REKOD 03 LUAR KEBIASAAN

Science Fiction Completed 997

Hikari mengadakan sesi latihan menembak di padang sasar bersama anggota skuad dan tamat pada waktu petang.

Hikari menepuk bahu, "Olivia, ada rasa kurang selesa?"
"Recoil senapang ni tak ganggu keadaan saya, jangan risau." Olivia mengisi peluru PKP Pecheneg.

Mary datang ke padang sasar membawa perisai dan MP5. Elijah duduk bawah pondok membersihkan M4 SOPMOD dan memeriksa baki peluru.

Hikari meletak 4 botol air sejuk, "Ketua, kenapa tak pakai senapang? Selalu pakai pedang saja."

"Pakai senapang tu pandai, tapi bila ops khas." Hikari meneguk air sejuk.

Olivia duduk bersama-sama, "Selain jaga ketenteraman awam, zsdf pun lakukan misi penyelamatan bencana."

"Kenapa kapten tiada di pejabat hari ni?" Elijah mengemas beg alatan pembersih senjata.

Hikari melihat jam tangan, "Setiap hujung bulan, semua ketua cawangan akan berkumpul di sana."

Dryl berjalan mendekati Hikari, "Koperal, ini kunci pillbox baru skuad kamu."
"Terima kasih. Yang lama macamana pula?" Hikari mengambil kunci.

"Saya dah hantar ke zhi untuk peleraian. Skuad saya ambil yang satu lagi, pergi dulu."
"Faham."

Hikari meminta anggota skuad menyimpan senjata dalam Pillbox baharu kemudian membersihkan diri di bilik mandi asrama wanita.

Mary menahan Olivia, "Tak apakah kau masuk dalam kolam ni? Kau kan robot."
"Saya kalis air dan api. Jangan risau." Olivia berendam masuk ke dalam kolam mandi yang suam.

Elijah melompat, "Cannonball!" dan air kolam bertumpahan atas lantai.

"Jangan melompat!" Hikari menjerit dari dalam bilik mandi.

Selesai mandi, mereka berehat di lobi menghabiskan sebotol susu suam dari mesin minuman yang tersedia.

"Perhatian. Semua anggota sila berkumpul di bilik taklimat. Kapten ada sesuatu mahu sampaikan." Dryl buat pengumuman melalui pembesar suara.

[BILIK TAKLIMAT]
[0630 PM]

Syazwan berdiri di depan meja, "Saya baru pulang dari mesyuarat. Ada benda penting saya nak kamu semua tahu."

"Pasukan zsdf 1 menyerbu sebuah bangunan disyaki jalankan satu eksperimen haram berkaitan kes raksasa jadian yang sudah berlaku selama 15 tahun."

"Penghuni bangunan dapat larikan diri tapi tidak dengan semua data yang mereka ada. Semua dokumen yang dirampas kini dalam tangan zhi."

"Hipotesis yang zhi lama fikirkan sudah terjawab. Kes kejadian manusia jadi raksasa secara rawak adalah hasil buatan manusia, malah diuji dengan orang awam tanpa belas kasihan."

"Bersurai, kekal bersedia untuk bertugas."

Semua anggota meninggalkan bilik, Syazwan menahan Hikari menggunakan tangan kanan.

Syazwan menyerahkan cip merah, "Pemilik asal dapati ada orang tanam virus dalam cip ni, beliau akan cari pelakunya. Data asal sudah diisi, pasang bila terdesak saja."

"Baiklah, kapten." Hikari berdiri tegak dan meninggalkan bilik berjalan ke kantin.

[KANTIN]
[0715 PM]

"Kring..!"

Skuad wanita menuju ke bilik persalinan, memakai uniform hitam dan memanjat masuk ke dalam Pillbox baharu.

Pagar terbuka secara automatik, Pillbox bergerak laju menuju keluar pangkalan dan siren berbunyi.

Hikari menekan tablet yang terpasang di sisi tempat pemandu, "Kes kali ni adalah seekor raksasa melompat keluar dari hutan menyerang orang awam."

Olivia, Mary dan Elijah kekal duduk memeriksa senjata dan kelengkapan yang lain.

Hikari menekan pedal brek, sebiji kereta sudah terbalik di depan Pillbox. Ada jeritan kedengaran, semua anggota berlari keluar.

Olivia dan Elijah segera memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan menghubungi ambulans.
Hikari dan Mary berjalan ke hadapan mencari raksasa yang sudah mengganas.

Mary memeriksa radar, "Ketua!" dan menghentak perisai di kiri Hikari menghalang tandukkan raksasa itu.

"Bagus!" Hikari menghunus pedang menyerang namun tersasar.

Raksasa melompat masuk ke dalam hutan semula, radar Mary masih mengesan kehadirannya.

"Tepi!"

Mary menahan perisai, raksasa menyemburkan api sehingga membakar beberapa pokok dan meletupkan dua tiga kereta.

"Mary, masih boleh tahan?" Hikari memeriksa keadaan anggota.

"Ya, sarung tangan ni membantu."

Hikari membawa Mary berundur ke belakang secara perlahanan bagi menarik raksasa keluar dari hutan.

"Frags!"

Hikari melontarkan sebiji bom tangan dan meletup. Bagaimana pun, serpihan hasil letupan tidak mendatangkan kesan malah menaikkan minyak raksasa.

"Kyaaa..!"

Tembakan peluru machine gun dari atas Pillbox oleh Olivia menghalang raksasa daripada terus bergerak, Elijah datang menyerahkan skop kepada ketua skuad.

"Ketua, guna skop ni."

Hikari dapat melihat suhu badan raksasa melalui skop. Dia dapat meneka bahagian organ atau kelenjar yang menghasilkan api tadi.

"Mary. Gerak ke depan, slowly. Elijah, aim bahagian leher raksasa. Go!"

Hikari melontarkan bom asap, mengetuai dua anggota bergerak ke hadapan.

"Stop!"

Raksasa menyemburkan api, mereka berhenti bergerak dan berbaris di belakang Mary.

"Tembak!"

Elijah melutut, melepaskan tembakan pada leher raksasa tapi tidak menembusi kulit keras.

"Go!"

Mary mengangkat perisai, melangkah lima langkah ke depan dan melepaskan tembakan pada bahagian yang sama.

"Flashbang!"

Hikari melontarkan bom tangan, letupan menghasilkan bunyi kuat menyebabkan raksasa bertindak ganas. Elijah melepaskan tembakan dan darah mengalir keluar.

"Penetration!"

Raksasa menghentak kaki, menggegarkan kawasan pertempuran dan menyukarkan Elijah menembak.

"Boom!"

Sebiji roket terbang, meletupkan tangan kanan raksasa. Olivia datang bersama sebuah pelancar roket di bahu kiri.

"Lock and load."

Olivia menekan picu, roket meletup tangan raksasa yang satu lagi. Hikari memberi isyarat bertindak. Mary dan Elijah melepaskan tembakan pada luka raksasa.

"Raaar!"

Bahagian hadapan leher raksasa meletup, percikan lava panas mencairkan kenderaan sekeliling.

"Berundur!"

Hikari melontarkan Frags Bomb pada leher dan meletupkan raksasa atas jalan raya.

Skuad wanita mengangkat raksasa ke dalam keranda dan mengutip serpihan daging secara berhati-hati. Seterusnya, menyembur cecair disinfeksi pada setiap kawasan sebelum berangkat pulang ke pangkalan.

Elijah membalut luka, "Mary, kau tak rasa sakit melecur tangan ni?"
"Kan aku selalu berlatih, mestilah jadi kuat!" Mary mendabik dada.

Olivia meletakkan roket dalam peti dan mengemas senjata pada tempat asalnya.

Hikari memerhati tablet, "Nama penuh kereta perisai ni rupanya PB-Mod-1, versi naiktaraf pillbox yang lama." dan bercakap dalam hati.

Mereka menghantar keranda kepada Hazmi bilik pengurusan mayat dan segera berehat sebelum meneruskan kerja shif malam.

Hikari menghantar laporan kepada Syazwan di pejabat yang bekerja sehingga jam 10 malam.

"Ini kali pertama saya jumpa raksasa yang boleh semburkan api.."
"Hmmm... Saya akan hantar ini pada hq. Ada laporan lain?"
"Itu saja laporan. Selamat malam, kapten."
"Selamat malam, kolonel."

Syazwan meninggalkan bilik pejabat pulang ke asrama. Hikari pula duduk depan meja kerjanya menunggu sebarang panggilan kecemasan.

"Ring..!"

Hikari mengangkat gagang telefon, "Selamat malam, cawangan zsdf tujuh di sini. Apa saya boleh tolong?"

"ZSDF main hq di sini. Ada panggilan kecemasan dekat tembok ombak bandar. Data sudah hantar, kod 123745. Sila ke lokasi kejadian segera."

"Baiklah. Terima kasih."
"Sama-sama."

Hikari mencapai mikrofon, "Skuad wanita, bersiap dan naik ke pillbox! Kita bergerak dalam masa 5 minit!"

Semua anggota duduk dalam Pillbox, Hikari memandu keluar dengan laju sambil menghidup siren kecemasan.

"Seorang pemancing bertukar di depan kawannya dan masih belum menyebabkan kerosakkan atau kecederaan." Olivia menekan tablet di sebelah ketua skuad.

Pillbox berhenti di hadapan tembok laut, berlari mendapatkan si pemanggil.

"Dia di sana. Dari tadi tak bergerak."

Hikari mengarahkan semua anggota berjaga-jaga, mengepung dan mengacukan senjata kearah si pemancing yang sudah menjadi raksasa.

"To-tolong! Saya masih nak hidup!"

Raksasa melutut, meminta belas kasihan dan memandang muka Mary.

"Ketua, macamana ni?"

Radar Olivia berbunyi membuatkan dia menoleh kepala memeriksa persekitaran mereka.

"Bagaimana pun, kami kena bawa encik pulang ke pangkalan untuk siasatan lanjut. Tolong bagi kerjasama."

Raksasa mengangguk kepala dan mengikut arahan Hikari untuk kemudian duduk dalam Pillbox bersama tiga anggota yang lain.

Kabus tebal menyukarkan pemanduan di jalan raya yang sunyi dan individu memakai hoodie hitam berdiri di tengah-tengah jalan.

Olivia melangkah keluar dari Pillbox, "Encik, tak selamat kalau bersendirian waktu malam begini."

"Serahkan tahanan kamu." Suara lelaki kedengaran, merenung tajam kearah Pillbox.

Olivia mengundurkan diri, Hikari mengambil alih situasi.

"Maaf, tapi ini tugas kami. Sila beri kerjasama atau-"

"Tch... Kamu ni faham atau tak..? Malas aku nak buang masa."

Si Lelaki tersebut mengangkat tangan kiri dan terus memanjang menuju kearah Hikari.

"Ketua!"

Olivia menolak Hikari ke tepi, serangan penumbuk gergasi memecahkan separuh badannya.

Elijah mengacukan senapang, "Berhenti!". Si Lelaki menukar sasaran, Mary menghentak perisai di depan kawannya.

Kuku tajam menembusi perisai langsung ke perut Mary, percikan darah suam mewarnai wajah Elijah.

"Mary!"

Hikari menyerang Si Lelaki secara dekat, melakukan tumbukan dan tendangan secara sepantas yang boleh.

"Boleh tahan tapi kau masih jauh daripada aku."

Si Lelaki membalas serangan dengan tumbukan bertali arus, menyasarkan dada Hikari sehingga dia lemah.

"Hoorah!"

Seorang wanita melompat dari tepi semak, menghayunkan tukul kepada Elijah yang sibuk menyelamatkan Mary.

"Ahh!"

Hikari menolak Elijah, melindungi Mary dan menerima hentakan pada tulang belakang dan berbunyi kuat. Kesakitan yang melampaui ketahanan menyebabkan dia tidak dapat bergerak.

Si Lelaki meniarapkan dan meminjak tulang belakang Hikari atas jalan raya.

"Dengar sini, bagi raksasa tu dan aku biar korang mati dengan pelan."

Hikari merenung kearah Elijah dan Mary, memikirkan sama ada melawan atau mengalah.

Si Lelaki menekan lebih kuat," Cepat, sebelum perempuan perisai tu mati."
"Kau...ambil-lah...raksasa tu..."

Si Lelaki mengalihkan kaki, menuju ke Pillbox dan membawa lari raksasa secara paksa dari kawasan itu.
Si Wanita menyerang Elijah menggunakan pistol sehingga terbaring atas jalan raya.

Hikari menghirup nafas sedalam mungkin dan menarik keluar telefon pintar dari poket seluar membuat panggilan.

"Kece-masan...tra-tr-track lo..cation pill..box..."

Hikari memegang telapak tangan kanan Mary, berdoa untuk kekuatan mereka menahan sakit sehingga bunyi siren kedengaran.

Syazwan dan Dryl datang, "Koperal! Selamatkan tiga yang lain!" dan mengangkatnya ke atas stretcher.

Kedua-dua pillbox skuad pasukan 07 bergerak ke hospital kemudian petugas kesihatan menghantar Hikari, Elijah dan Mary ke dalam wad kecemasan untuk rawatan segera.

Selamat pagi, saya doakan semua orang sihat. Bab kali ni Hikari dan pasukannya terjumpa dua kes yang baru dan tiada dalam rekod ZSDF. Saya akan berusaha mengekalkan dan menambah baik jalan cerita supaya masa membaca para pembaca berbaloi. Jangan lupa kongsi pada rakan-rakan, ahli keluarga kalau berasa seronok dengan cerita ni. Kalau nak komen, tulis saja. Saya pasti baca dan balas. Terima kasih sebab masih membaca dan ikut cerita ni. Smile! Smile!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience