REKOD 05 MEWARISI

Science Fiction Completed 997

Kapten Syazwan, Leftenan Dryl, Private Elijah dan Mary singgah di kedai makan yang Hikari sedang usahakan sekarang dengan bantuan dua pekerja part-timer.

Syazwan merenung pada papan menu, "Belut top grade, ayam goreng untuk empat orang."
"Okay!" Hikari menarik lengan pakaian sehingga ke siku.

Ikan belut yang masih segar Hikari potong, membersihkan bahagian tulang dan sirip kemudian memotongnya kepada bahagian yang kecil.
Menggunakan sebatang lidi, Hikari cucuk dan bakar isi ikan belut atas dapur arang kayu. Dia menyapu campuran bahan perisa menggunakan seiikat batang serai padanya.
Aroma wangi memenuhi ruangan kedai, selera keempat-empat anggota ZSDF naik memuncak. Hikari menghidangkan segelas minuman buah kundur buatan sendiri kepada mereka.

Hikari meletakkan nasi putih, sayur ulam dan isi ikan yang sudah masak dalam bekal segi empat warna hitam.

"Belut top grade, siap!" Dia menghidangkan empat bekal pada rakan-rakannya.

Bahang panas masih terasa di atas makanan, Hikari kembali ke dapur bagi memasak menu seterusnya.

Isi ayam yang dikepal Hikari golekkan pada tepung goreng berempah lalu mencelupkan ia ke dalam mangkuk penuh telur dadar sebelum berendam dalam minyak panas.

"Sii..." Bunyi gorengan isi ayam yang ceria hidupkan suasana dapur.

Empat bakul kecil berlapik kertas serap minyak Hikari sediakan atas meja. Serbuk lada hitam, sedikit garam dia gaulkan menggunakan sudu dalam mangkuk kecil.
Ayam goreng siap, Hikari menapis minyak dan mengambil chopsticks dari almari. Setiap bakul kecil dia isikan enam isi ayam goreng seterusnya taburkan sedikit pepper and salt yang digaul tadi.

"Ayam goreng, siap!" Hikari menghidangkan ia panas-panas atas meja makan.

Hikari terus mengalih perhatian kepada pelanggan yang baru duduk atas kerusi, menghidangkan mereka segelas air sejuk bersama tisu.

"Bubur dengan cakoi." Pelanggan yang merupakan lelaki tua meminta menu klasik.

Hikari menuju ke dapur, mencapai sepaket bubur dari dalam kabinet segera serta panaskan semula cakoi dalam air fryer.

Syazwan berdiri depan kaunter, "Kira."
"Okay, kejap!" Hikari menuang segelas air panas ke dalam mangkuk.

Dia meletakkan resit atas meja makan, "Buat masa sekarang, saya terima cash saja."
"Diskaun tiada? Kawan-kawan kan, hahahaha." Syazwan ketawa.

"Business lain, kawan lain. Bayar."
"Okay, okay. Mmm...nah. Cukup 92?"
"Cukup. Ada apa-apa nak bawa pulang?"
"Ayam goreng satu untuk hazmi."
"Okey, tunggu di bangku tepi sana."

Hikari menghidangkan menu pesanan lelaki tua tadi dan menguruskan makanan untuk Hazmi.

Dua orang pelajar iaitu Diana dan Amirah yang bekerja di kedai, masuk ke dapur dari pintu belakang.

Hikari menyimpan ayam goreng dalam kotak makanan, "Pergi buat kerja masing-masing."
"Okay." Diana dan Amirah segera membersihkan meja makan dan membasuh pinggan di sinki.

Hikari menyerahkan ayam goreng kepada kapten, "Thank you, lain kali datang lagi."
"Sama-sama. Lain kali aku bawa kawan-kawan, jalan dulu!" Syazwan senyum dan berjalan ke luar kedai.

"Cik hikari ada?" Seorang Postman masuk ke dalam kedai membawa enam buah kotak.

Hikari berdiri, "Saya orangnya. Barang dari siapa?" dan menandatangani surat pengesahan.

Hikari mengangkat semua kotak, "Tolong jaga kedai sekejap. Akak nak hantar barang naik atas."
"Okay." Diana berdiri dekat pintu masuk.

Hikari berjalan menaiki tangga, menolak pintu rumah kemudian meletakkan kotak tersebut di ruang tamu. Dia mencapai telefon dan membuat satu panggilan.

"Akuma? Kenapa kau tak cakap ada hantar barang?"

"Ah, kakak. Sorry lah, lupa. Kotak tu simpan saja kat bilik."

"Apa isinya?"

"Barang-barang belajar. Seminggu lagi nak graduation, lepas habis tu ke airport lah terus."

"Maksudnya mirai pun tak lama lagi graduate lah tu. Jaga diri, kakak nak sambung kerja."

"Okay. Jaa...ne."

Hikari menutup pintu rumah, kembali bekerja di kedai memasak makanan untuk pelanggan baru masuk sehingga jam 6 petang.

Diana dan Amirah bersiap memakai beg sekolah, "Kak, kami pulang dulu ya."
"Kejap. Nah, upah minggu ni. Pulang rumah terus, jangan singgah mama-mana lagi." Hikari menyerahkan duit.

Hikari memeriksa kebersihan dapur dan meja makan. Kemudian, mematikan lampu dan kipas lalu menutup pintu kedai dari bahagain depan.
Selepas mengunci pintu, Hikari menaiki tangga pulang ke rumah di atas kedai. Dia menanggalkan selipar dan menghidup radio.

"Hari ni, kes raksasa di bandar sandakan telah mencatatkan peningkatan kes."
"Panglima Yusuf dari zsdf menjamin mereka masih mampu menjaga keselamatan orang awam."
"Pihak zhi juga mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian ini hasil tindakan individu tidak bertanggungjawab dan berpotensi menyebabkan perang biologi jika jatuh ke tangan yang salah."

"Menurut kajian makmal zhi, virus yang menyebabkan manusia menjadi raksasa sudah berevolusi. Mereka masih memerlukan banyak data bagi mencipta penawar."

"Ketua cawangan zsdf pertama, Kapten Nor Alchemilla meminta orang awam berjaga-jaga dan segera memaklumkan kepada pihak polis atau zsdf jika melihat individu mencurigakan di khalayak ramai."

Hikari mematikan radio, mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.

"Aku doakan saja yang terbaik untuk kapten dan yang lain. Ada kemungkinan lelaki yang serang kami malam tu akan muncul lagi."

Makan malam adalah semangkuk nasi, sup sayur dan ayam kukuk cukup untuk memanaskan badan selepas mandi.
Seterusnya dia menghantar semua kotak di ruang tamu ke dalam bilik tidur adiknya.

Tilam empuk menjadi destinasi Hikari, bau wangi menenangkan minda membuatkan dia lupa segala kepenatan selepas bekerja sepanjang hari.
Perlahan-lahan, mata semakin berat dan badan mula berasa melekat atas tilam. Akhirnya, dia tertidur dengan lena.

Dia mula bermimpi. Bersantai menikmati pemandangan indah di tepi pantai bawah sinaran mentari.
Gabungan bunyi ombak membuatkan hati dan fikirannya tenang seluas lautan biru.

"Hikari."

Suara lembut memanggil, dia menolehkan kepala ke kanan dan Mizuki Shina (arwah datuk) duduk di sebelahnya.

Hikari menutup mulut, berfikir dia sedia maklum bahawa mimpi adalah sebahagian permainan syaitan dan memberanikan diri memulakan perbualan.

"Atuk..?"
"Hikari, kita berjumpa sekejap saja dulu masa atuk hidup. Atuk mahu bagi kamu sesuatu, mahukah?"

"Apa bendanya?"
"Katana."
"Saya bukan lagi anggota keselamatan. Simpan pun di bilik saja."
"Kamu sebagai ketua keluarga ada tanggungjawab lindungi ahli keluarga yang lain."

Hikari berdiam diri tidak menafikan kenyataan datuknya malah berfikir tempat selamat menyimpan senjata itu.

Shina menghembus nafas, "Cakap, kamu mahukah katana tu?"
"Ya, mahu." Hikari mengangkat kepala.

Shina senyum, mengeluarkan sebilah katana masih bersarung dari belakang dan meletakkan ia di hadapan cucunya.
Hikari mengambil katana, cuba menarik ia keluar tapi Shina halang.

"Pedang ni hadiah daripada mizugami, ia istimewa pada keluarga kita."
"Saya akan jaga ia baik-baik."

Shina berdiri, "Aku sudah buat apa yang patut, semoga mizugami rahmati keluarga kita sampai bila-bila."
"Arigat?u Goza?masu." Hikari menundukkan kepala.

Hikari terbangun. Skrin telefon memaparkan sekarang jam 12 tengah malam. Dia melihat katana dalam mimpi tadi sudah dalam pelukannya.
Dia merasakan suatu tenaga yang kuat memandu hatinya untuk menarik pedang tersebut.
Apabila tangan menyentuh bahagian hulu, penglihatannya terus padam dan dirinya jatuh semula ke atas katil.

"Aku dekat mana ni?"

Hikari sedar dirinya sedar berdiri di tengah-tengah tasik, katana yang masih bersarung ada dalam genggaman.
Permukaan air bergelora, seekor naga bersisik putih keemasan serta badan menyerupai ular berenang keluar dari dalam tasik.
Naga itu berdiri megah walaupun tanduk sebelah kiri sudah patah dan memandang ketua keluarga Mizuki.

Si Naga mendekatkan wajahnya, "Ini kali pertama pewaris katana ni perempuan."
"Namaku mizuki hikari. Anak perempuan fubuki dan hiryu." Hikari mengangkat katana.

Si Naga mengangkat kepala, "Aku benarkan kau hunus senjata ni bila kau betul-betul buktikan kau layak."
"Apa yang aku perlu buat untuk buktikan aku layak?" Hikari menanya dengan serius.

"Kalahkan aku. Setiap pengguna yang nak guna senjata ni kena lawan aku."
"Apa manfaat aku dapat kalau kau kalah?"
"Kau boleh hunus senjata ni."
"Tak cukup, semua syarat kena perbaharui."
"Baiklah. Aku benarkan kau hunus senjata untuk ujian ni."

Hikari menghunus katana, bilah yang berwarna perak menjadi kuning hitam. Si Naga membawa badannya terbang ke langit tinggi.

"Roar..!"

Si Naga jatuh menjunam menghalakan tanduk tajam kearah Hikari yang sudah bersedia.

"Ware wa mizuki hikari, aku wo tatsu tsurugi nari!"

Hikari mengangkat katana, menghayunkan ia dari atas ke bawah dengan sepenuh tenaga sehingga badannya terikut berputar.

"Berhenti!"

Si Naga mengelak terus melanggar permukaan air, fikiran tidak tenang dan suatu imej bermain depan matanya.

"Kenapa? Ada masalah kah?"

Hikari menyarungkan katana semula, mencari Si Naga dan dia timbul semula ke atas permukaan air.

Si Naga berdiam, "Kenapa aku dapat rasa yang aku tengah lawan kouki?" dan mengenang masa lalu.
"Kenapa kau berhenti?" Hikari meminta penjelasan.

"Semangat kau tadi sudah cukup buktikan kau layak guna senjata ni."
"Huh? Itu bukannya ujian."
"Sudah, mari bincang tentang syarat baru tu."
"Y-ya..."

Si Naga dan Hikari bertentang mata sedia untuk berbincang memeterai perjanjian yang baharu.

Si Naga memulakan, "Syarat lama cuma mahu kau bersumpah bila hunus senjata untuk hal kebaikkan saja."
"Kalau begitu, syarat baru akan ada tiga janji." Hikari menukar suara menjadi serius.

"Cakaplah, tiga janji baru tu."
"Pertama, kau janji untuk tolong aku ketika dalam bahaya. Kedua, aku janji akan jaga kau sebaik mungkin."
"Apa yang janji terakhir?"
"Ketiga, andai aku mati. Kau janji tinggalkan pedang ni dan terbanglah bebas."

Si Naga buat bunyi, "Kenapa kau fikir begitu?"
"Kita kena capai keseimbangan untuk hidup bersama. Bila aku mati nanti, kau terus hidup." Hikari menerangkan.

"Apabila capai persetujuan, pemakai kena tumpahkan darah atas air."
"Kenapa pula aku kena buat begitu?"
"Parut bekas luka akan jadi peringatan untuk sentiasa tunaikan janji."
"Tak perlu. Guna kuku kau, tulis semua janji tu pada pedang ni!"
"Cis! Menyusahkan lah kau ni!"

Si Naga mengeluarkan kuku, menulis semua janji atas katana dengan perlahan-lahan.

"Tulis kemas-kemas."
"Diamlah!"

Hikari mengambil semula katana, "Sekarang, hubungan kita adalah tuan-pembantu. Hantar aku balik."
"Yalah, yalah." Si Naga mengangguk kepala.

Hikari terbangun. Skrin telefon memaparkan sekarang jam 8 pagi. Dia bangun dari katil, meletakkan katana atas meja dan memasuki bilik mandi.

"Nampaknya, aku ada haiwan peliharaan. Apa kelebihan dia boleh buat?"
"Lagi penting aku kena bagi dia nama, sopan sikit kalau bercakap nanti."

Selamat pagi, saya doakan semua orang sihat. Bab kali ni Hikari ada mimpi yang pelik. Bab akan datang saya akan fokus pada watak lain dulu, siapa wataknya tunggu minggu depan. Saya akan berusaha mengekalkan dan menambah baik jalan cerita supaya masa membaca para pembaca berbaloi. Jangan lupa kongsi pada rakan-rakan, ahli keluarga kalau berasa seronok dengan cerita ni. Kalau nak komen, tulis saja. Saya pasti baca dan balas. Terima kasih sebab masih membaca dan ikut cerita ni. Smile! Smile!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience