REKOD 09 Z"G"SDF

Science Fiction Completed 997

Menara Utama Industri Berat Zehir megah berdiri di tengah-tengah Bandar Sandakan, kehadiran Pillbox milik ZSDF menarik perhatian pihak wartawan tempatan.
Semua kapten ZSDF duduk semeja bersama pengerusi industri, Encik Iszran dan Mizuki Hikari dalam pejabat di tingkat ke-74.
Mereka ialah Kapten Alchemilla cawangan pertama, Kapten Amir cawangan kedua, Kapten Zuhairi cawangan ketiga, Kapten Azizul cawangan keempat, Kapten Bakar cawangan kelima, Kapten Faezah cawangan keenam dan Kapten Syazwan cawangan ketujuh.

Encik Iszran menghidupkan pendingin hawa, "Siapa nak kongsi maklumat dulu?"

"Saya." Kapten Azizul pegang bahan laporan. "Pihak kami dapati virus yang bermutasi juga boleh mengancam hidupan selain manusia."

Kapten Faezah angkat tangan, "Haiwan darat saja atau laut sekali?"
"Haiwan laut jugak." Kapten Azizul menjawab.

Encik Iszran mencatat laporan tadi pada buku putih yang sentiasa bersama beliau.
Kapten Alchemilla mengganti giliran kapten cawangan keempat sambil menggerakkan jari pada skrin telefon pintar.

"Ini dos. Orang yang cawangan aku tangkap tempoh hari atas bantuan hikari. Dia bekerja dengan organisasi dipanggil world evolution."
"World evolution melakukan pengubahsuai terhadap manusia untuk mencapai tahap superhuman. Kebanyakkan mangsa mereka adalah gelandangan dan orang miskin."
"Virus yang menyebabkan mutasi tersebut adalah salah satu hasil ciptaan mereka yang sering diubahsuai secara genetik untuk mendapat hasil yang sempurna. Mereka namakan sebagai e-50."
"Kes-kes jarang seperti raksasa bercakap dan memiliki kebolehan yang unik menjadi sasaran mereka untuk lakukan rujukan pada sesi ubahsuai genetik akan datang."

Kapten Amir memcelah, "Bagaimana pula dengan yang satu lagi?"

"Namanya tres. Dia salah seorang hasil evolusi yang berjaya menurut dos. Hasil ujian makmal nyatakan, virus e-50 tak boleh berjangkit tanpa medium seperti cecair." Kapten Alchemilla menyambung bercakap.

"Saya ada kes seorang lelaki meneguk sebotol cecair yang awak sebutkan kemudian jadi raksasa di pasar minggu. Ini berdasarkan cerita saksi." Kapten Syazwan ingat hari semalam.

Kapten Zuhairi membuka suara tentang kehadiran Hikari yang berada di dalam pejabat sejak awal mesyuarat setelah Kapten Alchemilla habis membaca laporan beliau.

Encik Iszran letak pen, "Mizuki hikari secara sah kembali berkhidmat dengan zsdf."
"Tuan, dia sebab musuh kita satu langkah ke hadapan. Bolehkah kita percaya dia?" Kapten Zuhairi berasa berat hati.

Encik Iszran senyum manis, "Saya dah potong jalan biro penyiasatan sebelum mereka nyatakan keputusan."
"Maka, saya tiada apa yang mahu dirisaukan lagi." Hati Kapten Zuhairi berasa ringan mendengar jawapan seperti itu.

Kapten Bakar menunjukkan sekeping lakaran, "Anggota dari cawangan saya ada ilhamkan combat suit yang baru kerana kebanyakkan raksasa sekarang boleh sembur api atau asid."
"Serupa macam baju bomba." Kapten Syazwan menyokong kemudian mengalihkan pandangan kepada pengerusi.

Wajah Encik Iszran kelihatan girang, "Saya nak sangat jumpa pembuatnya, hari ni. Boleh?"
"Mestilah. Datang saja ke pangkalan kami." Kapten Bakar menggulung kertas lakaran.

Kapten Faezah meletakkan fail atas meja, "Sejak kebelakangan ni, agensi kerajaan dan zsdf adakan banyak kerja bersama untuk atas jenayah di bandar ini."
"Seminggu lalu, kami terpaksa tahan seorang budak berumur 12 tahun kerana bina reaktor nuklear di dalam bengkel rumahnya. Kini dia masih jalani pemantauan kesihatan di hospital."

Encik Iszran segera angkat telapak tangan, "Kita bincang selepas mesyuarat ni, dengar kata cawangan ketujuh ada sesuatu menarik nak kongsikan."

Sebiji bom tangan Kapten Syazwan letakkan atas meja, "Ini cyro bomb hasil buah akal professor hazmi. Kami dah uji dalam beberapa siri pertempuran. Lebih sesuai diguna untuk elak raksasa lari."

Encik Iszran mengambil bom tersebut,
"Saya akan jumpa professor hazmi esok. Sekarang saya ada benda nak maklumkan."

"Kamu semua dinamakan semula sebagai zGsdf. G bermaksud ground. Ini disebabkan penubuhan zMsdf atau zehir maritime self defense force atas perjanjian dengan pihak kerajaan."
"Zmsdf bertugas menjaga keselamatan laluan perdagangan, membanteras aktiviti jenayah laut yang semakin berleluasa. Ada soalan?"

Kapten Alchemilla petik jari, "Berapa banyak duit kau dah belanjakan pada mereka?"
"3.4 billion." Encik Iszran menyelukkan tangan dalam saku pakaian.
"Aku tuntut kau untut naikkan bajet tahunan semua cawangan."
"Tenang, aset baru kamu sekarang dalam perjalanan ke sini."
"Aset apa?"
"Tujuh model M4A3E8 bersama british 3-inch caliber 17 pound gun dari usa dan uk."
"Bagilah kami sesuatu yang moden."
"zGsdf dan zMsdf bukannya tentera cuma badan keselamatan swasta. Pihak kementerian pertahanan hanya benar guna senjata lama."
"Tsk."
"Mesyuarat tamat, semua boleh pergi makan tengahari. Selamat bekerja semua."

Hikari dan enam kapten yang lain meninggalkan pejabat pengerusi kecuali kapten cawangan pertama itu.
Encik Iszran menutup pintu dan menjemput Kapten Alchemilla untuk duduk menikmati secawam teh panas bersama beliau.

Kapten Syazwan mengenalkan Kapten Azizul kepada Hikari dan berbual tentang kedai makan yang sedang dia jalankan.

Hikari menyerahkan sekeping kupon, "Ini untuk first-time customer, ada diskaun."
"Terima kasih. Sekarang jugak saya ke sana." Kapten Azizul riang menunggu ketibaan lif.

Kapten Syazwan mengusik, "Untunglah dapat pertolongan pengerusi."
"Rasanya ini balasan kebaikkan saya buat selama ni." Hikari berasa teruja.

Kapten Alchemilla datang dekat, "Aku nak bawa hikari dapatkan barang dia semula. Lepas tu aku sendiri akan hantar dia ke pangkalan kau."
"Baiklah. Jaga dia bagus-bagus." Kapten Syazwan angguk kepala.

Kapten Alchemilla menghidupkan enjin. "Peluk kuat-kuat."
"Okay." Hikari memeluk kapten sekuat hati.

Motorsikal berkuasa tinggi memecut laju keluar dari kawasan Menara Zehir dan menyelit di antara kenderaan sama ada kecil atau besar.

Apabila tiba, Hikari berasa kagum melihat semua bangunan berwarna putih dan banyak bunga mekar di sekeliling kawasan Pangkalan Cawangan Pertama ZSDF.

Ketika dalam bilik persalinan, Kapten Alchemilla menyerahkan sebungkus uniform bersih serta sebilah pedang sesudah dia dapatkan daripada penjaga stor yang bertugas.

Hikari menarik nafas. "Bahagian dada sempit sikit."
"Tunggu sini." Kapten Alchemilla berjalan keluar dari bilik persalinan.

Kali ini, sebungkus uniform yang lain Kapten Alchemilla serahkan setelah pulang dari luar dan Hikari mendapati uniform itu sesuai dengan ukuran badannya.
Kapten Alchemilla periksa poket uniform. "Meiji 19 1881 single breasted uniform. Aku dah tak pakai sebab sempit sikit, ambillah."

"Terima kasih tapi tak apakah sebab tak seragam dengan orang lain?"
"Dalam peraturan zsdf, rekaan rawak dibenarkan selagi warna seragam."
"Tapi kan nanti kita semua dapat uniform baru."
"Kapten boleh minta pada kilang ikut lakaran yang kau mahukan bila uniform dah sah untuk kena buat. Bagitau kapten kau."
"Saya akan sampaikan."
"Aku hantar kau ke pangkalan sekarang. Kemas semua ni."
"Ya."

Ketika dalam perjalanan, seekor raksasa tiba-tiba memunculkan diri menyebabkan kereta berlanggaran antara satu sama yang lain di atas lebuh raya.

Hikari berasa hairan, "Kapten, kenapa kita tak pergi tolong?"
"Sekarang waktu rehat." Kapten Alchemilla melihat jam poket pada uniformnya.

Skuad ZSDF bawah pimpinan Kapten Amir memunculkan diri membawa kelengkapan melawan raksasa masing-masing.

Kapten Amir mengangkat shotgun dan perisai. "Kami uruskan, jangan risau."
"Jangan yang mati kalau bukan kerana aku." Kapten Alchemilla memecut laju ke hadapan dan menjatuhkan sebiji bom asap di belakang.

"Serang!"

Hanya bunyi tembakan dan teriakan dapat mereka dengar apabila bergerak semakin jauh dari gelanggang pertempuran.

Di Pangkalan Cawangan Ketujuh pula, Kapten Syazwan membawa rakan sejawatnya berbincang hal kerjasama sesama cawangan untuk berkongsi maklumat baharu berkaitan raksasa dan organisasi world evolution.
Kedua-dua kapten mencapai persetujuan dan menjadikan Hikari sebagai perantara bagi cawangan ZSDF pertama dan ketujuh.
Hikari mengiringi Kapten Alchemilla ke luar bangunan lalu berdiri di tepi motorsikal kemudian berbual tentang perjanjian tadi.

Kapten Alchemilla menyerahkan sebiji gula-gula, "Kau ada potensi menjadi seorang yang jauh lebih kuat daripada hari ni."
"Macamana kapten ada telekinesis?" Hikari semangat mahu tahu.

"Setiap manusia ada kelebihan yang tuhan bagi cuma ambil masa untuk kita sedar." Kapten Alchemilla membonceng motorsikal pulang ke pangkalan tempatnya bertugas.

M4A3E8 atau Sherman adalah kereta kebal USA begitu popular sehingga masuk ke dalam filem "Fury" dilakonkan oleh Brad Pitt. British 3-inch caliber 17 pound gun dicipta untuk tembusi perisai yang tebal pada kereta kebal Jerman iaitu Tiger dan dipasang pada setiap Sherman yang dibeli tentera British. Extra : Kalau USA ada Sherman. Russia ada T-34, pun jadi movie jugak. Saya cadangkan pembaca tengok filem "T-34" selain "Fury". Jangan ingat filem Hollywood saja yang padu. Semoga bab kali ni mengisi masa pembaca semua, kongsi pada kawan kalau suka. Smile! Smile!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience