REKOD 11 SHIF MALAM. AKADEMI.

Science Fiction Completed 997

Situasi di Jalan Pryer semakin teruk. Kapten Syazwan dan Leftenan Dryl sedang melawan seekor raksasa lebih besar daripada mereka.

Dryl mengisi ubat pelali. "Hikari dan yang lain pun masih berlawan. Kita mesti bertahan."
"Hmm. Kau masih boleh bangun?" Syazwan memegang kapak.

Dryl menembak ubat pelali ketika Syazwan menetak dada raksasa sekuat hati. Raksasa memukul badan kapten cawangan ketujuh itu sehingga mengeluarkan bunyi.

"Makan ni!"

Syazwan sepenuh tenaga menarik picu bom dan tolak ia masuk ke dalam mulut raksasa. Letupan kuat menendang telinga kedua-dua anggota ZGSDF itu.

"Syazwan!"

Dryl menarik kapten ke tepi jalan dan Syazwan tersedar kemudian menjerit kuat selepas 5 saat.

"Bisinglah!"
"Ahh... Rasanya aku kena periksa doktor ni."
"Memanglah. Aku pun boleh dengar kau kena pukul tau."
"Macamana dengan skuad hikari?"

Pertarungan lebih sengit sudah merosakkan jalan raya di lorong dua. Hanya Koperal Hikari dan Aussenseiter saja yang masih bertahan, Private Elijah dan Mary sudah tumpas pada raksasa bertanduk hampir membentuk satu bulatan sempurna.

Aussenseiter menukar peluru revolver. "Koperal. Saya boleh uruskan sendiri. Bawa dua budak tu kepada kapten."
"Tak. Awak yang pergi." Hikari mengelap peluh.
"Aku robot. Pecah sekali pun, tiada yang nak ambil peduli."
"Ada."
"Siapa?"
Hikari senyum. "Encik zehir."
"Mustahil." Aussenseiter mengeluarkan sebotol vodka.
"Arak tu untuk apa?"
"Untuk tenaga kecemasan."

Aussenseiter meneguk air alkhohol itu sampai habis dan wap panas menghembus keluar dari mulutnya. Hikari menekan butang bawah hulu katana dan menumpukan perhatian kepada raksasa di depan mereka.

Aussenseiter melompat tinggi. "Koperal! Mara!" Menghujani sasarannya dengan peluru panas.
Ayunan bilah pedang membutakan mata kiri raksasa. "Cepat!" Hikari menendang raksasa ke belakang.

Raksasa itu Aussenseiter yang sambut dengan tembakan revolver menembusi perutnya. Hikari menerkam, terus memancung leher raksasa tanpa membazirkan peluang yang ada.

Hikari terduduk. "Haa... Lega dapat kalahkan."
"Pagi nanti aku nak duduk dalam bilik saja." Aussenseiter mengisi peluru revolver.

Pillbox tiba untuk mengambil mereka. Dryl mendapatkan mayat raksasa ke dalam keranda secara bersebelahan dengan yang beliau lawan bersama Syazwan tadi.
Elijah dan Mary yang pengsan dibaringkan atas dua keranda. Hikari dan Aussenseiter mendengar lagu dan menghisap rokok semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan.

Professor Hazmi mengutamakan rawatan kepada dua anggota private tersebut sebelum yang lain apabila mereka sudah pulang.

Hazmi menghirup secawan kopi. "Syazwan. Nasib baik kau selalu exercise jadi tak adalah teruk sangat badan kau. Cuma lebam sikit."
"Elijah dan Mary kena kekal di sini sampai sedar. Kalau boleh, bagi mereka cuti. Tak pernah lagi aku nampak mereka tiada di sini untuk sehari dua."
"Sapu ubat tiga kali sehari. Makan ubat bila rasa sakit sangat. Jangan lebih enam biji sehari."

Hikari mengambil sepapan paracetamol dan sebekas kecil ubat pelega dari atas meja. Syazwan menyandar meminta segelas kopi dari Hazmi. Dryl datang membawa mi segera dalam mangkuk.
Syazwan menelan mi. "Koperal. Mana auss?"
"Aussenseiter tengah charging dalam bilik." Hikari menggaul mi segera.

Mereka bertiga terus makan mi segera pada jam 3 pagi dan bersiap sedia untuk sebarang panggilan kecemasan.
Pada jam 5, skuad lelaki yang mengendalikan M4A3E8 sudah bangun dan bersiap untuk masuk syif pagi jam 7 nanti.
Syazwan menyiapkan kertas kerja untuk dia kongsi kepada Kapten Alchemilla seperti yang mereka janjikan tempoh hari.

Jam sudah menunjukkan pukul 7. "Tring..!" Lonceng berbunyi menandakan waktu tukar shif. Semua anggota shif siang imbas cap jari di pintu masuk bangunan pentadbiran.

Hikari membeli sepinggan nasi lemak di kantin. "Hmmm!" Rasa lemak, masin dan pedas yang sedang menari dalam mulutnya.

Pembesar suara berbunyi. "Perhatian. Koperal hikari sila ke pejabat kapten sekarang."
"Ehh.?!" Hikari segera menghabiskan sarapan sebelum menghantar pinggan ke tempat pengumpulan kemudian ke pejabat.

Syazwan mengeluh. "Maaf kacau rehat awak, tolong serahkan dokumen kepada kapten alchemilla. Nanti petang awak boleh masuk shif lewat sikit."
"O-okay. Saya gerak dulu." Hikari mengambil fail dan meminta kunci pillbox daripada Dryl.

Jalan raya sibuk dengan kenderaan bergerak keluar masuk pusat bandar dan menyebabkan Hikari terkandas dalam kesesakan lalu lintas.
Mujur polis trafik segera tiba membantu melancarkan aliran pergerakan dari dan ke semua arah.
Pangkalan ZGSDF Cawangan Pertama terletak di kawasan Batu 7 dan Hikari telah menempui perjalanan selama 30 minit kerana jarak yang jauh dari Pangkalan ZGSDF Cawangan Ketujuh di Batu 1.

"Masuk." Suara memanggil dari dalam. Hikari menolak pintu pejabat. "Selamat pagi kapten."
Kapten Alchemilla menghidangkan sepinggan santapan dan secawan minuman. "Silakan."
"Terima kasih. Ini dokumen yang dijanjikan." Hikari meneguk air teh.

Kapten Alchemilla membaca isi kandungan fail sehingga habis. "Awak shif malam tadi?"
"Ya." Hikari mengambil sebiji kuih.

Kapten Alchemilla menuang teh untuk dirinya sendiri. "Rehat saja di sini. Petang nanti baru pulang ke sana."
"Tak mengapa. Mungkin shif bertugas nak guna pillbox tu." Hikari perlahan geleng kepala.

Dengan menggunakan telekinesis, Kapten Alchemilla menyerahkan fail balasan dan membungkus kuih untuk Hikari bawa pulang.

"Pulang nanti terus rehat secukupnya."
"Terima kasih sebab ingatkan saya."

Hikari memandu pillbox ke Batu 1. Dia memasang lagu pada telefon pintar bagi menghilangkan bosan sepanjang perjalanan.
Lagu "Sign" oleh FLOW mengundang perasaan sedih apabila teringat babak yang memandu watak utama suatu cerita berubah menjadi seorang yang lebih kompetetif.
Sebaik saja tiba di pangkalan cawangan ketujuh, dia menyimpan fail di dalam locker bawah meja kerjanya dan menggantung kunci pillbox pada tempat khas tepi meja Dryl.

"Kriing..!" Lonceng kecemasan berbunyi. Ketua skuad lelaki segera mengumpulkan anak buahnya ke M4A3E8.

Hikari teruja mahu melihat dan gembira apabila kereta kebal itu melalui pejalan kaki ke bangunan asrama. Warna cat menyerupai filem "Fury" menonjolkan keberanian kenderaan berperisai itu.

Pulang ke asrama, Hikari membersihkan diri di bilik mandi dan segera melabuhkan badan atas tilam empuk. Aussenseiter juga rakan sebiliknya sudah masuk ke mod rehat.
Dia terbangun oleh bunyi penggera telefon pada jam 3 petang. Dia memakai pakaian sukan dan terus ke padang selepas meminum segelas kopi sejuk.

Kelihatan Aussenseiter sedang membantu Elijah dan Mary melakukan aktiviti senaman ringan.
Hikari menyertai selepas memanaskan badan dan menanya keadaan dua private muda itu.

Elijah duduk sebelah Mary. "Kami kena banyakkan latihan lagi. Tak mahulah menyusahkan koperal selalu."
Hikari senyum. "Bagi diri kamu sihat dulu baru sambung latihan."
"Nah." Aussenseiter memberi sebotol air sejuk kepada tiga rakan sepasukannya.

Seorang anggota berlari datang ke padang. "Maaf mengganggu waktu rehat koperal. Ada tetamu datang nak berjumpa."
Hikari menutup botol. "Siapa? Ada dia beritahu nama?"
"Kapten alchemilla dari first company."
"Terima kasih. Pergi dapatkan kapten, saya akan layan tetamu kita."

Aussenseiter menghalang. "Koperal, izinkan saya ikut."
"Tak apa. Teruskan tolong mereka berdua. Nanti saya jumpa kamu bilik mandi." Hikari buka langkah besar ke bangunan pentadbiran.

Kapten Alchemilla duduk di lobi dan ikut Hikari ke pejabat untuk menikmati sepinggan buah tembikai.
Kapten Syazwan memanggil untuk berbincang di pejabat, Hikari menghidangkan menu yang sama kepada beliau.
Hikari duduk di tepi antara mereka berdua selepas menyerahkan fail balasan pagi tadi kepada Kapten Syazwan.

Alchemilla menyandar. "Cawangan aku berfungsi sebagai akademi. Zhi tawarkan pengajian percuma kepada dua anggota dari sini. Kau pilihlah siapa nak hantar."
"Ini peluang keemasan. Rasanya dryl dengan..." Syazwan menjeling kearah koperal.

Hikari memetik jari. "Saya cadangkan kita hantar saja elijah dan mary."
"Iya. Prestasi dua orang tu tak ada peningkatan semenjak dua bulan ni." Syazwan angguk kepala.
"Ini peluang untuk mereka dapat rehat dan pulih sepenuhnya dari kecederaan semalam."
"Sesuai. Cadangan terbaik." Syazwan tepuk tangan.

Alchemilla tarik sebatang pen. "Ini borangnya. Pastikan semua tu mereka isi. Faham?"
"Ya." Syazwan membaca isi kandungan fail balasan.

Hikari melihat wajah Kapten Alchemilla dari jauh dan merenung untuk memastikan apa yang dia anggap adalah tepat.

Alchemilla sedar. "Kenapa? Ada sesuatu nak tanya?"
"Tak. Kapten lebih iras orang eropah bila saya tengok dari tepi." Hikari segan menjawab.
"Oh, ibu saya orang jerman. Ayah saya orang sini."
"Jadi kapten tahu bahasa jerman?"
"Mestilah. Mahu dengar sikit?"
"Nak."
"Contohnya, orang luar dalam bahasa jerman ialah aussenseiter."

Syazwan menutup fail. "Baguslah. Bandar ni ada harapan yang besar."
"Atau ia cuma jendela kepada masalah yang lebih besar." Alchemilla mengeluarkan sebatang gula-gula.

Jam 5 petang. Kapten Alchemilla meninggalkan pejabat untuk ke pangkalan cawangan keenam pula.
Hikari serahkan surat pendaftaran Akademi ZGSDF kepada Elijah dan Mary di lobi asrama perempuan.

Aussenseiter membuka tingkap. "Jadi kalau mereka dah gerak nanti. Kita sajalah yang kerja di luar nanti."
"Peluang besar kita cuma akan kerja dalam pangkalan saja." Hikari memegang secawan kopi panas.

"Ada khabar angin kata masalah mutasi ni akan selesai tak lama lagi."
"Tak pasti. Tunggu saja kenyataan rasmi nanti."
"Kalau ia betul-betul selesai nanti, kau nak terus kerja di sini kah?"
"Mestilah. Aku gembira bila tengok orang lain gembira."
"Pendirian kau sama dengan anak gadis kedua tuan iszran."
"Yakah? Dia kerja apa?"
"Tak pasti sebab dua bulan lalu dia dah mula kursus di amerika."
"Wah... Ceritalah pasal dia."

"Kriing..!" Dryl menggunakan pembesar suara. "Koperal hikari, aussenseiter. Sila naik pillbox."

Dryl memandu laju menuju ke lokasi kejadian. "Kes kali ni di perumahan belakang bandar indah jaya ketika makan malam seisi keluarga."
Aussenseiter mengisi peluru. "Cara tercepat adalah potong salur pernafasannya."
"Ya. Bawa dia keluar rumah dan kita terus buat begitu." Hikari menyimpan katana dalam uniform.

Dryl menarik brek depan sebiji rumah dan meminta ahli keluar mangsa masuk berlindung dalam pillbox.

Aussenseiter berlari masuk ke dalam rumah dan bawa mangsa keluar rumah menggunakan pelukan yang kuat.

Ketangkasan Dryl menarik dan mengunci pergelangan tangan mangsa daripada melarikan diri. "Cepat!"

Hikari datang dekat melibaskan mata pedang yang tajam dan mangsa tidur selama-lamanya. Tiada percikan darah mahupun serpihan kulit mengotori lantai jubin rumah.

Mayat mangsa dimasukkan dalam keranda selepas ahli keluarganya melihat wajahnya kali terakhir atas keizinan Dryl.
Aussenseiter menyembur cecair disinfeksi di seluruh penjuru dan membantu mengeluarkan perabot yang rosak keluar rumah.
Kronologi kejadian Hikari tanya kepada salah seorang ahli keluar dan menyatakan simpati kepada mereka sebelum pulang ke pangkalan.

Syazwan mengeluarkan rasa simpati apabila membaca seluruh laporan yang Hikari dapatkan tadi dan akan menyampaikan ia kepada ZHI.
Pengumpulan abu mayat Dryl dan Hazmi lakukan sebelum membuat panggilan agar ahli keluarga mangsa datang mengambil ia untuk hal-hal pengebumian.
Aussenseiter pula sibuk melakukan "tuning" pada kedua-dua bahagian tangannya di dalam pejabat koperal setelah mengesan ia tidak lancar seperti biasa.

Bab kali ni tak banyak sangat sebab sibuk hal lain. Minggu depan saya akan tulis lebih baik. Terima kasih sebab masih membaca cerita ni. Kongsi kalau korang terhibur. Smile! Smile!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience