REKOD 12 KEKUATAN

Science Fiction Completed 997

Semua anggota Cawangan Ketujuh ZGSDF berbaris menerima uniform baharu dalam dewan taklimat.

"Cantiknya!" Hikari memandang uniform baru hadapan cermin. "Walaupun lain warna, tetap ada rupa macam bomba."

Aussenseiter membaca kertas info uniform. "Baju baru ni kalis api, hakisan dan peluru." Dia memeriksa poket dalam uniform. "Kapasiti peluru aku bertambah."

"Kriing..!" "Pasukan fury, sila lapor diri dan berangkat segera!"

"Koperal. Baju yang kapten alchemilla bagi tu nak buat apa?" Aussenseiter duduk sebelah Hikari. "Hmm... Boleh letak dalam frame nanti."
"Boleh aku pergi merokok?"
"Pergilah. Aku nak pulang sambung kerja di pejabat."

Pada masa yang sama. Leftenan Dryl melayan tetamu di lobi sementara Kapten Syazwan mengadakan perbualan atas talian bersama seseorang.
"Makin sibuk kerja. Mungkin kita semakin dekat dengan hari bebas raksasa."
Hikari duduk depan meja mengaktifkan komputer dan menekan papan kekunci menyiapkan baki laporan yang ditunggak semalam.
"Laporan elijah dan mary di akademi aku kena hantar lepas ni."
"Email?"
Hikari menekan ikon eMail dan sekeping gambar memaparkan suasana taman yang penuh salji.
"Tak lama lagi, kejuaraan habis. Saya terus pulang nanti! Daripada Mirai."
Dia hanya senyum membaca mesej ringkas daripada adik bongsu dan meneruskan kerja.

Aussenseiter masuk ke pejabat. "Koperal. Lori makanan baru sampai, tolong sign."
Hikari menurunkan tandatangan. "Ada lagi?"
"Itu saja. Saya akan laporkan bila siap susun di stor nanti."
"Okay. Hati-hati ya."

Jam berlalu pantas. Hikari berhenti untuk berehat dan membeli sebotol air kopi sejuk dari mesin minuman di lobi.
"Sedapnya..."
Perasan dengan ketiadaan bunyi enjin bising, dia melihat jam yang tergantung pada dinding.
"Dah tiga jam lebih. Kena contact ni."
Dia kembali ke meja dan menghubungi pasukan fury menggunakan radio.

"Fury, masuk. Fury?"
"... Pangkalan?!"
Kedengaran bunyi tembakan dan cakaran di sekeliling mereka.
"Ini koperal hikari, apa yang terjadi?"
"Peluru meriam dah habis. Machine hampir habis. Track kami putus dan terperangkap di tengah-tengah kampung!"
"Tenang... Berapa banyak lawan kamu?"
"Pada awalnya satu. Tiba-tiba banyak keluar dari rumah berdekatan!"
"Faham. Saya akan bawa bantuan ke sana, bertahan."
"Terima kasih tapi jangan lambat sangat."
Panggilan ditamatkan. Dia mendapatkan kapten di pejabat beliau untuk kebenaran meninggalkan pangkalan.

Kapten Syazwan angguk kepala. "Bawa lori pengangkut, dua pasukan kecil dan bekalan ke sana."
"Baiklah!" Hikari menghidupkan mikrofon memanggil nama anggota terpilih untuk berangkat ke lokasi Pasukan Fury.

5 Oktober - 08:44:05
Pvt. Mohd Shahrizal
Unit ZGSDF M4A3E8 FURY
Batu Sapi, Sandakan

"Peluru kita dah habis."
"Bantuan dalam perjalanan. Bertahan."
Bunyi cakaran semakin dekat dan suasana semakin genting.

Shahrizal memegang bom cyro. "Mari kita keluar."
"Tapi, banyak di luar tu. Kita mana boleh lawan begitu saja." Pemandu menolak.
"Kita bukannya lawan tapi lindungi kereta kebal ni dari rosak sangat."
"Apa kau nak buat?"
"Kita akan buat semua raksasa susah menyerang dengan bom asap. Lepas tu, guna bom ni lapis badan kereta kebal ni."

Majoriti kru bersetuju. Semua melihat kelaur melalui cermin dekat tempat duduk.
"Buka sikit saja dan lontar keluar. Sekarang."
Pintu dibuka dan bom asap menghalang penglihatan raksasa yang banyak.
"3..2..1! Sekarang."
Bom cyro meletup membentuk lapisan ais tebal menyelimuti segenap badan M4A3E8.

Semua anggota duduk memegang pistol dan pisau apabila raksasa kembali menyerang menggoncang tempat berlindung mereka.

"Bukankah di bawah kita ni ada bahagian boleh buka?"
"Ya memang boleh buka. Ada pemutar nat?"
"Nah."

Shahrizal membuka nat kemudian sekeping besi bulat di bawah bahagian meriam. Dia mencapai skop tepi kerusi komander.

"Buat lubang untuk selamatkan diri tapi kalau kereta kebal ni terbalik, sama saja. Lebih baik duduk dalam ni."
"Daripada kau banyak cakap, hulurkan semua bom tangan yang kita ada dengan tali sekali."
"Nak buat apa?"
"Pecahkan kaki raksasa."

Shahrizal mengikat tali pada pin dan menyusun bom berdekatan kaki-kaki raksasa lalu meminta Penembak Meriam menarik dia masuk ke dalam kereta kebal semula.

"Tebuk lubang kat tengah ni."
"Guna apa nak tebuk?"
"Pistol."
"Bolehkah?"
"Besi ni nipis. Kau tembak kat tempat sama saja."
"Ah, okay."

Kepingan besi dapat Penembak Meriam tebuk. "Lepas tu nak buat apa?"
Shahrizal memasukkan tali dari bawah. "Pasang semula."

Penembak Meriam hanya ikut arahan dan Shahrizal mengetuai bacaan doa.
"Ini iktihar kita untuk selamatkan diri. Sedia?"
"Sedia."
"3..2..1.."

Shahrizal menarik tali sepantas kilat, semua pin tersangkut pada lubang. Letupan kuat kedengaran mengejutkan semua anggota.
"Periksa keadaan di luar."
"Kejap..."
"Macamana?"
"Semua raksasa jatuh."

Radio berbunyi. "Pasukan fury. Masuk."
"Ini fury." Private Shahrizal menarik mikrofon.
"Kamu selamat. Keluarlah."
"Terima kasih."

Pasukan bantuan diketuai Koperal Hikari ZGSDF tiba dengan lori pengangkut. Kerja pembersihan mayat dan pembaiki M4A3E8 bermula.

Ketua unit baikpulih melompat dari atas lori. "Koperal, keseluruhan perisai m4a3e8 dah rosak teruk. Ambil masa untuk ganti."
Koperal Hikari memeriksa telefon pintar. "Mereka boleh bertugas dengan pillbox buat sementara waktu. Sekarang, kita pulang dulu."

Koperal Hikari dan Aussenseiter ikut serta duduk dalam lori pengangkut. Pasukan Private Shahrizal menggunakan pillbox dan berada di hadapan mereka.

Kapten Syazwan menyambut dengan combat uniform. "Kecemasan, kita ada tiga kes berasingan! Pasukan Shahrizal ke kimfung dan leftenan akan ikut saya ke kompleks sukan! Koperal dan Aussenseiter ke dewan bandar!"

Koperal Hikari menutup pintu pillbox. "Majlis graduasi tadika berlangsung dan tiba-tiba dua orang guru berkelakuan pelik. Aussenseiter memecut laju. "Kill or killed."

Hikari mengikat katana. "Kenapa penjenayah sasarkan di depan budak-budak tak bersalah?"

Siren kecemasan mempercepatkan pasukan tersebut tiba di Dewan Bandaraya. Pasukan polis sudah mengosongkan semua bangunan radius 500 meter dari dewan.

Hikari memegang tombol pintu. Aussenseiter memegang pistol dan bom cyro.
"Sedia?"
"Okay."
Aussenseiter berjalan masuk menghidupkan lampu. Hikari menjaga belakang mereka.
"Jaga-jaga. Mungkin belakang pentas."
"Hmm."

Aussenseiter menyelak kain yang membezakan bahagian depan dengan belakang pentas. "Sini!" Dia melepaskan tembakan dan berundur.
"Dua?" Hikari menghunus katana.

"Wargh..!" Dua ekor raksasa melompat turun dari pentas. "Koperal." Aussenseiter mengisi peluru. Hikari angguk kepala. "Weapons free."

Bom cyro meletup. Aussenseiter berlari ke kanan dan menghujani lawan dengan peluru.

Hikari menarik nafas. "Ware wa mizuki hikari, aku wo tatsu tsurugi nari!" Dia terus berlari ke depan.
"Zankantou! Shippu jinrai!" Tarian pedang membentuk silang memutuskan tangan dan kaki raksasa.

"Tangan baru tumbuh?!" Hikari terkejut. "Bakar atau potong kepala saja yang berkesan." Aussenseiter meneguk vodka.

"Kau nak buat apa?" Hikari merenung botol arak atas lantai. "Incineration!" Aussenseiter menyembur api membakar dua ekor raksasa depan mereka.

Seluruh badan Aussenseiter mengeluarkan asap. Dia terjatuh tidak bergerak.
"Aku overheat."
"Rehatlah. Semuanya sudah selesai-"
Hikari berasa tidak sedap hati dan memerhati sekeliling mereka.

Wanita memakai kemeja putih melompat turun dari atas siling menyasarkan Aussenseiter.
"Gakai! Shuzokuzandan!" Hikari melibaskan katana melindungi rakannya.

Wanita itu berundur. Luka pada tangan segera kembali seperti asal. "Teknik yang hebat."
"Penampilan dan tindak balas yang cepat. Dia mesti macam tres." Hikari merenung tajam.

Hikari kekal memegang katana. "Aku tak faham kenapa kau nak serang orang yang dah tak boleh melawan."
"Dia boleh mengacau rundingan yang aku nak bagi pada kau." Wanita itu menjawab.

"Rundingan apa? Kali pertama ni pun aku tak suka tengok orang macam kau."
"Orang yang lemah sepatutnya dihapuskan. Mereka cuma jadi masalah pada yang kuat."
"Pendirian kita pun jelas berbeza."

"Kembali pada rundingan. Mari join kami."
"Tak."
"Kau kuat. Aura yang ada di sekeliling kau adalah yang paling terang aku pernah nampak."
"Zgsdf akan lindungi bandar ni dari orang macam kamu."
"Nama mu?"
"Mizuki hikari."
"Aku karmilla."

Karmilla membuka pelukan. "Hikari. Kau boleh jadi lebih kuat kalau ikut kami. Kau tak akan tua. Kau tak akan mati."

Hikari kekal tenang. "Mati dan tua adalah keunikkan pada hidupan seperti manusia. Itu menjadikan nyawa kami sangat berharga."
"Kekuatan bukan diterangkan oleh badan saja. Anggota aku yang kau nak bunuh ni pun bukannya lembik. Jangan berkata pasal dia."
"Sekali lagi. Pendirian kita jelas berbeza. Tak apa tawaran sekalipun, aku tak akan ikut kau."

Karmilla mengangkat kukri. "Tiada cara lain."
"Aku tak takut mati." Hikari memegang katana.

Percikan api dan bunyi tapak kaki yang kuat menandakan permulaan pertarungan antara Hikari dengan Karmilla.

Karmilla menepis. "Banyak orang kuat aku jumpa tapi ini pertama kali dengan orang yang guna pedang."
"Semua yang aku bawa berunding mesti menolak. Aku tak faham, kita kan martial artist."
Dia menendang lawannya ke belakang dan melontar pisau.

Hikari mengelak. "Nampaknya dia ada bawa banyak senjata." Dia menarik nafas. "Pusaran naga air!" Semua pisau bertaburan atas lantai bila dia tangkis menggunakan katana.

Hikari pasang kekuda untuk menyeimbangkan badan.
"Nak potong kepala dia dari sini mustahil. Cara terbaik dengan jarak dekat saja!"
Hikari tangkas ke hadapan melancarkan serangan tanpa henti kepada musuhnya.

"Kau semakin cepat! Patutlah tres boleh kalah dengan kau."
"Diam!"

Tendangan bertenaga Hikari menghantar Karmilla ke belakang pentas. Dia mengejar bagi mendapatkan kepalanya.

"Pandai kau ambil peluang!"
"Tsk!"

Karmilla kehilangan tangan dan menggunakan kaki untuk menepis serangan kemudian menendang Hikari keluar dari belakang pentas.
"Ikut saja aku dan kau boleh jadi kuat selama-lamanya."
"Tak. Aku dah cakap, pendirian kita berbeza."
"Kalau kau jadi macam aku, semua ni cuma calar sikit."
"Tak akan!"

Hikari mengoyakkan perut lawannya ia tetap tidak membuahkan hasil. Mata kanannya Karmilla tikam menggunakan kukri.
"Kau sedarkah? Semakin lama kau lawan aku, semakin dekat kau dengan mati?"
"Ya, aku tahu! Tapi itu semua orang akan alami!"

Serangan bertali arus Hikari kenakan pada musuhnya sekali menarik nafas sedalam boleh.

Karmilla menumbuk rusuk kanan Hikari.
"Sia-sia saja kalau kau mati dalam keadaan muda begini!"

Hikari memuntahkan darah. Dia mengawal pernafasan untuk menghentikan pendarahan. Matanya merenung tajam kearah musuhnya.

Karmilla menghunus dua kukri. "Sedia untuk mati." Hikari menahan sakit. "Tarian! Dewi air!"

Pertarungan jarak dekat kali ini menyebabkan Hikari menerima tikaman pada perut dan dapat memotong telinga Karmilla.

Hikari menarik nafas begitu kencang sambil melihat Karmilla yang senyum lebar.
"Tengok. Bila-bila masa kau akan mati."
"Dan aku akan tunaikan tanggungjawab ku yang terakhir!"

Hikari sekeras hati memegang hulu katana. "Ware wa mizuki hikari aku wo tatsu tsurugi nariii..!"

Karmilla berpeluh. "Apa ni?! Kenapa aura dia jadi lagi terang?!" Hatinya berdegup kencang.

Hikari mengabaikan kesakitan yang dia alami. "Yaargh..!" Dia maju ke depan untuk kali terakhir.
"Pergi mati!" Karmilla menusuk kukri pada luka perut yang sama menembusi perut lawannya.

Hikari menghentak katana sekuat hati pada leher musuhnya hingga dia melutut atas lantai.
"Aku tak akan lepaskan kau!"
"Lepaskan aku! Lepas lah!"
Karmilla meronta-ronta menarik tangannya dari perut lawannya.
"Waga zankantou ni tatenu mono nashiii..!"
"Argh-!"
Akhirnya kepala terpisah dari badan. Dia dapat menamatkan riwayat Karmilla.

Hikari duduk atas lantai selepas memotong tangan yang masih melekat pada perutnya.
"Sekurang-kurangnya...benda terakhir aku buat...baik."
Uniform hitam yang dipakai menjadi berat dan rasa suam menyebabkan dia mengantuk.

Perjalanan cerita Re : Hikari (Rekod Hikari) sampai sini dulu. Beri saya masa untuk sediakan vol 2. (人 •͈ᴗ•͈) Terima kasih sebab baca cerita ni dari bab 1 hingga 12. Anda semua mengukir senyuman pada muka saya. (◍•ᴗ•◍) Kalau kau suka cerita ni, kongsi pada kawan-kawan. Jumpa lagi pada masa akan datang. Smile! Smile! <( ̄︶ ̄)>

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience