Bab 7

Romance Completed 7432

Kashmir tidak pasti kenapa mimpi buruk semalam menganggu pemikirannya pagi ini.Dia cuba membuang jauh-jauh perasaan yang tidak elok.Namun makin menghantuinya. Dia mengambil keputusan ingin pulang.

"Beb aku tak boleh stay lama la. Aku asyik terfikirkan Mastura. Hati ni pun rasa tak sedap." Rafi terkejut semalam Kashmir terjerit .Rupanya temannya mimpi buruk.

"Hmm elok laa kalau kau balik kalau stay pun kau tak boleh buat kerja sebab teringatkan pasal semalam. Tak apa hari ni hari last. Aku boleh handle kerja kau."Kashmir merasa lega.

"Sorry susahkan kau."Rafi menepuk bahu Kashmir.

"Tak ada hal la. Susah senang sama-sama.Dah pergi la balik."

Kashmir turun dari kereta kedengaran riuh dikolam.Kashmir terus pergi ke kolam. Di terlihat Mastura tergapai-gapai.Tanpa berfikir panjang dia terus terjun dalam kolam.Ratna sudah lari pulang.Bibik menangis di tepi kolam.Sungguh dia buntu mahu membantu.Kashmir terus memaut leher Mastura.

Mastura tercugap-cugap mencari nafas.Wajah biru.Entah banyak mana dia tertelan air.Dadanya berdegup kencang.Badannya terketar-ketar.Mastura menangis.Tubuh Kashmir dipeluk erat.

"Sayang ok tak ? Kita pergi hospital.Jom naik."Kashmir memapah Mastura.bibik menyuakan towel kepada Kashmir.

"Macam mana boleh jadi macam nie bik?" Mastura bagai sudah terkunci mulut. Dia hampir mati buat kali dua.Kashmir memegang jari jemari Mastura.Sejuk.

"Bibik tidak pasti tuan.Bibik cuma terdengar pekikan suara orang beramtam bila bibik sampai bibik lihat Puan Mastura sudah didalam kolam.Mbak Ratna langsung tidak ngapa-ngapain cuma lihat aja bila tuan pulang dia pun lari." Allah.. apa lagi kau tak puas Ratna.

"Tak apa la bibik tolong panaskan air dekat toilet saya."Bibik hanya mengangguk.Tanpa bercakap banyak dia berlalu.

Kashmir memegang kedua-dua belah pipi Mastura. "Sayang Ok tak ni hei pandang bie ni.Sakit dekat mana-mana tak ?" mata mereka bertentangan.Air mata Mastura bertakung buat kali kedua.

"Bie orang takut.Kalau bie tak selamatkan orang tadi mungkin dah orang mati." Tubuh Mastura dipeluk.

"Syyy ... dah dah jangan cakap macam tu lagi. Bie dah cakap bie ada untuk sayang setiap masa.Bie janji lepas ni bie takkan biarkan sayang sorang-sorang. Bie mintak maaf." ubun-ubun Mastura dikucup oleh Kashmir.Air matanya jatuh.Sungguh dia tidak sanggup kehilangan Mastura.

"Mastura macam mana ?" Soal appa Kashmir.

"Tengah tidur. Terkejut lagi kut. Makan pun puas paksa . Tu pun muntah balik." Kashmir memicit kepala.

"Bawak ja la ke hospital." tambah Kafi.

"Kak ngah kau nak ke hospital memang tak la. Puas ajak tadi degil tak nak pergi.Tengok la besok kalau nampak teruk sangat terpaksa la guna kuasa veto." Mastura pernah bercerita dihampir lemas ketika mandi-manda dekat air terjun bersama teman-temannya. Mujur ada yang perasaan ketika dia tergapai-gapai. Pernah dia mahu ajar Mastura berenang mogok satu hari tidak mahu bercakap dengannya kerana mempersoalkan tentang kolam.

Sebelum berkahwin lagi Mastura menolak keras dia tidak mahu tinggal jika rumah bakal mereka duduki selepas berkahwin mempunyai kolam.Dia mengalah. Dulu dia suka berenang selepas berkahwin aktiviti itu terpaksa dikurangkan kecuali ketika pulang ke rumah Manya.

Kashmir hanya tidur-tidur ayam, risau akan keadaan Mastura. Kashmir memegang dahi Mastura panas. Dengan pantas dia turun, enjin kereta dipanaskan. Dia naik keatas untuk bersiap. Tubuh Mastura dicempung dibawa turun diletakkan diseat belakang. Kashmir segara membawa Mastura ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience