Bab 8

Romance Completed 7432

Mastura terpaksa ditahan diwad.Dia tak pasti sekarang dengan persaannya sekarang mahu gembira atau sedih.Doktor mengesahkan Mastura sudah mengandung satu bulan tapi dengan keadaan Mastura buat dia turut ingin sakit.Kashmir setia menunggu Mastura.Wajah pucat itu direnung dengan penuh perasaan cinta.

Tangan Mastura bergerak. Mastura membuka mata dia berasa dia bukan berada di rumah.Kepala terasa pening.

"Bie. Kita kat mana?" Kashmir mendekati isterinya.

"Kita dekat hospital.Sayang demam panas." Kepala Mastura diusap. Kashmir membantu Mastura untuk duduk.

"Kenapa bie bawa orang ke sini?" Mastura mengelap air matanya dengan belakang tapak tangan. Tangannya terasa sakit akibat dicucuk. Tak gengster langsung kena cucuk sikit dah nangis.Ah cenggeng sih kami inih.

"Bie sayang .. sayang tahu tak? Bie tak nak apa-apa jadi dekat sayang. Dah la rehat." Dia tidak mahu mengukit cerita tentang hal petang semalam takut fikiran Mastura terganggu.Mastura menggeleng.

"Bie ..."panggil Mastura.Dia memegang perut.Kashmir cemas.

"Kenapa sakit ? kejap bie panggil doktor." Segara Mastura menarik Kashmir.

"Orang belum habis cakap lagi.Lapar." Kashmir menarik nafas lega. Dia memcubit pipi Mastura.

"Nakal tau. Hmm nak makan apa ?" Mastura berfikir.

"Nak sandwich tuna dengan green tea good day punya taw."

"Baik la tuan puteri patik keluar seketika untuk membeli santapan." Mastura tersenyum manis.

Awal pagi lagi mak dan ayah mertuanya datang melawatnya siap membawa bubur nasi. Asal sakit bubur nasi. Mulut dengan tekak tak sakit pun nak kena makan semua benda alah tu. Alahai sabar la nak.

"Mastura lepas ni kena jaga kesihatan.Dah berbadan dua." Mastura hanya mengangguk. Khasmir bersyukur isteri kelihatan makin sihat.Tidak lagi seperti semalam.

"Mir lepas ni kena jaga Mas elok-elok."Mastura memandang suaminya.

"Baik ma."

"Jom la kita dah lambat ni." mak ayah mertuanya hendak ke utara kerana cawangan disana bakal dibukak besok.Aku membalas pelukkan mak mertua ku.
"Elok-elok bawa kereta cakap dekat pak samad.Ha kirim salam dekat pak Samad sekali."

"bie ingat bie nak balik dulu petang nanti bie datang balik."

"bie.."wajah isterinya dipandang menantikan apa yang ingin disampaikan. "Kalau orang discharge orang nak balik kampung sekejap boleh?" Kashmir sudah rasa susah hati.

"Kenapa nak balik kampung?Habis bie macam mana ? Nanti berpantang balik la rumah mak."

"Orang rindu suasana kampung.Ala bie duduk rumah Ma kejap duduk sorang-sorang pun boleh kan ? lambat nak tunggu berpantang.Boleh laa nak balik kampung kejap."

"Panggil mak ja la datang sini."balas Kashmir.

"Abah kerja la. Boleh la ya."

"Tengok la nanti macam mana."

"Ala tak nak tengok janji la." wajah Mastura menunggu penuh pengharapan.

"hmm ye la." Mahu 'menanggung rindu' bak kata Wany Hasrita. sehari pun sudah rasa setahun.

"Yes" ceria wajah Mastura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience