REKOD 10 KEMBALI BERSAMA

Science Fiction Completed 997

Kapten Syazwan dan Leftenan Dryl sedang memandang senjata baru yang tiba di pangkalan hari ini.

"So, basically. Ni kereta kebal lama."
"Hahahaha!"

Dryl terjangkit dengan ketawa Syazwan kerana melihat historical camouflage harimau yang tidak simetri yang masih kekal pada kereta kebal buatan Amerika Syarikat itu.

"Kena tukar warna ni. Terfikir sesiapa nak buat?"
"Kita minta tolong hikari dengan yang lain sajalah."
"Diorang tengah sibuk urus gudang. Suruh sajalah budak-budak lelaki buat."
"Mereka kan dah jalan ke kursus urus benda ni kat ZHI."

Syazwan memandang Dryl. Mereka saling menggelengkan kepala untuk tidak menawarkan diri melukis dan mengecat semula M4A3E8 itu.

Encik Iszran berjalan masuk ke dalam bengkel. "Cari orang nak cat semula?"
"Ya. Kau nak tolong?" Syazwan masih ketawa sikit.

"Aku ada seseorang boleh tolong buatkan. Lukisan dia pun cantik macam aku."
"Bagi aku nombornya."
"Dah sampai pun. Ada di luar tu menunggu."
"Kenapa tak panggil masuk?"
"Itulah, mari aku kenalkan dia pada kamu."

Pada masa yang sama. Hikari, Elijah dan Mary mengemas almari, membersihkan setiap senapang dan memastikan kamera CCTV masih dalam keadaan bagus.

Elijah membuka senapang, "Koperal. Kenapa ada guna pedang dari luar selain yang zhi sediakan?"
"Ah, itu untuk spare. Mana tahu nanti patah waktu berlawan dengan raksasa." Hikari memeriksa komponen senapang yang dibuka.

"Koperal tempah dari mana?" Mary mengelap komponen yang kotor menggunakan sehelai kain putih.

Hikari memasang komponen senapang yang sudah dibersihkan. "Itu memang keluarga punya."

"Tak apakah? Maksud saya pihak atasan tak tegur?"
"Selagi pedang tu tak disalah guna, tak mengapa."
"Beratkah pedang tu?"
"Tak berat tak ringan sangat. Sudah, cepat bersihkan senapang ni semua."

Pembesar suara berbunyi. "Perhatian, koperal hikari. Sila ke pejabat sekarang."

Hikari meninggalkan Elijah dan Mary di dalam gudang. Dia mendaki anak tangga ke pejabat pentadbiran yang terletak di belakang bangunan asrama.

Syazwan meminta Hikari duduk atas kerusi. "Hari ni ada anggota baru akan diserap ke dalam skuad kamu."
"Boleh saya tengok maklumatnya?" Hikari memegang pen.
"Sekejap lagi. Sekejap lagi dia akan sampai."
"Okay. Saya tunggu sini sajalah."

Pintu pejabat bergerak, seorang wanita berambut hitam dan anak mata merah berdiri di hadapan kapten dan koperal.

Hikari memeluk. "Olivia!"
"Olivia? Aku aussenseiter." Wanita itu membalas.

Iszran berjalan masuk ke dalam pejabat. "Kolonel. Dia adalah, improved module of zero. Olivia yang awak kenal dah bekerja semula dengan saya."
"Maklumatnya semua ada di sini. Ambil masa dan sediakan bilik asramanya." Syazwan meletakkan fail atas meja.

Hikari meminta izin untuk membawa Aussenseiter ke bilik asrama dan memperkenalkan dia kepada anggota skuad yang lain.

Aussenseiter duduk atas kerusi. "Koperal?"
"Hmm?" Hikari mengalihkan pandangan.

"Aku cakap ni untuk kebaikkan. Olivia tak lagi kenal siapa kamu semua. Dia tak ada kad memori macam kami."

"Saya sedia maklum yang olivia tu robot pembantu rumah tapi apa sebab sebenar dia dihantar kepada kami?" Hikari mengeluarkan soalan.

Aussenseiter menyandar. "Adaptability. Tuan kami nak tahu kalau dia masih boleh jadi asas kepada generasi baru."
Hikari menepuk tangan. "Cukup kita sembang sampai situ saja. Saya harap kita dapat bekerja sebagai satu kumpulan."

Lonceng rehat berbunyi. Semua anggota perempuan berjalan ke kantin untuk mengisi perut. Aussenseiter ikut mengambil segelas air masak dan duduk semeja dengan yang lain.

Hikari merenung gelas. "Kau boleh minum?"
"Ya. Elak overheat." Aussenseiter angguk kepala.

Syazwan dan Dryl datang menyertai mereka untuk makan bersama. "Kamu boleh ambil ukuran untuk uniform baru nanti hantar sekurang-kurangnya esok petang."
"Okay." Hikari angguk kepala.

Selesai makan tengahari, semua anggota skuad duduk bawah pondok berhampiran bilik persalinan dan berborak tentang topik semasa.

"Kriing..!" Keempat-empat anggota bergegas ke bilik persalinan memakai combat uniform masing-masing sebelum naik ke dalam pillbox. Data kes dihantar oleh Dryl ke tablet yang tersedia dalam kenderaan itu.

Elijah memandu laju keluar dari pangkalan kemudian menghidupkan siren kecemasan untuk memudahkan perjalanan mereka ke lokasi kejadian.

"Kali ni kes di dalam kampung. Walaupun hanya seekor, jangan terlalu ambil ringan." Hikari memberitahu taklimat ringkas.

Aussenseiter menjeling uniform yang ketua pasukannya pakai dan terus mendiamkan diri. Mary menyiapkan perisai dan senjata untuk Elijah.
Sebaik saja tiba di sebuah padang bola sepak, setiap orang maju ke hadapan dalam posisi bersedia mendekati raksasa yang sibuk menggembur tanah.

"Kyaa..!" Semburan api datang menyambut mereka. Mary dan Elijah melekapkan tapak kasut melindungi Hikari dan Aussenseiter menggunakan perisai.

Dengan tangkas Aussenseiter melompat ke kiri dan menerbangkan topi berbentuk tudung saji yang dia pakai tadi kearah lengan raksasa.

"Kepung!" Hikari menghayunkan pedang menyerang raksasa dari depan sementara dua private itu bergerak ke belakang raksasa.

Aussenseiter mengacukan dua pucuk pistol dan melepaskan tembakan bertali arus. Hikari melompat ke belakang dan menendang tanah ke mata raksasa.
Elijah melontarkan bom cyro dan meletup mengeraskan kaki raksasa kemudian Mary menembak mulutnya supaya tidak dapat guna semburan api untuk mencairkan ais.

"Ware wa mizuki hikari, aku wo tatsu tsurugi nari!"

Hikari mula berlari ke hadapan sambil pegang katana yang sudah panas membara.

"Gakai! Shuzokuzandan!"

Ayunan mata katana tanpa rasa teragak-agak melepasi leher raksasa. Hikari membersihkan darah pedangnya dengan sekali libas.

"Waga zankantou ni tatenu mono nashi."

Elijah bersama Mary melakukan kerja pemindahan mayat masuk ke dalam keranda. Aussenseiter membersihkan kawasan dengan alatan disinfeksi. Hikari menemui pemanggil dan mengambil keterangan tentang kronologi insiden.
Setelah pulang ke pangkalan. Professor Hazmi mengambil alih mayat untuk kerja bedah siasat sebelum menghubungi keluarga mangsa.
Semua anggota wanita membersihkan badan di kolam mandi tertutup dalam bangunan asrama perempuan dan berehat sebelum ada kes baharu.

Aussenseiter merokok. "Dari mana kau dapat combat uniform tu?"
"Ah. Uniform tadi tu kapten cawangan pertama yang bagi." Hikari membuka tingkap bilik rehat.

"Cantik rekaannya. Rare."
"Kan? Mesti kapten alchemilla minat tema sejarah."
"Alchemilla?"
"Itu nama kapten cawangan pertama."
"Oh..."

Hikari mengambil rokok dan memadamkan ia dengan tapak kasut. "Walaupun awak robot, Fikirkan lah kesihatan kami manusia ni."
"Maaf. Aku terikut perangai di rumah agam." Aussenseiter meminum air.

"Kriing!" Lonceng kecemasan berbunyi lagi. Hikari meminta semua anggota skuad bersiap.

Pillbox meninggalkan pangkalan menuju ke lokasi kejadian. Kali ini di kedai arked pada tingkat ke-4 dalam bangunan pusat beli belah Harbour Mall.

Hikari mengangkat tabik hormat. "Koperal hikari dari cawangan ketujuh zsdf. Ada yang cedera kah?"
"Tiada. Kami dapat kunci pintu kedai dari terbuka sejak tadi. Tingkat ni sudah kosong." Ketua pengawal beritahu taklimat.
"Terima kasih sebab bagi kerjasama. Kamu turun dan halang orang naik ke sini."
"Selamat bertugas."

Hikari memecahkan tombol pintu setelah menyiapkan posisi skuad. Elijah menghentak lutut raksasa menggunakan kapak dari arah belakang.
Mary menembak tangan raksasa yang cuba menyerang dan Hikari memotong ia dengan tangkas.

"Der teufel soll schmerzen kennen. Kopfplatte!"

Aussenseiter melayangkan topi yang dia pakai dan basah berdarah apabila ia menembusi dada raksasa.

"Abschied vom teufel."

Hikari mengesahkan kematian raksasa. Elijah dan Mary menggunakan lif untuk mengambil keranda di Pillbox. Aussenseiter bersihkan topi tadi menggunakan sehelai kain.

Ketika dalam perjalanan ke pangkalan, kemalangan berlaku secara tiba-tiba memaksa pillbox berhenti untuk menyelamatkan mangsa dari dalam kenderaan.

Mary terundur. "Koperal. Cuma ada raksasa dalam kereta ni."
"Mana mangsanya? Dia dah makan?" Elijah memegang M416 sebagai langkah berjaga-jaga.

Seekor raksasa duduk di kerusi pemandu tanpa sebarang pergerakan. Rangka kereta menikam lehernya menyakinkan Hikari bahawa ia sudah mati.

Hikari menekan skrin telefon pintar. "Tolong Urus aliran trafik sehingga ambulans dan polis sampai."
"Okay." Aussenseiter berdiri di tengah jalan raya sehala tersebut dan mengawal lalu lintas.

Lima minit kemudian, pihak polis dan ambulans sampai di kawasan kemalangan. ZGSDF mendapat keizinan untuk bawa mayat raksasa manakala kereta milik mangsa akan menjalani pemeriksaan forensik oleh pihak polis serta hospital.
Hikari menyampaikan laporan kepada Kapten Syazwan di pejabat setelah pulang ke pangkalan. Leftenan Dryl mengambil alih urusan tersebut dan meminta skuad itu berehat.
Kerja berterusan sehingga shif mereka tamat pada jam 6 petang. Hikari, Elijah dan Mary menghilangkan penat dengan berendam dalam kolam air panas di bilik mandi bangunan asrama perempuan.
Aussenseiter yang keluar awal duduk tepi jendela dan menghisap rokok sambil merenung sekeping gambar lama.

Translation note : (1) "Ware wa mizuki hikari, aku wo tatsu tsurugi nari!" - "Akulah mizuki hikari, pedang yang membelah kejahatan!" (2) "Waga zankantou ni tatenu mono nashi." - "Tiada apa yang pedang ku tak dapat belah." (3) "Der teufel soll schmerzen kennen." - "This devil shall know pain." (4) "Abschied vom Teufel." - "Farewell devil." (5) "Kopfplatte" - "Headplate" (6)"Aussenseiter" - "Outsider" *Sebab robot ni selalu kerja luar dari rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience