Sudah dua hari Kashmir tidak memberi apa-apa kejutan untuknya.Adakah suaminya sudah mengalah.Mastura mengemas rumah.Laman rumah diluar dibersihkan.
"Kau kalau tak sihat tak payah turun site." Kashmir dan Rafi diarah untuk turun ke tapak pembinaan untuk melihat bangunan yang hampir siap.
"Tak ada la deman sikit ja ni.Aku boleh pergi." ikut hati dia memang tak mahu datang kerja memikir tentang Mastura dia gagahkan diri.Jika dia berada dirumah pasti isterinya tidak akan keluar bilik.Dia risau akan kesihatan anak dan isterinya. Biar dia yang sakit tak apa, asal tidak pada insan yang dia sayang.
Langit nampak gelap.Mahu hujung barangkali.Tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
"Kita bertuduh dekat bawah bangunan tu."Rafi dah Kashmir berlari.Entah bagaimana waktu Kashmir berlari dia tersungkur.Kashmir menjerit kesakitan.
Segara Rafi dan berapa orang pekerja asing mengangkat Kashmir.
Jam sudah berganjak pukul dua belas tengah malam. Hatinya risau.Kenapa Kashmir masih belum pulang.Sekali-sekali menghadap dibalik tingkap bilik berharap suaminya pulang.
Parghhh..
Mastura kaget dengan bunyi benda kaca jatuh.Datangnya dari bilik dia dan Kashmir.Segara Mastura ke bilik sebelah.Gelap.
Suiz lampu dibukak.Terkejut dibuatnya Kashmir terduduk kaca mug pecah dikutip. Terkejut melihat lutut Kashmir berbalut. Wajah Kashmir kelihatan tidak bermaya.
Mastura mengambil penyapu.Disapu serpihan kaca masih ada.Tubuh sasa itu dibantu untuk duduk atas katil.Terasa hangat badan Kashmir.
"Kenapa boleh jadi macam ni? Lutut tu berbalut kenapa? Bila balik?" Kelihatan tapak tangan Kashmir bercalar.
"Jatuh dekat site tadi.Rafi yang hantar bie.Sayang tolong ambil kan air?Dahaga." Wajah Mastura nampak risau.Segera dia menuju ke dapur.Botol air dan gelas dibawa kebilik.Air dituang disuakan pada Kashmir.
Mastura membantu Kashmir untuk baring.Berkerut wajahnya menahan sakit.Diselimut tubuh suaminya.
"Nak pergi mana ?"
"Nak masak bubur nasi ."
"Tak payah la.Bie dah makan lauk yang sayang masak tadi.Yang sakit lutut bukan mulut dan tekak bie boleh lagi makan nasi.Boleh tak teman bie tidur."Ehh macam kenal ayat.Sempat lagi bergurau tak padan dengan sakit.Tanpa bercakap banyak Mastura menuju ke katil.Dia baring sebelah Khasmir.Entah kenapa dia rasa kekok.
Tubuh Mastura ditarik dekat dengannya.Mastura pandang wajah suaminya, Khasmir sudah memejamkan mata.Mastura memeluk Kashmir.Dia dekatkan kepalanya pada dada Kashmir. Kashmir tersenyum.
Sudah dua hari dia berada di rumah.Alhamdulillah hubungan dia dan Mastura makin pulih.Mereka menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Barang keperluan untuk anaknya sudah dibeli.Dia dan Mastura tidak sabar menunggu kelahiran anak sulungnya.
Semoga hubungan kita kekal buat selamanya. Biar perih menjalani dugaan akan pasti ada cahaya kebahagian menanti.
Share this novel