Bab 2

Romance Completed 7432

Alhamdulillah segalanya sudah selesai.Mujur la majlis perkahwinan lelaki dibuat di dewan.

"Ma semua dah selesai ke?" tanya Kashmir.Aku membetulkan tudung.Badan dah rasa melekit.Seharian dekat sini.

"Dah.Semua dah selesai.Boleh la kalau Mir dengan Mas nak balik."

"Kalau macam tu Mir balik dulu la.Tapi Mir tak balik rumah Ma tau.Mir balik rumah Mir." Mastura malas mendengar perbualan dua beranak itu.Apa yang dia mahu sekarang hanya la tandas. Dia mahu mandi. Semua keluarganya sudah lama pulang.

"Jom."Kashmir menarik tangan Mastura.
"Pergi mana?" Kashmir menepuk dahi.
"Ma tengok menantu ma ni." Emak Kashmir tersenyum sambil menggeleng kepala.
"Mas ikut Mir balik.Lagipun dah lama korang dekat sini.Mesti tak selesa dengan baju tu."Mastura hanya mengangguk.Tubuh emak Kashmir dipeluk sempat Mastura bersalam ipar duai Kashmir.

"Diam je.Penat?"Mastura memandang suaminya yang sedang memandu.

"Sikit la.Karang orang bercakap tak henti bie membebel.Baik orang diam."Mastura bersandar kepala pada tingkap.Kashmir tersenyum.

"Lengan suami punya sado, dekat tingkap juga pilih nak sandar." Mastura menggeleng.

"Orang nak selamat sampai rumah."

"Jom la masuk.Kenapa tercegat dekat situ?" Mastura pandang rumah milik suaminya tanpa berkedip.

"serius ni rumah bie?"Was-was Mastura ingin melangkah masuk.Sekeliling rumah dipenuhi rumput panjang.Pasu bunga tidak teratur, yang pecah tak termasuk lagi dengan dinding dipenuhi lumut.Cat ada yang sudah terkopak.Macam cerita horror pun ada. Rumah macam tak bertuan.Nie baru luar dalam tak tahu macam mana lagi.Mak nak balik.Mastura melangkah masuk kedalam rumah.Mahu ternganga mulutnya.Susun atur perabot cantik.Hitam putih combinasi warna setiap barangan dalam rumah termasuk cat warna dinding.Sumpah cantik nampak elegent gitu.Warna kegemarannya.

"Suka tak ?"Mastura hanya mengangguk.Sungguh dia tidak sangka dia dapat merasa tinggal dekat rumah idamannya.Walaupun rumah itu sebesar mana tapi dia rasa cukup selesa, tak ada la penat nak berkemas.

"Bie kenapa dekat luar tu berserabut.Seram tahu.Nak masuk pun tadi was-was."Kashmir tersenyum.

"Biar tak elok dari luaran, biar nampak cantik dalaman."Kashmir meraih pingang Mastura.

"Habis tu bie nak biar sampai ada ular,tikus silap-silap harimau pun boleh tinggal dekat luar tu."Kashmir ketawa.

"Bagus la.Nanti kita boleh buka zoo."Mastura mencubit lengan sasa suaminya.Mastura meninggalkan suaminya masuk ke bilik.Kashmir melihat lengannya.Terasa pedih.Geng mak ketam gamaknya.

Mastura terdengar sayup-sanyup azan subuh.Mastura mengeliat membetulkan urat badannya.Segara dia mengejutkan suaminya mengerjakan solat subuh berjemaah.

Kuih-muih dan nasi lemak yang dibeli oleh Kashmir disusun kedalam pinggan, dibawa ke meja.Dua mug berisi teh O diletak pada Kashmir satu dan untuknya satu.

Hajat ingin memasak, akan tetapi tiada barang basah mahupun barang kering di dapur itu.Dapur lawa tapi kosong.

"kejap lagi kita pergi beli barang dapur.Sayang senaraikan apa yang tak ada."Mastura hanya mengangguk.Dalam mulut sudah dipenuhi dengan nasi lemak.

"Besok bie dah kerja.Boleh tak sayang duduk rumah? Kalau tak selesa bie hantar balik rumah ma."Kashmir menghirup air teh O berasap nipis perlahan-lahan.

Mastura menggeleng. "Orang boleh duduk dekat rumah ni. Cuma satu ja orang mintak. Buang rumput panjang dekat luar rumah tu, yang bab pasu tu tak apa orang boleh kemas. Orang takut macam mana nak sedai baju buatnya ada ular mahu mati kejung kat situ." Kashmir memandang isterinya sambil tersenyum.Comel tengok mulut tu cakap.

"Orang cakap senyum-senyum pula." Mastura mengemas meja.

"Bie dah upahkan orang potong rumput,kemas laman.Kejap lagi datang la tu."Mastura tersenyum lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience