesan,kadang-kadang dia letak nasi bila ada pelanggan mintak di bahagian buffet dekat dengan meja aku selalu lepak. Aku tahu dia perasaan aku selalu pandang dia. Sebenarnya aku tak harap cinta berbalas, sekadar suka-suka saja.Kita hanya mampu merancang Allah lebih hebat menentukan.
Terus terang aku cakap tak suka mamak tak sangka suami aku ada keturunan mamak dan sebenarnya kedai mamak yang selalu lepak tu appa mertua aku yang punya. Patut la bila dia balik pekerja dia berani main telifon, lambat pick up order.Saja nak tengok appa kita bankrap.
Sebab yang pertama aku tak suka lelaki mamak. Selalu aku tengok dekat tv geng-geng mamak ni kalau gaduh suka bawa parang. Kedua bulu dada, Allah sumpah geli.Bulu tangan ok lagi. Betul la apa orang tua-tua cakap "Benda yang kita x suka nanti yang tu la kita dapat" hmm reda ja laa.
"Ha senyum sorang-sorang" Marina sergah adiknya dari belakang.
"Hisy akak ni.Terkejut tau."Mastura membetulkan rambutnya.
"Ada lagi ke tetamu dekat luar?"Marina membelek inai dijari Mastura.
"Ada.Awak punya mertua tarak balik lagi."sambil mengoyangkan kepalanya gaya mamak punya sytle.Mastura tergelak. "Mir kena ikut family dia balik malam ni"
"Apa?!"Terbeliak mata Mastura. Setahun aku tahan nak pengang dia punya lengan tahu.
"Apa? apa ? Dah tak menyempat sangat dah? Sabar la sikit kan minggu depan kenduri belah lelaki .Lepas pada kenduri tu korang duduk la dalam bilik puas-puas tak keluar pun tak apa." Marina sengih nakal.
"Apa akak ni.Otak kuning.Dah keluar la.Ngantok."Belum sempat Mastura baring.Kashmir suami Mastura masuk.Sebelum keluar dari bilik Marina sempat pesan "jangan lama-lama." Kashmir hanya mengangguk.
Mastura pandang suaminya dengan penuh harapan yang suaminya tak akan pulang.
"Akak cakap bie kena balik malam ni? Betul ke?"
Kashmir mengangguk lemah.
"Jangan la buat muka macam tu. Tak senang hati bie nak balik."
"Dah pergi la cepat.Nanti lambat sampai pula.Nanti sampai jangan lupa bagi tahu." wajah sunggul isterinya dipandang.
"Suruh pergi macam tu je? Tak nak peluk? Kiss pipi ke? seminggu lagi baru kita boleh jumpa tau."
Mastura mencubit pingang suaminya. Bekerut wajah Kashmir tanda sakit.
Tubuh lelaki itu dipeluk erat.Berat hatinya nak lepaskan.Namun dia terpaksa.
Share this novel